***Hadiah Haramain: Anak ke 16***

ImageImageImage.Salam ceria. Menunggu kelahiran mungkin perkara biasa bagi seorang bapa yang punyai belasan orang anak. Anak-anak pula lahir di merata tempat. Dah sunnah orang berjuang. Mengembara dan berkelana. Ada yang lahir di Jordan, Labuan, KK, JB, Taiping, BCH. Kadang-kadang bapanya azankan, kadang-kadang wakilkan orang lain sebab ‘abi’nya di lain lokasi. Walaupun ada cemas di hati tetapi di hati juga kuat mengatakan: ‘insyaAllah selamat.’ ‘In tansurullaha yansurkum’, kalau kamu tolong Allah, Allah akan tolong kamu!

Perlukah Allah pada pertolongan? Apa yang dimaksudkan tolong Allah? Tolong Allah ni, tolong orang-orang Tuhan bangunkan agamaNya dengan memperkenalkan Tuhan dan SyariatNya kepada manusia. Agar orang ramai takut dan cinta Tuhan, kasih sesama manusia.

Jadi cuba tenangkan hati bila dengar isteri sakit. Cuma yang membimbangkan anjang, dah 3 hari sakit, hari ke tiga, hari tu je dah 3 kali masuk keluar hospital. Kali ke 4, baru di tahan dan tidur di wad. Kata Ibu Azwa: ‘Biasanya kalau kes susah bersalin dirujukkn maka Ummu akn bagi panduan utk isteri berjanjilah utk taat setaatnya dgn suami dan suami maafkn semaaf2nya pd isteri.Redhakn segalanya. Selalunya lepas tu kami dgr berita dh bersalin.

Akhirnya terpaksa di bedah. Sy Fateh kata: ‘scissorion.’ Dr Norli kata: LSCS-lower segment caesarian section…nama operationnye..bkn ‘scissorion’…, manalah anjang tau, istilah-istilah doktor ni. Rupanya Sy Fateh pakai bantai je, bila potong guna gunting: ‘scissorion’, kalau guna pisau mungkin: ‘knifeion’, kalau guna blade pe pulak? •нëнëнëнëнë••нëнëнëнëнë• 

Tak pe lah, yang penting baby perempuan dan ibunya selamat di hospital Islam Irbid, Jordan. Tepatnya pada jam 10.15am, 14.06.2012, anjang menjadi bapa kepada 16 orang anak-anak di dalam Pemerintahan Maha Pemurah dan Maha Penyayang Tuhan di bumi. Tak tau, apa yang anjang bakal jawab di hadapan Tuhan yang bersifat adil di yaumiddin. Hari pembalasan. Atas segala amanah yang Tuhan beri. Atk.

Terima kasih pada ibu Uyun dan Rabihah serta Sy Fateh dan kawan-kawan Irbid yang membantu serta semua yang mendoakan.

Ibu Ju At Tamimi memberi senarai pilihan nama anak perempuan yang panjang, jazahallahu ‘anna khair jaza': 

1.Mahfuzah 

2.Salamah 

3.Mukminah 

4.Azizah 

5.Fathiyyah 

6.Siti Soffiyah 

7.Siti Mariam 

8.Siti Fatimah 

9.Zainab 

10.Siti Khadijah 

11.Siti Hajar. 

12.Ummu Isytiaq

13.Ummu Sadidah

14.Siti Mujahidah

15.Nurul Abidah

16.Amirah Muntazirah

17.Siti Mudhhiyah

18.Ummu Musolliyah.

Tak tau nak pilih mana.

Ibu Asilah beri panduan pantang ibu bersalin cara bedah:

Utk diamalkan dlm 100 hari 

1. X blh buat kerja @angkat berat 

2. X blh mkn benda2 gatal 

3.makAn pati haruan atau air gamat (x pasti di jordan blh ganti dgn apa ? Spy lukA cpt sembuh dan cAntik.       

 4. X blh bertungku mcm bersalin biasa. Urut badan @ refleksi.

Dr Norli pun pesan:

‘Tembab nyr bby..ucap Tahniah kat nasibah..jg baik2 ..ni bsalin operation x samer dgn bsalin normal…’

Yang penting dia pesan kat anjang: 

‘Jarak2 sikit,usia masih muda’

Anjang jawab:

•нëнëнëнëнë••нëнëнëнëнë• Ada pendapat lain: rapat2 sikit, sementara masih muda…

Ha ko, kena sound dgn Dr Norli kita: 

‘Laaa.kalau bsalin normal,2x setahun pun x per…ni LSCS…cubalah jarak 2 thn…paling2 x dan pun setahun..’

Terima ko…

Ok Doktor…(y)

Lagipun anjang akan kembali bujang rasanya bila joint team Sy Solleh di Mekah. Power betul ‘power’ Sy Solleh ni. Ingat nak tarik dia ke Irbid, bil ‘aks… Nadhummu ila sufufihi…

Terima kasih RSA. Terima kasih semua yang terlibat. Moga-moga semua kita diterima sebagai umat Rasulullah saw.

 

Bilik hujung, 2nd floor, Villa RSA Medina.

8.27am, Jun 15, 2012

Anjangmuor.wordpress.com