***Keliru***

ImageSalam. 

Baru-baru ni anjang on ym. Dah lama tak on, sejak ber BB. Ada bekas anak buah menegur. Bertanya beberapa soalan. Anjang rasa, elok dikongsikan sebagai panduan. Antara dialog kami (cuma jawapan-jawapannya anjang dah olah kerana post ini untuk panduan). A: Anjang K: Orang yang keliru

K: Us nak tanya sikit boleh?

A: Silakan!

K: Mengapa ramai orang yang tak setuju dengan Ummu?

A: nak jawab panjang sangat, jadi jawapan ringkas, sebab sombong dan dengki.

K: Jawapan panjang?

A: (anjang lupa apa anjang jawab)

K: Apakah yang Cikgu Hashim sebut dalam You Tube itu benar secara ilmiah?

A: Tengok hasil Islam yang dia amal, adakah sama dengan Islam yang BUJ dan GISB amalkan? Adakah nampak syiar Islam terbangun.

K: Boleh ke kemajuan lahir dijadikan ukuran kepada kebenaran?

A: Tidak boleh kalau secara mutlak, atau semata-mata untuk dijadikan ukurun. Tapi boleh digunakan untuk membandingkan dua kumpulan yang masing-masing mengaku dalam kebenaran.

K: Jun beritau ana, Dr Hamid kata, kebenaran itu ada pada golongan yang sedikit.

A: Jawapan dia ni pun ambil dari BUJ.

K: Maaf, tak faham.

A: Jawapan ini dari minda A. Ummu jadi pengantara antara kita dengan Abuya bukan sekarang. Dari dulu lagi. Buku-buku Abuya, Ummu yang susun. Hakikatnya kita guna minda untuk menjawab atau mengelak hasil dari jasa Ummu juga. 

A: Ya, kebenaran ada pada golongan yang sedikit. Ertinya dalam berbilion ramai umat Islam, ada satu golongan yang benar-benar dalam Kebenaran. Ia bukan bermakna bila berlaku ujian dalam jemaah kebenaran, terjadi beberapa golongan, maka yang kekal dalam kebenaran itu ialah yang paling sedikit bilangannya. 

Mana ada jemaah serpihan yang bertahan dari zaman Akbar Anang, Us Mokhtar Yaakub, Hj Halim yang kekal hingga hari ini. Jadi tafsiran Dr Hamid, kebenaran ada pada golongan sedikit yang di maksudkan, mereka yang mengikut Cikgu Hashim sama sekali tak betul. 

Kalau begitu nanti jika Raja Suhaimi dan Khairullah tak setuju dengan Cikgu Hashim, ikut Hasnul, maka adakah Kebenaran itu milik jemaah Hasnul pula?

K: Kalau dari dulu pun ana sedar ana jauh dari semua segi berbanding Jun dan apa lagi Dr Hamid…sbb tu ana confuse apa jd pd dr hamid tu…?

A: Ia soal keyakinan dan rezki. Kalau yakin sila ikut. BUJ sendiri kata, dia dulu pertikaikan li khamsatun, kenapa amal, kenapa 7 kali, bukan 5 atau lapan ke? Abuya kata, yakin tak? Klu yakin amal. 

Ramai lagi yang lebih hebat dari Dr Hamid atau Jun tapi dah tak ada… Ia rezki

Sbb tu kena takut dengan Tuhan, bila-bila boleh kena tarik. Ana sendiri tak tau, apakah boleh kekal. Nasib kita belum tahu. kebenaran itu mahal, tak ramai yang diberi faham dan direzkikan yakin.

K: Keyakinan pun kena berasas juga Ustaz.

A: Boleh tak jawab dengan hati secara jujur, apa asas keyakinan Sy Abu Bakar terhadap Rasulullah saw.?

K: ……….

A: Kaedah mudah, macam Abuya cakap pada Ummu, yakin tak? Kalau yakin buat. Contohnya: Ana yakin pada BUJ tak pada Ummu Ain, sebab itu ana ikut. 

A: Macam mana dengan amalan? Masih berwirid ke?

K: Tak sempurna. Kami tak canggih dalam amalan ….jauh sangat la dari ustaz dan kawan2….tambah2 kami di sini (UK)

A: Kena sungguh-sungguh wirid sebab kalau ada ujian, mudah-mudahan mampu bertahan. Pastu kena cari wakil pemipin di situ.

K: Pada ana, ketika mereka menjadi pemimpin besar, tentulah mereka pun kuat berwirid. Tapi kenapa jadi macam tu?

A: Mungkin hebat mungkin tak. Kita tak tahu, Tak tentu amalan seseorang itu hebat..Zahir kita boleh tipu manusia, di sisi Tuhan macam mana?

K: Maknanya dia nampak hebat tapi dalaman sebenarnya tak hebat..

A:…….(No komen)

K: Bila cikgu Hasyim , Dr Hamid dll dah silap faham macam tu, kena di fahamkan oleh kepimpinan atau biarkan sahaja?

A: Masalahnya mampu ke? Mampu ke kita nak fahamkan mereka. Mampu ke mereka nak mendengar dari kita. Sedangkan kita hanya tahap anak murid atau anak buah mereka. Kalau tak mampu, doakan adalah lebih utama.

Itulah antara dialog Anjang dengannya, anjang minta mereka cari Sy Ali Tahir, wakil Abuya di sana dan alhamdulillah dah berjumpa seperti yang Sy Ali sampaikan dalam mesej di bawah.

 

Kisah keajaiban disebalik rakaman semula nasyid Jangan Tingggalkan Aku Tuhan… Sepasang suami isteri anggota GISB bersama 4 orang anak yg telah lama menyepi di satu daerah 2 jam diselatan London (Southampton) tiba2 datang ke cafe di London. Mereka terpanggil nak kembali kepada Abuya tetapi mengambil masa begitu lama nak buat keputusan. Malu, segan, takut dan berbagai2 perasaan menghantui sehingga Abuya (wakil Abuya, Sy Azri ar) muncul di London bertemu dgn PM Dato Najib. 

Lalu kami buat jamuan makan dan minta Sy Atho ar hiburkan mereka. Dalam ratusan nasyid, Abuya telah memilih nasyid Jangan Tinggalkan Aku Tuhan untuk memberi mesej yg sungguh jelas pada mereka. Mereka terharu dan menangis lalu dapat satu kekuatan semula untuk kembali menyerah diri kepada Abuya semula dan berperanan semula mempromosikan Tuhan. Abuya benar2 menjawab segala persoalan yg menghantui mereka selama ini. Cukup dgn sebuah nasyid hati boleh berubah untuk tinggalkan dunia dan kembali kepada Tuhan. Lalu nasyid ini dirakam semula bagi membantu ramai lagi kawan2 di seluruh dunia yg masih terikat dgn dunia dari seratus peratus dgn Abuya. Abuya Tolong bagi kami dapat hati seratus peratus dgn Abuya.

 

Jangan Tinggalkan Aku Tuhan

 

 

Kalau Engkau tinggalkan aku Tuhan

Apalah erti hidup ini

Jika Engkau biarkan aku Tuhan

Segala yang ada tidak ada erti

Apalah erti hidup tanpa Mu Tuhan

Aku memerlukan Mu

 

Jika Engkau pimpin aku

Segala yang ada mempunyai makna

Setiap milikanku mempunyai erti

Kalau tidak memiliki apa-apa pun

Masih mempunyai

 

Begitulah besarnya erti hidup ini

Bersama Mu bahagialah hati

Cerialah muka walaupun papa

Kalau hidup ini tidak bersama Mu

Hilanglah bahagia ceria tiada

Walaupun berkuasa dan kaya

 

Betapalah kalau miskin dan papa

Bertambah malang bahkan celaka

 

Engkau adalah keperluan 

Didalam kehidupan

Engkau adalah cahaya 

Menyuluh harapan

Engkau adalah diperlukan 

Didalam sebarang hal dan keadaan

Engkau adalah segala galanya

 

Jangan tinggalkan aku Tuhan

Jangan biarkan aku Tuhan

Itulah harapan ku padaMu

Dengan rahmat Mu

Tuhan harap tunaikan

 

http://www.owclondon.co.uk/wp-content/uploads/2012/05/JGN-TINGGALKAN-AKU-TUHAN.mp3

 

Ok, hingga bertemu lagi. Mzb

 

Ruang tamu, Homestay Ikhwan Irbid.

6.43am, Mei 27, 2012 Anjangmuor.wordpress.com

***Mandi Wadi Hadramaut***

ImageImageImageImageSalam ceria. Semalam Jumaat. Lepas Jumaat Sy Megat ajak pekena mandi. Haaa, korang jangan poning, ajak mandi kat air panas ke, air terjun ke atau kolam renang? ‘Mandi’ nama tu salah satu hidangan nasi minyak ala Yaman yang terkenal. Kalau ikut asal tradisinya kena masak dalam tanah. Wallahu a’lam macam mana caranya. Dah Syh Megat nak belanja, kami sedia la. Sediakan perut yang ‘agak’ lapar….ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ. Tuhan yang takdirkan rupa-rupanya kami berlima pernah diproses di BRSA Bt Hampar.

Syh Megat, Us Najri Manjung, Us Zul Mokhtar, Us Syidi adik Sy Anuar Perancis, dan Anjang. Anjang memang student Bt Hampar, sekolah bayangan jemaah di Era Al Arqam. Pahit manis di yayasan Arqam masih lagi dikenang hingga hari ini. Us Najri bapa mertua Sy Salleh Saliyan bukan orang lain di Bt Hampar. Bekas NAVY. Hujung minggu mereka akan bergotong royong di Bt Hampar. Termasuklah Abg Akub yang kerja di Dock Yart. Usrah Manjung masa tu bawah Perak 3. Sy Megat dari Ipoh, era Ikhwan ni, banyak berkhidmat di Bt Hampar. Us Zul pula, di awal pembukaan semula Rufaqa’ di Bt Hampar, dia terlibat menjaga remaja-remaja harapan. Dengan Sy Tengku, Us Fadhil Hanafi dan tak lupa yang lebih lama dan masih istiqamah di sana, Us Zar Nukman kita. Us Syidi pula datang selepas itu, tapi sempat juga 6 tahun di sana. Kalau belajar medic di Irbid ni dah grad dan tunggu konvo la… “̮=D=))”̮ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ “̮=D=))”̮, 

 

Jadi, me’mandi’kan dirilah kami ni. 3 wajbaat lahmah tak cukup, tambah satu lagi…fuuh sedap. Terima kasih Tuhan. Lokasinya dekat trafik light zam-zam Syari’ Idoon, menghala ke duwar jamiah, sebelah kiri. Di sebelah Bank apa nama ntah. Turun tangga ke level bawah tanah. Di sinilah terletak ‘Wadi Hadramaut’, jangan melantak banyak sangat, boleh bawa mauttttt. Tambah nasi percuma. Air gas percuma. Tak tau la untuk orang lain, untuk anjang percuma. Anjang dah pelawa pekerja dan bosnya ke Mat’am Nur Muhammad, tak muncul-muncul.

 

Nak makan duduk di lantai atau di kerusi, anta hurr… Kami duduk di bawah, teringat Bt Hampar. Macam makan di waqaf yang Syidi buat tu. Nasinya lembut, beras panjang, daging tak liat. Cuma bau kambing kurang. Sy Anuar Perancis mesti tak suka. Tak de bau bukan kambing tu Tuan, kata dia.habis kalau bukan kambing apa? Orang Kedah kata: Kambinn…..

 

Anak-anak Abuya makan kena habis, bagi licin. Jangan ada sebutir nasi tertinggal. Membazir. Haram. Kawan setan. Kalau berjuang masih kawan dengan setan, macam mana nak menang? Sebenarnya semua orang kena makan macam tu. Kita umat Islam, kena ikut sunnah. Tapi sunnah dah dipinggirkan. Oleh bangsa yang dianugerahkan Nabi kepada mereka. Apa lagi kalau mereka yang dah dirosakkan yahudi. Merasakan, kalau licin tu pelahap. Kalau jilat jari, tak standard. Akhirnya makan tak habis, nasi bersepah. Lauk berbaki. Mungkin semuanya dihumban ke tong sampah. Allah… Kejamnya kita umat Islam.

 

Ok, anak-anak… Makan kasi habis tau. Nanti anjang belanja makan ‘mandi’… Jumpa lagi. Mzb

 

Ruang tamu, Homestay lama, Hijazi, Irbid.

9.53am, Mei 26, 2012  

Anjangmuor.wordpress.com.

***Najib, BERSIH dan GISB di London***

ImageSalam ceria, musim panas begini rupanya bas hijazi dan cooster yang popular di sini habis awal. Anjang keluar rumah sebelum Isyak. Isyak musim panas ni jam 9.11pm. Us Zul dan Syidi keluar sekali, nanti drop mereka kat Safeway. Anjang terus ke Mujamma’ Amman Jadid. Dari sini seluruh kenderaan awam dari Irbid menuju ke bandar-bandar lain seperti Amman, Ramtsa, Suwaileh, Salt dll. Tapi waktu anjang sampai dah sunyi, habis awal. Yang ada hanya prebet-prebet sapu. Ok la dengan tambang JD2, tanpa menunggu lama, kereta bergerak ke Suwaileh.

Elok turun di Mat’am Qasr Lubnan, restoran makanan Arab 3 bintang di lereng bukit di antara bandar Jerash dengan Suwaileh, (betul-betul berhadapn dengan Universiti Philadelphia), di bawah pengurusan GISB, makan malam dah tersedia. Kata orang Melayu, ‘Langkah Kanan.’ Suhail, Syh Husin Sabah, Syh Wahab dan Zayyad memperlawa makan. Ingat nak pekena masakan panas Abu Mubarak, tapi Tuhan takdirkan masyawi Arab air tangan Saiyid Misri. Dujaj Qasr, Sup Daging, Kebab, Syuguf membuka selera anjang. Panas-panas. Habis ni, turun tingkat bawah, nak makan laksa Ibu Anisah Morad ar. Perghh. Laksa Penang dengan cili api narr!!! narr!!, mana nak jumpa di Irbid?! Memang dalam jemaah makan dijamin. Rezki melimpah ruah. Poket selalu kosong, tapi trevel merata, makan macam orang kaya. Antara rahmat berjemaah.

 

Syh Azri ar mesti akui perkara ni. Dulu semasa dia jadi kontraktor, macam-macam kemewahan dia dapat. Tapi semuanya bil masori, bil fulus. Hari ini tanpa fulus di tangan, dia dapat: 

‘hakikat’ fulus 

                  iaitu semua diurus 

dan dia, seperti juga kawan-kawan yang lain, dia dah jejakkan kaki di kota London. Kota bersejarah kepada negara kita Malaysia. 

 

Kronologi Kemerdekaan

 

27 Julai 1955

 

Pilihanraya umum kali pertama. 52 kerusi dipertandingkan untuk ke Majlis Persekutuan. Parti perikatan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al- Haj telah memenangi 51 kerusi.

 

1 Januari 1956

 

Tunku Abdul Rahman dan rombongan merdeka berangkat ke London dari Singapura, menaiki kapal laut Asia hingga ke Karachi dan dari sana menaiki kapal terbang ke london.

 

16 Januari 1956

 

Rombongan merdeka tiba di London. Ahli rombongan yang terlibat terdiri daripada: Tunku Abdul Rahman (Ketua) , Datuk Abdul Razak bin Hussain, Kol. H.S Lee, Dr. Ismail Abdul Rahman, T.H Tan. Wakil raja-raja terdiri daripada: Datuk Nik Ahmad Kamil Haji Mahmood ( MB Kelantan), Dato’Abdul Aziz Abdul Majid (MB Selangor), Haji Abdul Wahab ( MB Perak), Dato’ Mohammed Seth (Johor) dan MCS Abdul Kadir Sahamsuddin.

 

8 Februari 1956

 

Tututan kemerdekaan dipersetujui dan ditandatangani antara Tunku Abdul Rahman dengan Menteri Tanah Jajahan Inggeris, Alan Lenox di Lancaster House.

 

21 Februari 1956

 

Rombongan Tunku tiba di Padang Merdeka, Melaka dan disambut oleh ratusan ribu rakyat yang sedang menunggu.

 

21 Februari 1957

 

Penyata Suruhanjaya Reid dikeluarkan. Menggubal undang-undang Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu Merdeka. Antaranya: pembentukan parlimen, Yang di-Pertuan Agong dan timbalan sebagai Ketua Negara, kuasa raja-raja Melayu, agama rasmi, perlantikan Perdana Menteri, pilihanraya dan lain-lain.

 

9 Mei 1957

 

Tunku sekali lagi berangkat ke London untuk persiapan terakhir kemerdekaan bersama Datuk Abdul Razak, Dato’ Sambathan, Datuk Ong Yoke Lin, dan penyimpan Mohor Raja-raja Melayu, Haji Mustapa Al-Bakri.

 

31 Ogos 1957

 

12.01 dinihari di Padang Kelab selangor berhadapan Bangunan sultan Abdul Samad, bendera Inggeris, Union Jack telah diturunkan buat kali terakhir dan digantikan dengan Bendera Persekutuan. 8.00 pagi di Stadium Merdeka, Tunku Abdul Rahman Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Perdana Menteri Malaya yang pertama mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu. MERDEKA!!!

 

Ini sejarah. Ramai yang tau, saja anjang nukilkan. Tetapi sejarah yang sedang dicipta, janganlah tak amik peduli. Tunggu dan lihat apa yang berlaku bulan 5 ni.

 

Tunggu tu membina rindu.

Duduk berkampung dan berkubu 

 

Ia menghasilkan sesuatu yang besar dalam kebangkitan Islam kali ke 2. 

 

Lihat tu dengan persiapan. 

Perhatikan BUJ ar, Jemaah, Haramain, Malaysia, dunia.

 

Abuya meninggalkan kita pada 13hb Mei 2010, satu sejarah yang mudah orang ingat. Sekarang Abuya ambil sejarah di London pula. Macam mana seorang yang ghout 1 minggu, ke bilik air pun merangkak, tiba-tiba boleh sehat. Mampu bertemu PM Malaysia, dengan senyuman menerangkan keberadaan jemaah A di London. 

 

Di Malaysia kita diburu bagai kucing kurap. BRSA Bt Hampar diserbu lebih 100 orang di tengah malam. KDN, Jab. Agama dan SB bergabung tenaga. Serbuan dan tangkapan di Shah Alam. Di Penang naik turun mahkamah. BUJ ar diburu. Tapi anehnya GISB muncul di bumi yahudi. Di London dengan senyuman. Memberi pengharapan kepada pemimpin UMNO yang sudah lesu dek tekanan BERSIH.

 

Walau letih lesu, kerana dihina BERSIH, PM tetap ke London. GISB menunggu di London. Di Malaysia GISB dimaki hamun, disesatkan, di negara yahudi, Allah buat sesuatu yang besar. Di London terjadi sesuatu besar oleh KA. Ketua polis yang jaga keadaan resah gelisah kerana jeritan BERSIH, tetapi keadaan terkawal kerana ada kuasa yang mengawal. Sebelum ini kita tidak dibenarkan masuk. Imej orang-orang yang tersenyum mesra, berbaju kemas, berkupiah Oman ini tidak pernah layak bersama majlis ‘sepetang bersama PM.’ 

 

Tapi bila Allah kehendaki Syh Azri ar berjaya mempromosikan kafe NM kepada PM. Melepasi SB yahudi dan Malaysia. Syh Azri telah dapat bersalam dengan PM, setelah PM sendiri berjalan ke tempat beliau berdiri. Aneh kerja Tuhan.

 

‘Kami ada kafe di London.’ 

Najib menunjuk minat bertanya: ‘Untung ke?.’ 

‘Boleh, dah 6 bulan operasi.’

 

Macamana orang yang ditekan di Malaysia, sekarang ada di London. Ada satu etnik Melayu berjaya di tempat yang tidak pernah orang Melayu berjaya. Kaum inikah yang lebih layak menerima kerajaan ini dari DSAI dan ‘kaumnya?’

 

Di waktu orang hina PM, ada yang datang cuba menyelamatkan. Waktu orang cemuh kamu, kalungkan kamu dengan bunga malai, ada yang bersalaman denganmu dengan senyuman. Ikutlah Islam Islam, kamu akan selamat. Inilah proses penyerahan kuasa kepada Islam secara aman. 

 

Ya Allah ampunkan kami. Ya Allah pecutkan roh kami menujuMu melalui orang-orangMu.

 

Jumpa lagi…

 

Bilik suluk GI, Irbid.

8.22am, May 25, 2012

Anjangmuor.wordpress.com

***Corat coret Gerbang Haramain***

ImageSalam ceria. Malam ni anjang ke Jerash sebab nak sambut Sy Megat yang sampai esok pagi di QA Airport. Dia naik RJ. Direct flight. Kalau sewa kereta, mau habis JD30, naik bas je la. Lagipun dia sampai pagi. Dalam jam 5am. Boleh ambil bas ke Mujamma’ Syimali. Dari Mujamma’ Syimali, ambil bas Hijazi ke Irbid. Sampai Mujamma’ di Irbid, boleh naik teksi, ;d1 je untuk sampai ke Duwar Qubbah.

Esok 1 rombongan akan ke Haramain. Dalam 30 orang. 1 bas. Termasuk ibu-ibu Zon yang ada di sini. Bagi orang GISB, keluar masuk Haramain ni dah biasa. Ibu Ju At Tamimi dan Ibu Roslina yang baru je pulang ke Malaysia dah sampai semula ke Amman untuk masuk ke Haramain. Teringat kata-kata mak anjang semasa call nak maklumkan padanya, anjang nak balik bertugas ke Syria. Apa mak kata: Ko ni, kejap sangat balik. Aku ni, semenjak ko balik, Bando Muo pun belum pegi, ko dah nak balik sana. ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ 

 

Yang baru sampai ada beberapa orang. Baru sampai dari Haramain. Antaranya, Kak Maliha, Kak Yati, anak Wan Sivi dan Syidi adik Sy Anuar Perancis. Syidi ni bukan orang lain pun di Jordan ni. Masa anjang belajar sini, dia pun di sini. Di tahun 90′an. Cuma di sekolah Menengah. Kat Omariah rasanya. Antara bekas pelajar Omariah, Syh Miqdad, Ibu Om, Ibu Yati Salim. Mereka masih muda. Masa tu Syidi vokalis kumpulan Nasyid kami. Selain Syh Malek Raswan. Pastu tenggelam namanya, bila anjang pindah ke Kem Motivasi di Bt Hampar, jumpa dia di sana. Bahagian pembangunan dan penyengelaraan. Dengan topi dan kereta sorong dia bertukang keliling bandar RSA. Waktu solat, selalu jadi imam. Rupanya balik Jordan sempat jadi mat rempit. Bila enta berubah? Bila aruah Ayah meninggal. Ya, kematian banyak merubah seseorang. Tapi, lebih ramai lagi yang tak berubah-ubah walaupun sudah berlaku banyak kematian orang di sekelilingnya.

 

Jadi Jordan istimewa. Tempat transit mereka yang keluar dan masuk Haramain. Gerbang Haramain. Di sini juga tempat ramai zuriat Abuya bergelangang. Anjang menumpang berkat mereka. Walaupun ada kedudukan yang tersendiri, rupanya Abuya nak buat kegemparan di bulan Mei ini bukan di sini. Di sini sudah lama terkenal sebagai kubu Abuya. Abuya buat kemunculannya di London. Kota yang sangat dikuasai yahudi. Abuya dah masuk kubu yahudi. Macam mana tu? Malas anjang nak tulis sampai habis… Korang bukan baca pun celoteh anjang sejak akhir-akhir ni.

 

Cerita best-best ni. Tapi kalau best, tak ada yang baca, tak best langsung… Ok, korang cari sendiri la cerita Syh Azri bertemu DS Najib di London. Ulasan di balik peristiwa. Teringat sama-sama dengan Sy Azri dan Us Zul Mokhtar di homestay Syria, musim panas tahun lepas. Berkurung di rumah. Bulan Ramadhan pula tu. Ramadhan tahun ni tak tau di mana? Apakah akan berjumpa?

 

Bilik suluk Syh Wahab, Jerash, Jordan.

12.14am, Mei 24, 2012H

Anjangmuor.wordpress.com 

 

 

Bani Ibn Taat

Bani Harun Aidil Fitri 2008 depan rumah Us Abd Aziz Bachuk, Larkin, Johor.


Salam ceria, apa ni? letak gambar raya? potong la. Orang tak tentu balik raya ni… ya, semua kita tak tentu boleh balik raya, mungkin Ramadhan pun tak sempat kalau kematian menjemput. Terus pulang ke kampung asal. Kalau pulang ke kampung asal, pulanglah seperti Hj Ismail, sangat tenang dan dialu-alukan. Fizikalnya di istana RSA, rohnya bersama Nur Muhammad….

Irbid, Jordan.
4.02pm, Mei 23, 2012
anjangmuor.wordpress.com

***Bertaubatlah diri!! jangan putus asa!***

Image Salam ceria. Bangun tidur, hati ini selalu menyesal. Menyesal semalam yang ku sia-siakan. Hari semalam yang tidak akan kembali selama-lamanya. Sepanjang hidupku selepas ini. Tetapi penuh dengan dosa-dosa. Kurang dengan kebajikan. Rasanya tanpa kebajikan. Walau sedikit. Kerana ‘huzuzun nafsi’ masih banyak. Lintasan-lintasan sentiasa menganggu. Sedangkan usia yang berlalu terlalu banyak. Baki umur belumku tahu. Berjanji untuk tidak terlibat dengan dosa. Tapi, alangkah malangnya, di penghujung hari… Aku gagal lagi.

Hari ni dapat berita kematian Hj Ismail. Adik Ibu Mak Pah ra. Kematian yang indah. Kematian seorang murid yang taat kepada mursyidnya, mengheret jasadnya yang sakit, menyahut panggilan Haramain. Datang, setelah berkorban habis-habisan selama ini membangunkan Islam di Phuket, bersama kakaknya Ibu Mak Pah 77 tahun, yang sangat berjasa. Akhirnya sampai ke istana RSA di Mekah al Mukarramah. Di usianya ke 66 tahun, masih berpencak bersama jemaah di musolla istana. Taat setaat-taatnya. Akhir umurnya, tidur yang selama ini adalah mati yang sementara rupanya menjadi tidur yang terakhir kerana rohnya terus menuju kampung abadi. Bertemu roh Rasulullah saw dan para rijal. Beruntungnya beliau…

Ya, kematian akan datang menemuiku. Entah di mana? Entah bila? Sedangkan sembahyangku tak khusyu’, kalau solatku belum tentu diterima, dalam solatku masih membesarkan selain Allah, haqqan aku seorang yang berdosa.

Bumi mana yang tak ditimpa hujan?!

Setiap anak Adam adalah pesalah-pesalah. Dan sebaik-baik orang yang bersalah, orang yang bertaubat…

Suatu masa ada seorang badwi datang kepada Sayidina Ali ra dan bertanya,

‘Wahai Ali, aku ini banyak membuat dosa, apa perlu aku buat ?’.

Jwb sayyidina Ali, ‘Bertaubatlah!’.

Dengan gembira si badwi itu pun beredar. Selang beberapa hari dia datang kembali kepada Saiyidina Ali bertanya lagi.

‘Aku berbuat dosa lagi, apa perlu aku buat…?’.

Jawab Sayidina Ali, ‘Bertaubatlah….!’.

Si Badwi itu termenung sebentar, tetapi sayidina Ali segera memberi isyarat dan memberi semangat kepadanya. Merasa puas dengan jawapan itu, lalu ia beredar.

/p>

Selepas beberapa minggu si badwi itu tiba-tiba muncul kembali mengadap Sayidina Ali ra. Lalu dia bertanya lagi sekali soalan yang sama seperti sebelumnya. Dengan tenang Sayidina Ali menjawab, jawapan yang sama seperti dahulu. Kerana tiada jawapan lain yang diberi dia beredar dengan keadaan sedikit kecewa.

Namun belumpun jauh dia beredar, dia berpatah balik kepada Sayidina Ali lalu bertanya,

‘Sampai bila perlu untuk aku berbuat dosa…, kemudian taubat lagi….?’.

Lalu Sayidina Ali menjawab, ‘…..sampai yang putus asa adalah syaitan.., bukan kamu!!’.

Beberapa tahun selepas itu Sayidina Ali ra terjumpa semula badwi tersebut dan dia sudah pun menjadi tabiin yang sangat soleh.

Uhibbus solihina wa lastu minhum….

Ampun maaf.

Musolla GI Irbid, Jordan.

6.18pm, Mei 22, 2012

Anjangmuor.wordpress.com

***Mengenal Diri Melalui Rasa Hati***

/>Salam ceria,

Mengenal diri bukanlah sekadar menilai kecantikan, tinggi rendah, warna kulit, keturunan dan bangsa. Kerana manusia sebenarnya terdiri dari dua jasad yang dipadu erat, iaitu jasad lahir dan jasad batin. Mengenal diri ertinya mengenal hakikat manusia. Hakikat manusia adalah batinnya. Tanpa hakikat, yang lahir tidak berguna.

Jasad lahir hanyalah sangkar untuk jasad batin. Kalau kita gagal mengenal jasad batin manusia, kita akan gagal mendidik diri manusia. Jadi mengenal diri sebenarnya bukanlah mengenal rupa lahir, tetapi yang lebih penting adalah mengenal watak batin, iaitu jiwa, fikiran, kebolehan, kecenderungan, watak, nafsu dan kekuatan yang ada pada diri kita.

Dengan mengetahui sifat-sifat yang ada pada diri kita, kita nanti dapat melatih diri kita dan meletakkan diri sesuai pada tempatnya. Bila tidak, maka akan terjadi kerosakan di muka bumi kerana kita telah melakukan sesuatu yang tidak sesuai dengan jiwa kita, berlakulah kejahatan, krisis jiwa dan ketegangan fikiran hingga hilanglah kebahagian.

Ni la bacaan anjang pagi ni. Buat makanan jiwa dari buku best seller. Dah terjual lebih 1 juta buah. Di cetak rasanya lebih 15 kali cetak. RSA baikkan hatiku ini…!!!

Esok Syh Lan balik ke Malaysia dengan Syh Hj Leman. Tinggallah anjang dan Us Zul. Berkurang ahli villa GI ni. Rindulah kami dengan selawat Syh Hj Leman yang lunak dan syahdu. Panjang umur berjumpa lagi. Tak tau la, bila dapat ziarah tanahair. Dekat 6 bulan merantau. ᴬᵗᵏ.

Jumpa lagi.

7.31am, Mei 19, 2012.

Anjangmuor.wordpress.com

***li yaqul kullun ma syaa an yaqul***

ImageSalam ceria. Tunggulah, kamu tak akan rugi walau sesaat. Ya Allah, jadikanlah kami orang-orang yang menunggu-nunggu janjiMu. Jangan jadikan kami orang yang berputus asa dari rahmatMu. Malanglah orang yang tak tau menau tentang janji Tuhan untuk umat Islam di akhir zaman, lalu tidak terlibat langsung menagih janji Tuhan. Lebih-lebih lagi rugi bagi mereka yang telah direzkikan kebenaran di akhir zaman tetapi tak pandai mensyukurinya, lalu keluar meninggalkan jemaah. Berganda-ganda lagi malang dan rugi jika meninggalkan kebenaran kerana maslahahnya tak diperolehi lalu menghina jemaah sesuka hati. Allahummahdi qaumi fainnahum…. Dalam perjuangan kebenaran, kamu diperkenalkan siapa kawan, siapa musuh. Berapa kategori musuh, bagaimana berhadapan dengan setiap kategori musuh. Malah rahsia-rahsia strategi musuh dibuka sedikit demi sedikit mengikut keperluan. Itulah yang berlaku. Tapi bila berlaku kepincangan dalam masyarakat, maka ditanya pendapat kepada semua orang tanpa melihat latarbelakang masing-masing, lihatkan keperlbagaian jawapan, yang belum tentu kebenarannya.

Kamu tak akan dapati satu pun dari jawapan mereka mengatakan inilah wajah akhir zaman. Orang-orang Islam akan mengikut yahudi sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, hingga kalau mereka masuk lobang dhab pun nescaya umat Islam akan mengikutinya. Kamu juga tak akan jumpa mereka membaca ayat Quran yang bermaksud: “Sekali-kali tidak akan redha kepada kamu yahudi dan nasrani hingga kamu mengikut cara hidup mereka.” Dua perkara besar yang dilakukan oleh yahudi untuk melemahkan umat Islam yang jarang dihighlightkan ialah: 1.Memisahkan umat Islam dari persoalan roh, kepercayaan kepada alam ghaib, dari bantuan-bantuan Tuhan secara luar biasa, mukjizat, karamah, ma’unah, barakah, tawassul. Mereka cipta mazhab wahabi untuk menyerang Islam dari dalam. Di tanam dalam pemikiran umat Islam, yang ghaib itulah hantu, momok, syaitan. Boleh bawa syirik kononnya. Disembunyikan rijal-rijal, roh-roh suci, malaikat dan lain-lain kekuatan berbentuk roh. 2.Menyembunyikan seks halal yang indah. Mempertikaikan poligami yang jelas halal. Memandang hina mereka yang beranak ramai. Dalam masa yang sama, menaja seks haram. Seks bebas. Secara tersusun dan sisitematik. Beribu-ribu anak haram lahir setiap tahun, tak sapa peduli. Sebab itu apabila muncul TVRSA – Saluran Roh Suci dan Seks Suci Islam, sudah tentulah yahudi paling tercabar. Anak-anak murid yahudi paling kuat menentang. Samada sedar atau di bawah paras sedar. Katakanlah apa yang kalian ingin katakan, yang benar tetap benar walau satu dunia menentangnya. Ok, korang dah buat apa untuk TVRSA kali ni? Jumpa lagi. Bilik Suluk, Villa GI Irbid, Jordan 6.59pm, Mei 18, 2012 Anjangmuor.wordpress.com KOSMO 25 April 2012 “Pergaulan bebas antara remaja lelaki dan perempuan menjadi penyebab kepada masalah ini, jadi jaga tingkah laku anda” Ridza Azzurra “Faktor umur dan tahap kematangan remaja menyebabkan mereka terbabit dalam jenayah seksual” Mohd Radzi Ramli “Gadis remaja hendaklah menjaga penampilan dan pemakaian mereka bagi menghindarkan diri daripada menjadi mangsa” Mohammad Shukur “Berikan didikan agama yang mencukupi kepada gadis remaja bagi mengelakkan mereka terjebak dengan pelbagai aktiviti tidak sihat yang menjurus kepada jenayah seksual” Que Nur Are Liff “Minta pihak berkuasa mengenakan hukuman lebih berkuasa mengenakan hukuman lebih berat kepada pesalah jenayah seksual dalam kalangan remaja” Arif Ief U’c “Gadis remaja diingatkan agar tidak terjebak dengan gejala sosial yang menjadi antara penyumbang kepada jenayah seksual.” Mohammad Sharul Acai “Pantau dengan siapa anak-anak gadis kita berkawan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.” Davis Kimend “Ibu bapa perlu sentiasa memantau pergerakan anak-anak gadis mereka demi keselamatan.” Zuriman Zakari

***Generasi Harapan di Iftitah Mat’am Nur Muhammad, Irbid***

Salam ceria. Malam tadi, semasa balik dari Mecca Mall usai show GH di hadapan berbagai golongan pengunjung mall dan tetamu, anjang tumpang cooster yang bawa anak-anak ke Jerash. Driver cooster membuat permintaan nasyid. Mamad berseloroh, berapa dia nak bayar? Pastu Mamad demand JD20 satu lagu. Dia kata ok, cuma kalau tak sedap, kamu bayar pada aku JD20. ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ. Pastu yang tentukan sedap atau tak dia. Begitu mesra driver dan anak-anak ni. Anjang amik kesempatan, minta satu nasyid, ‘menunggu janji’ dan Mamad yang tak jual mahal tunaikan.

14hb 5, kalau GH tak datang, hilanglah seri dan kurang keberkatan Perasmian Mat’am Nur Muhammad, Irbid. Tak kan nak suruh abg Bah Nasyid, dia sibuk mengatur susun anak-anak di sini. Jaeid, tak boleh gak, sibuk dengan Khubaib di meja VIP, tu pun slow servis dia sebab ruang terlalu sempit untuk dia bergerak. Nasib baik tenang dan tak gabra. Faah, Khunais, Darda’, Syuk, Aufa, Mus hatta Hazim, vokalis Syria, ada tugas masing-masing. GH lah yang paling tepat memberi makanan roh kepada tetamu yang datang.

Terima kasih tak terhingga kepada RSA kerana dengan berkat dan karamah mereka, majlis perasmian satu lagi rangkaian pernagaan GISB iaitu Mat’am Nur Muhammad oleh En Muhammad Shoha, Ketua Dewan Perniagaan Irbid di hadapan isteri Menteri Awqaf Jordan, Ummu Anas dan lebih 200 orang tetamu.

En Muhammad atau Abu Asyraf dalam ucapan perasmiannya, setelah mengalu-alukan kehadiran Ummu Anas selaku isteri Menteri Kabinet Jordan berterus terang melahirkan rasa gembira dengan cawangan terbaru perniagaan GISB yang menaiktarafkan Irbid seolah-olah setanding dengan lain-lain rangkaian restoran GISB di seluruh dunia seperti di Jerash, Mekah, Madinah, Cairo, Perancis, Frankfurt, London, Australia dan lain-lain.Lebih-lebih lagi restoran ini menggunakan nama Nur Muhammad yang merupakan sumber segala cahaya. Darinya datang segala kebaikan dan keberkatan. Abu Asyraf bukan sahaja membawa jurugambar khas dari Dewan Perniagaan Irbid untuk memuatkan liputan perasmian Mat’am Nur Muhammad, malah menghadiahkan sejambak bunga sempena majlis yang mulia ini.

Dengan dimeriahkan oleh alunan nasyid dari kumpulan Generasi Harapan yang didatangkan khas dari Jerash suasana menjadi lebih menarik persembahan penuh bertenaga dan menggetarkan roh. Bukan sedikit di kalangan tetamu yang merakamkan show yang dipersembahkan. Semua tak tau apa yang ada dihati anak-anak GH yang sebenarnya sedang sangat bimbang kehilangan ‘keyboard’ yang tertinggal di kereta yang mereka tumpang. Anjang pun tak tau yang mereka gunakan keybod yang dipinjamkan oleh seorang student di sini. Hangit ‘hantar power’.

Keyboard tu di beli pd tahun 2003 waktu tu harganya dlm RM5K. Pada tahun 2005@06, dibawa ke jordan, sampai di airpot kena tahan, katanya keyboard ni tak leh masuk sebab model tu tak de lagi di Jordan. Ketika di survey harganya di sini dalam JD1,800K. Hasil merintih, menangis, hantar power anak-anak di jerash, esoknya Allah pulangkan balik keyboard tu. Untuk Islam.

Setelah menerangkan kepada Abu Asyraf dan mudirnya, Abu Muhammad mengenai Abuya, khasnya semua nasyid yang dipersembahkan adalah dari sajak-sajak Abuya yang berjumlah lebih 5000 buah, mereka kelihatan sangat terharu. Abu Muhammad yang juga bekas tentera yang anti Amerika dan yahudi sangat gembira kerana Abuya melaksanakan sunnah dengan beristeri empat dan anak-anak dari satu ayah berlainan ibu ini mampu memberikan persembahan menarik.

Pelajar-pelajar Malaysia dan lain-lain pengunjung pula mengambil kesempatan menikmati ‘live show’ dari GH. Selama ini mereka kenal malah membesar dengan nasyid-nasyid Mawaddah, hari ini GH datang mengubat rindu mereka.

Ditambah dengan virasi makanan Malaysia yang sangat enak, mereka berulang kali mengucapkan terima kasih dan teruja dengan nasi ayam, nasi putih, ayam masak lemak cili api,rendang daging, ikan sambal, soto, kuah kacang, karipap, buah-buahan, kek sebesar meja,diberi potongan yang besar-besar pula dan air. Yang penting semuanya sangat sedap dan menyelerakan lebih-lebih lagi diberi percuma secara buffet. Cuma adalah yang jaga di meja. Si Hazim, supaya dapat mencedok kadar yang sesuai dengan saiz pinggan. ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ

Layanan mesra dari ibu-ibu zon yang ada di sini menambah eratkan hubungan kita dengan warga pelajar di Irbid. Bagi siswa-siswa kursus perubatan tahun akhir Universiti Teknologi Jordan, inilah saat yang mengembirakan mereka kerana diraikan sedangkan mereka sedang sibuk dengan tekanan musim peperiksaan. Kira macam majlis ‘konvo muqaddam’ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ . Rugi sapa-sapa tak datang. Kesian Atiq yang ada urusan, datang dah lewat sangat.

Hidangan VIP bertaraf 5 bintang pula membuatkan tuan kedai yang kadang-kadang agak acuh tak acuh dengan kita, tertanya-tanya siapa di sebalik Nur Muhammad sebenarnya. Ketika menjamu selera, Ummu Anas mengambil kesempatan menerangkan lebih lanjut mengenai Abuya dan perlaksanaan Islam secara syumul oleh Abuya kepada Abu Asyraf dan Abu Muhammad. Tetamu pula kelihatan gembira kerana dapat bermesra dengan keluarga Abuya diketuai oleh Ibu Atiyyah dan adik-adik dari 4 ibu. Semoga dengan adanya projek RSA di Irbid ini, seluruh golongan masyarakat akan dapat dibawa kepada Tuhan dan dikembalikan kepada Rasulullah saw dan pejuang-pejuangnya dilayakkan kekal bersama pimpinan RSA dan jemaah kebenaran akhir zaman. Terima kasih RSA. Terima kasih GH. Terima kasih kepada semua staf dan ibu-ibu yang membantu juga para pengunjung yang memeriahkan program ini. Allah lah yang akan membalas jasa-jasa kalian.

Bilik suluk, Villa GI, Irbid.
11.54am, Mei 17, 2012
Anjangmuor.wordpress.com