Kesusahan Orang Kaya (klik di bawah)

Kesusahan Orang Kaya

Kuasa Allah itu mutlak. Abuya selalu sebut dalam sajak-sajaknya, Allah boleh buat apa saja. Sihatkan, sakitkan. Menghidupkan, mematikan. Mengkayakan, memiskinkan. Bahagiakan, celakakan. 

Rupanya, tak semua yang kaya tu bahagia. Tak semua yang bahagia tu berada. Bukan semua si miskin menderita. Bukan semua yang menderita tu kerana papa kedana. Kerana bahagia dan derita itu di hati. Hati itu milik Tuhan. 

يقلبه كيف يشاء  yuqollibahu kaifa yasya’

Dia membolak balikkannya ikut yang Dia kehendaki.

Ada je orang yang kaya, biasa mewah dan selesa tiba-tiba diuji dengan kesusahan yang sedikit lalu menderita jiwanya. Ya Allah jadikan kami orang yang mengenaliMu dan memahami kerja-kerjaMu agar tenang dengan ujian yang menimpa.

Rezki Tarhil

Rezki Tarhil

Berbagai peristiwa berlaku sepanjang program pemutihan di Saudi. Hari ini, peniaga-peniaga Warga Indonesia mula berniaga semula di atas divider berdekatan konsul mereka yang dibakar dalam rusuhan baru-baru ini. Macam-macam makanan dijual, seperti Pasar Malam.

E K S P O BARANGAN HALAL & SAHAM AKHIRAT

 

Mai! Jangan tak mai!

E K S P O BARANGAN HALAL & SAHAM AKHIRAT

Sirami dan Suburkanlah jiwa anda!

Konsert & teater

M U Z I K A L ISLAM

Setiap Malam Jam 9 mlm – 11 mlm

Kumpulan nasyid international adik beradik dari 1 Bapa dan 4 Ibu

G E N E R A S I H A R A P A N

Masuk Adalah Percuma

Bertempat di: Darul Aman Park (Tasik Darul Aman), Bandar Darul Aman, Jitra.

Pada tarikh: 20 – 22 Jun 2013 10.00 pg – 11.00 mlm

Maklumat lanjut, sila hubungi:

Pn Rokiah: 0182095034

En Hisham: 0194586830

Pn Zaidah: 0139238313

Tn Hj Haizad: 0145228038

 

***Jabal Nur, Gua Hira’***

IMG_00000216

<a IMG_00000209 Salam ceria.
Semasa xpdc ke Madinah tahun 2010, anjang berkesempatan menziarahi Medan Perang Uhud. BW terangkan perkhabaran-perkhabaran yang membina rasa terhubung dengan Syuhada’ Uhud terutamanya Saiyidina Hamzah RA. Senja itu kami mendaki Jabal Rummah, Bukit Tentera Pemanah. Menyaksikan matahari terbenam di ufuk barat. Duduk beramai-ramai di atas Bukit itu sambil menghabiskan pakej. Kami taakhirkan solat. Ummu jelaskan bagaimana ‘cinta dunia’ merosakkan kehidupan manusia. Rupanya cinta dunia jadikan orang kafir sanggup menolak kebenaran dan berperang dengan Nabi Allah. Cinta dunia juga boleh jadikan umat Islam ingkari arahan Rasulullah SAW, tinggalkan tempat yang patut dipertahankan kerana merebut harta dunia.

Semasa ziarahi Madinah bulan 6 2012, anjang berkesempatan mendaki bukit tidak jauh dari Medan Uhud di mana Rasulullah SAW di bawa oleh sahabat berundur kerana asakan keras dari tentera musuh dalam kegawatan Ghazwah uhud.Terasa sayu hati kerana dapat peluang duduk di celahan batu yang pernah baginda duduk. Harum sungguh kawasan yang sempit itu, yang hanya muat untuk seorang duduk sambil berjuntai kaki di celahan batu. Ya Rasulullah! Aku tak tau, adakah aku akan menjadi salah seorang sahabat yang bermati-matian mempertahankanmu sewaktu saat yang kritikal itu, jika aku ditakdirkan bersamamu ketika itu! Mungkin saja aku tidak mampu berhadapan libasan pedang tajam. Tusukan tombak yang menggila dan hujan anak panah. Moga hamba yang lemah ini, dikira sebagai ikhwan di akhir zaman untuk merebut janji Tuhan yang pasti terjadi. Walau di rasa diri ini sangat tak layak. Layakkanlah kami Ya Allah! Merebut gelaran ‘ikhwan’ dan ‘Asoib’ yang mulia.

Di Damsyik, banyak kali juga dapat daki Jabal Arbaien yang terkenal itu. Biasanya kami ambil Pick Up atau van hingga ke kaki bukit. Dari situ baru mula mendaki. Melalui celah-celah rumah penduduk yang dibina di kaki Jabal Arbaien hingga ke mata tangga pertama untuk mendakinya yang dah siap dibina tangga hingga ke sebuah masjid di puncak jabal Arbaien. Lebih kurang 600 mata tangga perlu di daki untuk sampai ke sebuah gua di dalam kawasan masjid/musolla yang di dalamnya (gua) mempunyai batu berbentuk seperti lidah yang terjelir. Diceritakan sejarahnya adalah dari peristiwa pembunuhan kali pertama dalam sejarah kemanusiaan. Qabil membunuh Habil. Hinggakan gua pun bereaksi terperanjat, sedih dan menangis. Arbaien itu ertinya 40 mengambil sempena 40 orang wali Abdal yang hidup sekitar Syam. Siapa mereka? Allah saja yang mengetahuinya dan wali saja yang mengenal wali.

Jabal Rahmah, rasanya semua korang kenal. Tempat pertemuan Nabi Adam AS dan Siti Hawa setelah terpisah selama 40 tahun. Masa jalan dengan jemaah umrah Hj Mazlan, seorang Pak Cik tu bergurau, anak-anak dara, jangan berdoa untuk dapat jodoh di sini. Nanti lambat jumpa jodoh. Kena tunggu 40 tahun! Pulakkk!! Anjang mujur tak doa jodoh di sini. Jabal Rahmah ni selalu anjang daki sebab bawa jemaah umrah berziarah. Selalunya anjang biarkan mereka naik sendiri je, yang penting pandai turun dan cari bas semula. Tapi kadang-kadang terpaksa naik, sebab apa? Mencari jemaah yang sesat. Di Malaysia, orang tuduh kita sesat. Di sini kita jadi pembimbing jemaah umrah agar tidak ‘sesat’, yang sesat kita usaha dan pastikan dapat di bawa semula ke jalan kebenaran, iaitu naik bas semula. Selalu je jemaah sesat sebab orang ramai. Jemaah Iran, Turki, Indonesia, Malaysia, India, Mesir. Ditambah lagi dengan peniaga-peniaga batu cincin, tasbih, inai, celak, pakaian. Plus peminta sedekah, pelbagai gaya berbaring di tengah-tengah tangga atau menarik baju-baju kita di tepi mata tangga. Ditambah lagi dengan PATI dari Yaman yang menawarkan snap gambar poloraid atau menunggang unta berhias. Bila turun bukit, pening. Tak dapat cam bas, sebab ada berpuluh-puluh buah bas di sepanjang jalan menanti jemaah masing-masing. Lalu sesatlah orang yang tak dapat petunjuk.
IMG_00000214
Beberapa hari lepas, anjang berpeluang mendaki Jabal Nur. Di puncaknya terdapat Gua Hira’, tempat Rasulullah SAW menerima wahyu pertama dari Malaikat Jibril AS. En Jamal dan keluarga dari Kelantan. Mereka bertujuh nak mendaki Jabal Nur di malam hari. Bila anjang ceritakan pada muslimah, mereka nak ikut. Jadi 5 muslimah, 7 orang dari keluarga En Jamal dan anjang. Nak jadi cerita, bila anjang sampai hotel Abbas Golden, tunggu En Jamal di lobi, tiba-tiba blackout. Tak lama. Beberapa saat je. Cuma kesannya lama. En Jamal dan seorang anak perempuannya tersekat dalam lift. Itulah ujian pertama. Melambatkan kami ke Jabal Nur. Syh Salleh dan muslimah yang tunggu di Hi Ace dah tertidur-tidur. Jam 1.30am baru mula mendaki. Jemaah Umrah dari Grup Andalusia dah turun, jumpa mereka di kaki bukit. Termotivate anjang lihat dua orang yang sangat ‘sehat’ turun penuh mengah dan berpeluh. Sudah tentu mereka sampai ke puncak. Kata En Jamal dia jumpa di kalangan jemaah tu, seorang Mak Cik berusia 73 tahun, dah selamat sampai ke bawah. Fuuh. Kena daki juga.

Kecuramannya lebih dahsyat dari Jabal Arbaien. Mula-mula anjang di depan, pastu anjang minta Khalilah dan 2 banat jalan dulu sebab mereka nampak bersemangat. Orang muda katakan. Pastu belakang anjang, keluarga En Jamal. Muslimah 2 orang, tertinggal di belakang (nama dirahsiakan hehe atau letakkan nama sesapa pastu dalam kurungan, bukan nama sebenar)

Kalau ikut panduan Syh Salleh, daki je, jangan berhenti. Anjang tak ikut. Sebab anjang bawa orang. Kena tunggu mereka. Lagipun, anjang pun penat gak. Syh Jian kata, jangan bernafas ikut mulut, nanti tekak cepat kering. Syh AlFaiza kata, bernafas ikut mulut, keluarkan ikut hidung. Anjang dah tak kira, bernafas ikut dan je. Mulut ke hidung. Bila tekak kering, anjang berhenti sebentar, minum sikit air untuk membasahkan tekak. Minum banyak-banyak tak boleh, sebab kata Syh Salleh di atas tak ada tandas.

Malangnya banyak lokasi yang anjang berhenti rehat, berbau hancing. Ramai yang kencing merata-rata. Kalau tak silap anjang, ada 3 atau empat chek point yang terdapat sebuah bangku panjang berbumbung sepanjang track bertangga untuk sampai ke puncak. Malangnya, di semua tempat ini, penuh dengan sampah dan berbau hancing.

Ada beberapa orang peminta sedekah yang tidur di tepi tangga, di lereng bukit. Di hujung kepalanya atau di tepi selimutnya terdapat kupiahnya yang berisi beberapa helai note 1 riyal. Kalau letak banyak-banyak, takut orang dah tak nak sedekah atau lebih malang, ada yang tangan panjang mengambilnya. Walaupun dan hampir 3 pagi, ada peminta sedekah yang ‘bekerja’ ‘shift malam’ meminta sambil menarik baju kita dengan suara penuh hiba, supaya dihulur seriyal dua. Anjang rasa kebanyakkannya orang Pakistan. Macam biasa nampak menggunakan skil yang sama dengan peminta sedekah di Karachi.

Di samping itu, ada juga pembuat tangga. Tidur di mata tangga, yang kelihatan belum siap. Berdekatannya ada baldi, dengan bekas simen. Dan mata tangga yang sedang di simen. Mereka tidur berbumbungkan langit. Sambil mengharap belas ehsan pelawat gunung Nur.

Di puncak Jabal Nur ada sebuah kafe, menjual minuman panas dan sejuk. Nak indo mie pun ada. Peniaganya, Farouq dari Pakistan. Air mineral 1 riyal di bawah, akan naik jadi 2 riyal di atas. Begitu juga ‘asir dan air gas. Mahal 1 riyal. Upah bawa naik. Tapi yang anjang pelik, ada freezer dan jug letrik. Dari mana mereka tarik power?

Lepas melalui stall Farouq yang juga menjual tasbih dan cincin, ada satu ruangan kecil yang datar dijadikan musolla. Lepas tu, tracknya kembali menurun ke arah lereng gunung yang menghala ke Kaabah. Dari sebelah sana, kita akan nampak view Kota Mekah di waktu malam yang menarik. Menara jam jelas kelihatan. Ada dua jalan, samada melalui lorong sempit di celah batu, di dalam gua atau melalui bahagian atas gua Hira’, di lereng bukit, kita akan sampai di depan Gua Hira’ yang sangat bersejarah itu.

Di sinilah baginda mendapat wahyu pertama. Di usia baginda 40 tahun. Setelah bersunyi-sunyian beribadah kepada Tuhan mengikut ibadah Nabi Ibrahim. Kalau bukan kerana dilindungi oleh bangunan tinggi sekeliling Kaabah, dah nampak Kaabah dari celah batu di gua Hira’ itu. Jibril mengajar baginda, ayat 1-5 surah Al Alaq.

Abuya jelaskan, dari ayat ini kita faham bahawa Allah kehendaki kita membaca. Itulah dasar Islam. Membaca ertinya, belajar. Allah suruh kita belajar, menguasai ilmu pengetahuan. Dari ilmu pengetahuan, kita akan mampu berkemajuan. Berekonomi, memimpin, mentadbir, menegakkan segala sistem dalam kehidupan. Tetapi kena perhatikan betul_betul ayat itu,
اقرأ باسم ربك
Bacalah dengan nama Tuhanmu…
Dengan ertikata yang lain;
Belajarlah dengan nama Tuhanmu…
Berpendidikanlah dengan nama Tuhanmu…
Berekonomilah dengan nama Tuhanmu…
Berhiburlah dengan nama Tuhanmu…
Berkemajuanlah dengan nama Tuhanmu…
Binalah negara dan pemerintahan dengan nama Tuhanmu…
Mentadbirlah dengan nama Tuhanmu…
Bersukanlah dengan nama Tuhanmu…
Bukan kerana nama-nama yang lain. Bukan buat atas nama keluarga, kampung, taman, daerah, negeri, negara, parti, bangsa, keadilan, pembelaan, keluar dari penindasan, kerana nak maju, tak mau dihina-hina, kerana nak buktikan kita ‘Boleh!!’, kita setanding dengan orang lain, setaraf dengan bangsa-bangsa lain, kerana sijil dan pangkat darjat, kerana jawatan dan kemasyhuran, kerana kedudukan dan kuasa.

Semua kerja-kerja yang dibuat bersama niat kerana-kerana yang lain, Allah tak terima. Awal-awal wahyu lagi dah diberi peringatan. Indahnya Islam Abuya, Islam yang sebenar. Islam yang benar-benar meletakkan Allah sebagai sebenar-benar tujuan hidup. Sanggup mati kerana Islam. Segala aktiviti hidup mestilah bermula dengan ilmu dan mestilah atas nama Allah. Bukan selainNya.

Terima kasih Abuya atas panduan yang sangat berharga ini. Dan kekasih Allah, Junjungan kita mendapatnya ketika berada di puncak gunung ini, di dalam gua inilah. Oh banyaknya jasa gunung-gunung dan gua-gua kepada Islam. Mengapa aku tidak bersungguh-sungguh mempertahankannya?

Setelah berdoa dan bergambar, anjang bantu peserta melalui gua sempit untuk keluar. Menyuluh lorong yang sempit dengan torch light power bank yang anjang bawa. Bila naik ke atas, di stall Farouq, barulah 2 orang muslimah sampai. Ingatkan tak jadi naik. Sampai gak akhirnya. Ye la, sayang kalau tak teruskan ke puncak walaupun memakan masa lebih 1 jam. Siti Khatijah mendakinya di usianya 55 tahun, membawa bekalan makanan buat suami tercinta. Isteri akhir zaman, nak minta sambal kering, kirimkan jemaah umrah pun berkira. Tak tau la kalau kena daki Jabal Nur setiap 3 hari. Mungkin suami tak kuat berhubung dengan Tuhan, hamba-hamba Allah pun tak sudi berkhidmat dengannya. Eeh maaf, tiada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup mahupun yang akan meninggal dunia.

Jadi, diringkaskan, walaupun dah panjang, kami kena tunggu muslimah bermunajat dan turun sekali beramai-ramai. Kali ni, anjang di belakang. Tak mau mereka lewat. Teknik tak betul. Patutlah terketar-ketar waktu turun. Kita anggaplah, mereka yang menggigil terketar-ketar lutut kerana takutkan Tuhan. Yang peliknya, ramai yang sampai bawah awal, tapi anjang yang masuk van dahulu. Rupanya, pakat beli air di kedai-kedai di bawah.
Ketika azan Subuh berkumandang, kami di larikan van Toyota Hi Ace ke Hotel Abbas Golden, pinggiran Masjidil Haram.
Terima kasih RSA. Terima kasih BW. Dan terima kasih Syh Salleh yang banyak berkhidmat. Walaupun ada isteri, tapi sanggup tidur dalam van je kerana menguruskan kami. Bab ni, Syh Kadiaq kalah.
Ampun maaf.
Mekah.
10.47am, Jun 14, 2013

Delegasi Mongolia mahu jawapan kematian Altantuya

Reblogged from Heliconia's Weblog @ Malaysia:

Click to visit the original post
  • Click to visit the original post
  • Click to visit the original post
  • Click to visit the original post

Malaysiakini : Aidila Razak

8:58PM Jun 7 2013

Delegasi Mongolia di Sidang Kemuncak Global Wanita di Kuala Lumpur menggesa kerajaan Malaysia memberi jawapan atas kematian misteri wanita warganegara itu, Altantuya Shaariibuu di Malaysia.

Bercakap kepada media di luar persidangan itu, Presiden Persekutuan
Wanita Mongolia (MWF), J Erdenechimeg berkata, perbicaraan baru harus bermula untuk mengetahui siapa yang bertanggungjawab atas kematian Altantuya.

Teruskan membaca… 869 more words

Ya Allah, datangkanlah pemimpin yang adil, khalifah kepada umat ini, imam Al Mahdi Al Muntazar

Tanda Kejatuhan Berita Harian

Reblogged from Heliconia's Weblog @ Malaysia:

Click to visit the original post
  • Click to visit the original post

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Semalam,  10 Jun 2013, telah tersebar di group-group BBM foto muka depan akhbar seperti dipaparkan di sini. Baru hari ini sempat membaca isinya. Saya sebenarnya merasa agak lucu dengan pemberitaannya. Tentang Parlimen Roh atau tentang isteri lari dicolek oleh Ummu Jah? Apakah sebenarnya hala tuju berita ini, apa essencenya. Apakah dia Parlimen Roh? Boleh terangkan? Adakah ia sidang parlimen oleh para arwah yang sudah meninggal?

Teruskan membaca… 24 more words

Ya Allah, tunjukkan kepada kami kebenaran itu sebagai kebenaran dan rezkikan kami mengikutinya...