Majlis Taubat (ISTITABAH) oleh Kepimpinan GISB Holding bersama JAKIM dan JAIS, hanya di TV Ikhwan !!!

Doakan...majlisSaksikan Program Peristiharan Pelaksanaan Majlis Taubat (ISTITABAH) oleh Kepimpinan GISB Holding bersama JAKIM dan JAIS, hanya di TV Ikhwan !!!

Tarikh : 8hb November 2013
Masa : jam 3.00 petang

Sila layari : tv.nurmuhammad.net

Link Mobile : rtsp://173.244.212.219/nurmuham-x/myStream

Atau boleh layari internet berikut :

1. Tulis di internet explorer :

http://www.wowza.com/resources/3.5.0/examples/LiveVideoStreaming/FlashRTMPPlayer/player.html

2. Isi di kotak bawah :

Server : rtmp://173.244.212.219/nurmuham

stream : tvikhwan

***Tak Sesat Kalau Macam Ni!***

ImageSalam ceria.

“Kalau boleh berpoligami, berbaik-baik dengan madu macam ni, ni tak sesat. Tak kan sesat macam ni!”

Kata isteri Datuk Zainol. Datuk adalah seorang tokoh korporat yang income bisnesnya RM3juta sebulan. “Abang kalau nak poligami pun saya setuju macam ni. Tapi benarkan saya tinggal di Mekah.” Sambung Datin. Itulah cerita yang dibawa oleh Syh Salleh yang baru sampai dari Madinah pagi ni.

Sebelum tu, Datuk Rozanna seorang pengusaha pelbagai bisnes termasuk perlancongan terkejut gembira bila dibawa ke Ladang Kurma GISB.

“Dah lama saya cari Al Arqam, lepas pengharaman hilang terus. Tak jumpa-jumpa. Rupa-rupanya di sini. Dah tak pakai hijau-hijau dah?”

“Kalau dah membesar sampai ke Mekah dan Madinah, ni bukan sesat!”

“Kalau Abuya ada lagi, saya nak jadi pengikut Abuya, walaupun sekejap.”

“Walaupun hanya 2 hari di Madinah, saya rasa sangat terkesan. Rasa rugi 8 hari di Mekah, tak ke mana-mana. Balik Malaysia nanti saya nak usaha datang semula ke sini. Nak jumpa sangat Ummu Jah.”

Banyak lagi cerita menarik dari Madinah. Tunggulah nanti keluar di TvRSA. Tapi begitu sekali ada ramai orang yang tak percaya Arqam sesat. Ada pula orang yang tak terkesan langsung berita di akhbar dan tv. Kut kut ada pembaca ingat, masuk tv macam Zawawi Aman dan Hashim Jaafar tu terus popular macam Johan Maharaja Lawak Musim ke 7. Rupa-rupanya langsung tak terkenal. Kalau terkenal, macam mana datuk-datuk dan datin ni tak tau langsung. Atau mungkin ada golongan tertentu dalam masyarakat Malaysia tak endahkan berita-berita di tv dan paper atau internet. Semalam ada kawan di Twitter kata, yang confirm betul berita di Utusan Malaysia ialah keputusan no ekor. Anjang reply dan jadual waktu sembahyang. \=D/=Dº°°ºнå•нå•н庰°º=D\=D/ tapi sebenarnya ada je banyak berita yang betul cuma yang menjadi kemarahan rakyat ialah berita-berita berprofil tinggi, kena ikut arahan di sebalik tabir.

Bila GISB ada version di balik tabir dengan Kerajaan Ajaib ramai yang kata sesat. Bila kata Rasulullah SAW tinggal serumah, lagilah ramai yang melenting. hahaha. Teringat masa anjang di Mesir 1989, kalau tak silap. Datuk Abu Bakar Hamzah berucap di PMRAM, semasa soal jawab pelajar Malaysia bertanya tentang Al Arqam. Walaupun seorang pemimpin PAS, beliau adalah kawan Abuya dan simpati perjuangan Arqam. Soalan pelajar Azhar yang anti Arqam tu, apa pendapat Ustaz tentang Al Arqam kata Rasulullah datang Sg Penchala? Dengan selamba Ustaz Abu Bakar Hamzah yang terkenal lantang, pakar mantiq dan jadal serta tak terikat dengan sesiapa menjawab, “Bukan Rasulullah SAW je ke Sg Penchala, Allah pun ke Sg Penchala.”

Nah kau… Bungkam semua. Simple je bagi orang yang Allah nak beri faham tapi, sangat berat untuk yang tak ada rezki memahaminya.

Cuba korang perasan, kalau korang tak nak bela RSA, BUJ dan orang-orang RSA, Allah boleh datangkan entah sapa-sapa dari mana-mana untuk membela mereka. Jadi sapa yang rugi? yang tak doa, tak bela, tak khidmat, tak belajar dengan mereka…itulah yang rugi. Pendek kata (pendek kata lagi…bila la panjang nak berkata-kata), sapa yang tak ada rasa hamba, tak nak tawadhu’ itulah yang rugi. Demi keberkatan doakanlah, belalah, berkhidmatlah…belajarlah. Ok, selagi seseorang tu sembahyang berkiblat yang sama dengan semua muslim, jangan sewenang-wenang menuduh mereka sesat. Lagilah macam Hashim Jaafar kata, ‘agama baru’. Lembutnya lidah…maaf zahir batin. 

Bilik Faah, Mat’am As Sari, Mekah.

10.23am, Jan 3, 2013

.Image

***Air Tangan***

Salam ceria. Selain bersama keluarga sendiri, saat bersama keluarga dalam jemaah adalah kenangan indah yang tak dapat dilupakan. Lagi besar keluarga, lagi seronok kerana rencah dan lagaknya yang bermacam ragam. Adik beradik anjang 11 orang, walaupun masa kecil tak semua sentiasa di rumah, tapi bila berkumpul, fuuuh seronok. Di dalam Jemaah Arqam juga sistem kehidupannya secara berkeluarga. Ketika masuk kursus kefahaman Islam di Sg Penchala 1985, mula-mula disambut oleh pelajar-pelajar muda, berwajah bersih, suci dan ceria. Bergamis putih serta serban berlilit kemas. Mengambil beg dan membawa ke meja pendaftaran. Di sinilah bermulanya pengagihan usrah. Ada ketuanya yang sangat prihatin. Berkenalan dengannya dan rakan-rakan usrah. Tidur baring bersama. Makan minum bersama-sama. Beribadah sekali. Mendengar kuliah-kuliah. Disambung dengan canaian-canaian kisah-kisah benar yang menarik hati. Indahnya suasana ketika itu. Selawat dirasa menyentuh hati. Ilahi las terasa menusuk ke jiwa. Terasa ingin terus hidup dalam suasana begitu.

Bila masuk yayasan Arqam lagi indah. Belajar di asrama penuh. Lebih penuh dari MRSM, lebih ketat disiplin dari Maktab Tentera, tapi penuh kasih sayang. Belajar, beribadah, ORD, bertugas di Pertanian dan tak lupa makan minum semuanya berjemaah. Agaknya antara penyebab kuat hubungan kekeluargaan dalam jemaah selain selaras dalam soal ibadah dan wirid zikir ialah makan berjemaah. Orang Melayu sebut ‘Air Tangan’ iaitu hasil kerja seseorang yang lazimnya dikaitkan dengan makanan. Di sekolah Arqam, masing-masing pernah makan air tangan yang lain, macam mana tu? Sebab tugas memasak digilir-gilirkan antara usrah. Maka setiap kumpulan ada giliran memasak dan menjamu kawan-kawan. Ini juga penyebab lebih kuat ikatan ukhuwah di kalangan mereka. Al maklum, air tangan. Kita kan suka masakan ibu kita, kerana tangan itulah yang menyiang, mengupas, mengerat, memotong, membasuh, mengaul, menumis, mengacau segala lauk pauk dan makanan kita. Lalu dihidangkan kepada kita adik beradik untuk menikmatinya sedangkan perut sedang begitu lapar. Terima kasih mak. Rindu kat mak. Begitu juga bila yang masak kawan-kawan seperjuangan. Terasa ada ikatan halus yang menghubungkan hati dengan mereka. Kawan-kawan di Alai tak kan dah lupa dengan Abang Ghani.? Hari-hari masak asam pedas Melaka. Cencaru asam pedas. Batu Hampar, jangan lupa kat Abang Mie. Serba boleh. Masak apa saja bahan yang ada kat dapoq. La ni Abang Mie duk masak kat Bandar RSA BCH. Pak Ya dan Kak Nab pun jangan dilupa. Pesembor, sup, kari, semua boleh. Tapi kalau yang kaki pegi Restoran mamak, mungkin terkenang-kenang masakan mamak. Air tangan mamak. Dua tahun anjang di Pakistan, pagi pekena prata di kedai Burma. Dengan ‘anda kutala, kima dan bona’. ‘Doot pati’ tak lupa. Balik markaz, tengahari. Panas. Pekena air tebu Pakistan. Air tebu campur dengan limau nipis. Dilalukan pada ketulan ais. Sejuk, tapi tak terlalu sejuk. Sedap beb!! Tapi jangan tengok lama-lama kat tangan dan jari jemari orang Pakistan tu, nampak macam dah kembang kuku panjangnya. Syh Mahmud nampak macam semangat je nak ke Karachi. Sebenarnya ramai lagi yang semangat tapi menyembunyikan keghairahan mereka. Sebab apa tu? Air tangan Pakistani. Jangan lupa kedai Burma Koboi yang Syh Inam selalu pergi tu.

Di istana RSA ni nampaknya ada giliran masak, lelaki dan perempuan. Yang lelaki setakat ni, Syh Jo terkedepan. Kari kepala ikannya, sedappppp. Tambah ada ikan goreng dan ulam gergil. ‘Lau ‘arafatiz zaujatu fadhaila girgil, la zara’atha tahtas sarir’ lebih kurang macam tu la bunyinya mathal Arabi. Kalaulah isteri tahu kelebihan girgil, nescaya dia akan menanamnya di bawah katil. SSI punya cerita. Apapun air tangan chef-chef sangat dihargai. Anjang tak pandai masak. Menumpang berkat Syh Jo je. Syh Inam yang pakar masak tumbang pula, tak tau la, kurang gula atau lebih gula. Yang jelas bacaan BP anjang 145/100. Katanya orang pendek tak kena darah tinggi. Ok, takat ni je corat coret kali ni. Selamat Tahun Baharu 2013M. Moga air tangan pengamal AM akan membantu kita dalam kuarantin untuk mengkebumikan tamadun nafsu dalam diri dan menghidupkan tamadun roh. Islam tak akan kalah-kalah lagi.

Musolla tepi kolam istana RSA.

3.25pm, Jan 1, 2013

image

makan berjemaah

image

image

Syh Jo dan Syh Hasnan

image

image

***Panduan Ujian ii- Uthman Muhammadi & Akbar Anang Cuba Gugat Jemaah ***

Salam ceria. Samada makan tose dengan Ust Jalal di Restoran Ali Maju dekat Maydin Rawang atau pekena Kue Teow dengan Rosli Telebit di Kafe bekas budak Dangi Bt 16 Rawang tak sama rasanya dengan menghirup sup kambing mamak dengan Syh Nasir di depan Taman Kanak-kanak Ipoh. Di tambah dengan mencicah potongan-potongan roti sambil meng’explore’ suasana Bandaraya Ipoh di waktu senja. Hanya dari nama sejenis pokok, Tuhan jadikan Ipoh terkenal di seluruh dunia. Kuala Lumpur pun dahulunya hanya sekadar pertemuan kuala sungai yang berlumpur tempat pendatang China dengan kongsi gelap masing-masing beradu pengaruh dan kekuatan untuk berkuasa.

Begitu juga, siapa pun tak sangka, jemaah berjubah dan serban serba putih (bukan JP), duduk pula di rumah bercat putih. Nampak lahirnya hanya mementingkan akhirat, tinggalkan dunia. Sibuk membaiki diri, membetulkan bacaan Al Quran, berpuasa dan membuka kitab kuning. Tiba-tiba beberapa dekad kemudian mampu menggugat sebuah kerajaan tanpa kekerasan. Tiba-tiba melalui fasa demi fasa, era demi era, ujian demi ujian yang sangat getir. Rupa-rupanya begitulah proses untuk menjadi ikhwan dan asoib di bawah pimpinan Putera Bani Tamim dan Imamul Mahdi yang layak memperjuangkan Islam untuk didaulatkan buat kali kedua di akhir zaman sebelum dunia di kiamatkan.

Abuya pernah maklumkan calon-calon Ikhwan itu adalah dari keturunan baginda Rasulullah saw ataupun sahabat. Kita mohon kepada Allah agar nasab kita sampai kepada Rasulullah saw atau para sahabat, ia merupakan satu syarat yang menyebabkan kita terus bersama jemaah ini. Cuma ada keberuntungan bagi kita kerana Abuya pernah berkata, nasab itu bermula dari kita ikut Abuya. ‘Start’ mula balik. Yang dulu-dulu tu wallahu A’lam, tapi Abuya sangat tahu, kita dari keturunan mana? Bani mana?
Sebab itu kadang kadang kita terperanjat setengah setengah itu mereka orang orang yg kuat, yang sangat sangat mengajak kita supaya jangan tinggalkan Abuya. Di kalangan pemimpin, ada yang kebolehan bercakap mereka, boleh cakap dari pagi sampai malam. Ada yang satu kursus sembahyang, satu orang je handle. Dia seorang boleh selesaikan 6 kuliah tapi akhirnya keluar meninggalkan jemaah yang hak. Tapi tak mustahil mereka boleh datang balik. Mudah-mudahan datang balik. Apabila datangnya Saidi dan Abuya untuk mengislamkan seluruh dunia. Cuma yang kita katakan sekarang, yang setakat hari ini kerana kita nak ambil pendirian.

Dulu Abuya dalam menyenaraikan ahli dalam satu negeri atau kementerian, Abuya akan tanya, ada berapa keluarga? Umpamanya satu keluarga, suami, isterinya 3, anak 16, jumlahnya 20orang. Tetapi sekarang bila disenaraikan ahli, bukan ikut keluarga. Dikategorikan dewasa lelaki sahaja, dewasa perempuan sahaja. Ini sebab ada isteri tak jadi ahli, ada suami tak jadi ahli. Bila disenarai remaja lelaki dan remaja perempuan, tengok-tengok anak kita dari 16 orang, 5 orang sahaja ahli. Jadi dulu nilaian atas nama keluarga, sekarang atas nama individu. Saidina Ali semasa remajanya sanggup mempertaruhkan nyawa demi Rasulullah saw, hatinya ada perasaan sanggup mati untuk Islam. Oleh itu bila berhadapan dengan ujian, hati dahulu dinilai. Hati kita kena rasai, macam mana keadaan sekalipun, hati nak bersama Abuya.

Gagalnya Uthman Muhammadi
Sebenarnya di awal jemaah yang Abuya pimpin lagi, kita telah diuji dengan datangnya ke dalam jemaah, pensyarah-pensyarah dan group dari universiti iaitu Muhammad Uthman el-Muhammadi (sekarang Dr), Wan Mohd Ali, Abdullah Syarif yang ada kerohanian dll. Mereka bertumpu di Masjid Ar Rahman, di Universiti Malaya.

Kumpulan mereka ada sekitar 15 orang sahaja, sedangkan jemaah Abuya ada 40 orang. Masa itu kita bermarkaz di Kg Dato’ Keramat, yg pada awalnya dikenali Rumah Putih, selari dengan rumah (markas) itu bercat putih. Ketika itu Abuya wujudkan Qiamullail bulanan bersama (bergabung) dengan mereka. Dalam masa sama program dalaman jemaah berterusan seperti kuliah subuh setiap pagi minggu, fardhu ‘ain dua kali seminggu, tahlil setiap mlm Isnin dan Jumaat, ziarah dakwah juga tak henti-henti dll. Program gabungan bersama grup Othman Muhammadi ni khas Qiamullail bulanan. Kita adakan di Masjid Bandaraya KL, Masjid India dan Masjid Pakistan dan Masjid Jami’ Bandar, Jln Tun Perak. Selain beribadah malam, selepas Insya’ dan paginya merekalah yang berceramah termasuk Ust Zakaria Ansari pun ceramah. Abuya ceramah sedikit sahaja, sedangkan majoriti yang memeriahkan program itu orang kita.

Begitulah sebulan sekali Abuya meraikan Othman Muhammadi dan Wan Mohd Ali.
Ia berterusan sampai satu ketika Uthman el-Muhammadi cuba nak menggugat jemaah kita dengan mengatakan tuan gurunya bermimpi, satu lambang komunis di atas langit iaitu bulat sabit dan tukul tertulis hurufnya KOMTADUN iaitu singkatan pada komunis tawan dunia! Ketika itu diyakini Thailand akan beri laluan komunis menawan Malaysia. Siapa-siapa nak selamat kena pergi Tal 7, Pasir Mas dan di sanalah akan turun Imam Mahdi! Maka dikumpulnya orang-orang kita di Masjid Jamek Bandaraya KL. Untuk sabitkan hujah, mereka tuduh AM ini sesat, guna jin dan mereka buruk-burukkan Pak Mat Klang, Syeikh Muhammad bin Syeikh Mohd Khairillah As Suhaimi. Begitu sekali orang luar cuba nak pengaruhi jemaah kita supaya keluar dan pergi ke Tal 7. Termasuklah Wan Muhammad Ali, penulis buku Hijab itu. Majoriti mereka telah meninggal dunia. Sekarang Uthman Muhammadi nampaknya keseorangan, tak tahu mana perginya jemaahnya itu. Dia sangat intim dengan agensi-agensi kerajaan yang memerintah yang dulunya dia sendiri sangat tidak setuju. Ketika cuba menggugat jemaah, dia sanggup datang ke rumah kita di Dato’ Keramat untuk menarik ke jemaahnya, dapatlah mempengaruhi 5/6 orang.

Hasil ujian rupa-rupanya jemaah semakin berkembang dengan penerokaan kampung Islam pertama di Sg Penchala. Start-start je orang kampung dah mengamuk, apa kami tak islam ke? Awal awal dah kena uji. Di SP ada 3 kes nak kena sembelih. Perjuangan tetap berjalan sehinggalah Abuya nk caturkan bidang ekonomi. SP masa itu pusat pendidikan

Akbar Anang Juga Gagal
Ketika itu kita didatangi oleh mereka yang aktif di luar negara, London Group atau IRC. Sekarang dikenali sebagai Jemaah islah Malaysia (JIM) yang diketuai oleh Akbar Anang. Dia datang dengan grup dia dalam jemaah kita. Dia ada degree MA, dibuangnya. Ada yang pegang Phd, entah dibakar, entah hilang, mereka tak mahu sijil. Dia datang ke Jemaah dengan kebolehannya. Nilah yang dikatakan: Kalaulah ujian individu yang menentang Abuya, yang dikatakan hebat dia lah. Yang memecahkan jemaah dialah. Memang dia. Pemimpin lain datang semua dah ada. Hj Halim datang, menumpang apa yang dah ada, Mokhtar Yaakub datang sekolah dah ada, dah berjalan elok. Pendidikan, aktiviti dah ada. Tapi dia (Akbar Anang) pencetus bukan atas kehendak dia, atas kehendak Abuya. Dia buka kilang sos, kicap, mi, taucu, pasaraya, Klinik Desa Minang. Dia rasa dia berbuat. Kalau dia keluar, dia rasa Arqam hancur.

Ketika itu Arqam ada di Gombak, Desa Minang, Greenwood, Batu Caves. Di Batu Caves ada kilang cili sos, kilang roti. Seorang mamak berjumpa dengan orang kita di masjid Pakistan.
“Saya dulu juga, dia orang panggil itu buat roti sana Arqam. Itu jam juga, saya satu orang bikin itu roti. Itu sana pakai arang punya.”

Bila kita keluarkan akhbar Arqam 1977, yang sebenarnya yang menjayakan penerbitan Akhbar Arqam itu, Abdullah Mahmud Junaid. Dia orang kuat di News Strait Times, adik sanusi Joned. Dia bawak sekejap saja dah dapat permit sebab dia ada contact dalam. Ketika itu akhbar Anang jadi pemberita. Keluaran pertama kita terpaksa tunggu pengeluarannya di Gombak sampai jam 3 pagi, tak keluar-keluar kita tunggu, penuh semangat nak hantar ke merata tempat. Lihatlah pengaruh Gombak atas nama Akbar Anang memang kuat. Lepas itu dia terus jadi ketua pengarang. Berapa banyak projek yang dia cetuskan dalam jemaah.

Akhbar Al Arqam ketika itu menjadi pencetus sehingga boleh orang membuat perubahan besar-besaran. Hasil dari ceramah Abuya di seluruh negara tentang pendidikan islam, kebudayaan Islam, ekonomi Islam, media massa Islam di tambah dengan sebaran Akhbar, rupanya fitnah yang ditabur oleh Othman Muhammady menjadi baja membesarkan jemaah dan cepat diterima masyarakat.

Kita jangan bimbang ujian ini pada jemaah, sudah terbukti jemaah semakin laju. Bimbangkan diri kita, apakah kekal dalam perjuangan. Jemaah adalah janji Allah. Pengaruhnya ketika itu telah melebar. Satu lagi pengaruh kita ialah, ‘Risalah Aurat Wanita’. Ketika itu ahli baru 100 orang.
Akhbar Anang bila sudah rasa boleh berbuat dengan kepandaiannya mentadbir. Ceramahnya pun lantang, nadanya tinggi, akhirnya dia nak sesuatu mengikut caranya sendiri. Dia nak hantar Abuya sambung belajar ke luar negeri. Katanya, kita lambat. Kita kena laju macam Iran. Ketika itu angin revolusi Iran telah tersebar seluruh dunia. Dia dah mula berkawad-kawad. Dia ada semangat garang, semangat nak cepat kuasai dunia dan Malaysia dengan Islam. Dia rasa, ada ceramah dan buku Abuya tak layak disiarkan. Iaitu:
i- Ceramah ‘Mengapa Manusia Hidup.’
ii- Buku ‘Bagaimana membangunkan Negara dan Masyarakat Islam.’
Dia kata Abuya tulis di situ Ikhwan Muslimin gagal, PAS pun gagal. Dia kata Abuya hina Syed Naquib sebagai ahli falsafah.

Suatu hari, Abuya tanya kepada Syh Pak Teh Abd Ghani dan beberapa orang di dalam kereta dekat Universiti Malaya, “Macam mana kalau kita serahkan Darul Arqam ini kepada Akhbar Anang untuk memimpin kita? Menurut Syh Pak Teh, mereka 100% mengatakan tidak setuju dan membantah. Rupanya, Abuya juga bertanya kepada ramai orang lain.

Akhbar Anang sudah mula nak berkonfrantasi dengan Abuya atas dasar dia rasa dia dah boleh mengendalikan jemaah ini dengan membawa cara-caranya sendiri sedangkan ia membahayakan jemaah kerana dia nak buat macam revolusi. Ceramahnya menarik perhatian, antara kata-katanya, “Kalau kita ingin berjubah dan dalam jubah kita, sepanjang jubah itu pedang, siapa yang nampak pedang dalam jubah kita?”
Dia nak train secara revolusi perang.

Ringkasnya, setelah macam-macam perkara dia cetuskan, Abuya bertindak keluarkan dia dari jemaah. Sebenarnya Abuya jarang-jarang buang orang, tetapi ia mesti dikeluarkan kerana tindakannya membahayakan perjuangan iaitu mengajak kepada revolusi sedangkan ahli kita hanya 150 orang. Sekali cekup, terus habis.

Sikap bila dihukum
Rupa-rupanya orang yang dah rasa berbuat ni, bila dikeluarkan, bukan diterima dengan redha dan sabar sebagai murid sufi bertarekat tetapi dia mengamuk dan membuat memorandum setebal 32ms. Sedangkan isinya hanya ‘recycle’ balik apa yang Uthman Muhammadi lakukan sebelum itu iaitu isu ada jin, ajaran sesat, AM, termasuk tuduhan terhadap Pak Mat Kelang. Kesungguhannya jelas bila dia menghantar memorandum itu ke pejabat-pejabat agama seluruh negara dan konsul atau kedutaan di luar negara. Malah dia beri masa 3 hingga 6 bulan, jemaah Arqam akan hancur. Ketika itu dia pusing roadshow satu Malaysia untuk tarik ahli ikut mereka. Dapatlah 7 orang (7UP) yang terdiri dari Dr, lawyer dll.

Group ini ketika memasuki jemaah amat dipandang tinggi malah ahli jemaah yang majoritinya orang bawahan dan pertengahan amat berbangga dengan kemasukan mereka tetapi bila ditimpa ujian begini, mereka gagal dan meninggalkan jemaah.

Begitulah jemaah kebenaran digugat setiap masa. Yang digugat tak tergugat. Yang menggugat hilang ditelan zaman, tak dikenali orang selepas itu atau sekadar menjadi tentera upahan, siapa bayar lebih, disitulah dia berpihak.
Ya Allah kekalkan kami dalam jemaah kebenaran ini dengan berkat RSA.

A tolong hancurkan kuasa Dajjal dan kuncu-kuncunya
A tolong selesaikan masaalah dalam jemaah
A Tolonglah semuanya dan menangkan Islam

Musolla RTS, Tg Malim.
10.22pm, Sep 13, 2012

***Singapura oh Singapura***

ImageImageImageImageImageSalam ceria. Kalau tak silap, Anjang mula pergi ke Singapura pada tahun 1981. Abah buatkan paspot terhad. Lupa berapa harganya. Masa tu orang Kampung Tengah shopping kat Woodlands. Tukaran duit pun tak banyak beza. Anjang ingat mereka hanya berbelanja simple-simple je; epal, roti Peranchis, kain pelikat. Pak Itam Satun ayah Pak Utih Mahfar pernah anjang lihat beli lampu kalimantang dan rasanya peralatan baiki basikal. Pegi pun kejap je, balik hari.

Lepas tu, setiap tahun anjang ziarah sini. Masuk Arqam pun datang sini, tahun 1986 datang dengan Che Pin. Dapat ziarah rumah Syh Taha Suhaimi kat Onan Road kalau tak silap dan rumah Pak Abu. Tahun 87 atau 88, pegi lagi dengan Syh Lah Ariffin, dia cari barang-barang untuk slik screen. 89 pegi untuk amik Aurad dan pencak. Pelajar-pelajar yang akan ke luar negeri kena amik pencak dulu. Masa tu kalau tak silap, di rumah Abg Karim kat Changi. Masa tu Abuya sendiri ijazahkan. Era Rufaqa dan Ikhwan selalu gak masuk selalunya buat kuliah motivasi. Dan kali ni masuk bersama orang Singapura, Syh Johan Ar.

Jadi dapatlah penerangan dari anak jati Singapura. Mula-mula berhadapan dengan imigeresen yang sangat teliti. Bila cermin Waja yang kami naiki ada masalah, staf tu keluar dari kontinya, bawa paspot dan chek untuk pastikan sama gambar wajah di paspost dengan tuan punya. Seorang demi seorang. Cuak juga Kak Normah bila dia perhati dan bandingkan banyak kali. Sangat berhati-hati betul staf negara ‘anak angkat Israel’ ni. Perkara yang sama ketika di kawasan kastam, setiap kereta kena buka boot sebagai prosedur. Kastam-kastam tu buat macam terpaksa je. 

Lengkap dengan pakaian seragam yang kemas, pistol, sebijik macam di sempadan Jordan-Israel. Anjang masuk sana, ziarah Aqsa, Bait Lehm, Khalil tahun 97, nampak pakaian pasukan keselamatan negara Zionis tu memang kemas tapi boring betul tengok muka mereka yang menyimpan dendam terhadap umat Islam.

 

“Mari kita hadiahkan Fatihah kepada roh Syeikh Habib Nuh, di depan ni maqamnya”. Ujar Syh Johan ketika kereta yang kami naiki melewati masjid dan maqam wali Allah terkenal, Habib Nuh. Nampak jelas lebuhraya yang kami lalui terpaksa membengkok kerana ketika pembinaanya yang mengkin sengaja dirancang agar memusnahkan maqam tersebut tetapi tidak berjaya. Semua jentera jengkaut tak mampu bekerja seperti biasa bila berhadapan karamahnya. Sesungguhnya roh para Wali itu hidup dan mempunyai power untuk mengalahkan penganut logik dan yahudi.

Tapi dasar yahudi yang tak mahu berputus asa, sangat degil dan berdendam dengan kebenaran, dibina pusat judi tak jauh dari maqam tersebut. 

“Cuba tengok bentuk buildingnya seperti kapal, sebab Habib Nuh namanya mengambil nama Nabi Nuh yang terkenal dengan bahtera penyelamatnya,” kata Syh Johan. Ya, depan mata anjang ada 3 bangunan tinggi, di atas ketiganya ada bangunan panjang seperti sebuah kapal, kasino kedua selepas Bukit Sentosa. “Tiga bangunan tu hotel, atasnya pusat judi,” kata Syh Johan. Yahudi junjung tinggi judi yang Allah haramkan, buat rekabentuk kapal pula, untuk hina wali Allah. Saja nak tunjuk mereka kuat. Sedangkan akan sampai waktunya, mereka akan dibunuh beramai-ramai oleh umat Islam. 

“Di sebelah kanan bangunan ini adalah bekas tapak masjid Maaruf, masjid di mana Saiyidi mengajar dan berdakwah,” ujar Syh Johan sambil menunjukkan sebuah bangunan tinggi di sebelah kami. Anjang terus teringatkan Tanjung Belungkor ketika awal penerokaannya pada tahun 2007, ada sebuah surau yang dibina dari kayu-kayu diambil dari Masjid Maaruf.

Ya, Saiyidi membina teamnya di Masjid Maaruf berbeza dengan ulama sezamannya yang membuka pondok dan pasentren. Dari situlah lahir 40 khalifah-khalifahnya termasuk Kiyai Syahid yang akhirnya dihantar bertugas ke Pilin. Merancang perkahwinan yang telah ditakdirkan, menunggu kelahiran yang telah dikhabarkan. Hati mana tak merintih agar dikembalikan tanah berkat yang berjasa ini. Atk.

Berjalan dari parking kereta di Pahang St, menuju ke Masjid Sultan, mata boleh melihat bangunan tinggi tadi, di mana tapak masjid Maaruf di sana. “Kawasan ini gelanggang perjuangan Saiyidi selama 40 tahun, berkattt,” kata Syh Johan lagi. Ya, bukan kebetulan bila GISB membuka restoran di situ. Mat’am Ikhwan terletak di Bussorah St, dekat Masjid Sultan. Di kelilingi dengan banyak kedai-kedai makan antarabangsa. Restoran sajian timur tengah pun banyak, cuma malangnya, bukan makanan timur tengah sahaja sajiannya, ada sajian ‘tambah nilai’ (hakikatnya peruntuh iman dan akhlak) iaitu tarian gelek. Eloklah para Ikhwan selalu beramai-ramai ke sana, memeriahkan suasana sambil hantar power. Moga pencinta-pencinta maksiat akan malu dengan para Ikhwan seperti yang berlaku di Kafe Ikhwan Bukit Bintang. Kak Midah dan Kak Long Rubaizah pun mesti suka korang ramaikan pengunjung di mat’am kita yang comel ni.

Ketika berhenti sembahyang di Masjid Maydin, Syh Johan bercerita, ” Zaman Arqam dulu kita pernah memeriahkan masjid ini. Isi program fardhu ain mingguan. Di tepi jalannya kita buat gerai jualan produk-produk kita. Sangat meriah. Ajk masjid gembira dan sangat memberi kerjasama. Tetapi tak dapat bertahan kerana ajk masjid mendapat surat perintah larangan berkerjasama dengan kita oleh Majlis Agama Islam Singapura.” Itulah wajah sebenar penjawat agama setiap negeri, sangat dikuasai oleh musuh Islam. Biar Syaarani dan Zaid dengar kisah ini. Kenal musuh dan kawan. Di masjid inilah dulu aruah ayah Syaarani, Ust Hamim Rahmat menyampaikan fardhu ain. InsyaAllah kita akan berkerjasama sekali lagi. Pak Cik Akbar yang bertugas di masjid kelihatan ceria melayan kami. “Keliling ni semua kampung Melayu asalnya. Sekarang dah dipenuhi bangsa lain. Depan tu Benggali. Ni, depan gate ni Cina. Sombong betul. Jemaah parking di depan masjid, seberang jalan rumah dia pun dia lapor polis, kononnya menghalang kenderaannya,” adu Pak Cik Akbar yang ayahnya India Muslim, mak dari Kelantan. Tampak hina dan merempat je muslim di negara asal milik mereka.  

Tujuan asal ziarah ke Singapura adalah untuk melihat perkembangan Pameran Produk GISB di Geylang. Alhamdulillah dapat pergi beberapa kali. Bersungguh-sungguh kawan-kawan menyahut seruan untuk adakan ekspo ini. Anjang nampak Us Normateen, Syh Iskandar, Syh Habib Mahdi, Syh Hairuz dan para ibu sedang siapkan booth pameran dan menyusun barang. Mudah-mudahan dengan naiknya banner dengan wajah Abuya dan Saiyidi serta banner KTS, TvRSA dan video Umrah menjadi peristiharan keberadaan GISB di Singapura.

Dua hari di Singapura memberi banyak pengajaran dan pengalaman pada anjang.   

Masjid Mydin bukti jemaah Arqam pernah kuat di sini, Masjid Sultan bukti Singapura pernah di perintah oleh kesultanan Melayu Islam. Sekarang orang Melayu tak sampai setengah juta di tengah-tengah hampir 5 juta bangsa China dan lain-lain yang dibawa masuk Lee Kwan Yew. Madrasah Al Juneid, Madrasah Wak Tanjung pernah menjadi saksi Abuya dan pendakwah-pendakwah Al Arqam pernah berjuang di sini. 

Berbuka puasa bersama Syh Johan dan 2 orang remaja, dengan hidangan roti perancis dicicah sup tulang, berkuah merah di Mat’am Ikhwan sambil menjamah kole kacang dan membasah tekak dengan air katira mengingatkan anjang pada kawan-kawan di Irbid. Apa cerita mereka?

Uqbah dah jadi muhajirin. Siapa nak tengok remaja di sana?

Moga Allah bantu semua pejuang agamaNya di semua tempat. Islam tak akan kalah-kalah lagi, walaupun di negara yahudi.

 

Dalam City Ekspres JB-Muar

10.36am, Ogo 8, 2012

***UMNO vs GISB dari kacamata PERKASA***

ImageImageSalam ceria. Entah untuk ke berapa kali anjang sampai ke rumah agam GISB di Danga Bay ni. Sebelum Abuya ghaib, kalau ke JB, di sinilah selalunya Abuya tinggal. Indahnya kenangan bersama Abuya. Ummu Miqdam pun pernah duduk sini, begayala. Bunglow! Saudara mara yang sangat pandang dunia memuji-muji rumah Ummu Miqdam, besar giler. Lokasinya: di seberang jalan je, Danga Bay. Kalau ada ‘Sure Heboh’… Sure bising gilerrr sebab stagenya dah le dekat, menghadap bunglow tu pulak. Cuma pengalaman anjang, tak pernah la tunggu lama tak buka pintu macam awal pagi tadi. Mungkin penghuninya sangat keletihan. Kesian Fida’ tawaf rumah, nak kejutkan warganya. Sejuk hati bila doa jihad di baca: ‘Mohonlah di pecah belahkan musuh-musuh itu, bubarkan perhimpunan mereka, kecilkan bilangan mereka, goncangkan dan runtuhkan kedudukan dan kuasa mereka…’ Dengan pelat lidah Palestin. Ya bilal pagi ni di rumah agam Danga Bay, menantu ibu Sukainah: Husam Khamis. Keciknya dunia, selalu jumpa di Jerash, penuh bergaya mengarah-arah pekerja-pekerja Mat’am Lubnan, pagi ni melayan kami sahur di meja makan.

Berkat doa Husam agaknya, Syh Nasir sampaikan berita yang dia baru baca: Perletakkan jawatan YDP Perkasa Pulau Pinang, Datuk Ahmad Saad.

Perkasa agak terkenal dengan agenda mereka mempertahankan hak bangsa Melayu dan Pribumi, Agama Islam, Raja-raja Melayu serta mempertahankan maruah

Negara. Menjadi lebih terkenal bila YB Dato’ Ibrahim Ali sebagai Presidennya mengajak menangani bekas Arqam seperti tangani komunis. Sayangnya permohonan maaf Dato’ Ibrahim Ali daripada pihak GISB di Mat’am Nur Muhammad Segambut tidak mendapat liputan media. 

Post kali ni faktanya bukan muktamad, ia cuma perbandingan segera. Tapi bila yang suarakan adalah Ahli Dewan Tertinggi PERKASA Malaysia, kira hampir menjadi kenyataan rasmi. Cuma mungkin atas dasar menjaga hati pihak-pihak tertentu, ia tak dijadikan kenyataan umum. Beliau adalah YDP Perkasa Negeri Sembilan, Datuk Haji Mohd Noor Nordin bin Abdullah, VIP hari ke 3, roadshow GISB di Seremban 2. Setelah melawat booth-booth pameran dan gerai jualan di Roadshow Saham Akhirat, komennya : 

‘Orang-orang Abuya berkualiti kerana mempunyai jiwa juang, semangat kesukarelawan dan pengorbanan yang tinggi.’

‘Sedangkan orang-orang UMNO tak akan bergerak kecuali disediakan duit. Dari sekecil-kecil perkara, semuanya kena disediakan duit.’

‘Ini menjadi tekanan kepada para pemimpin kerana mereka juga tidak ada sumber. Setakat gaji Adun RM6K tidak mampu menanggung petugas-petugas yang sentiasa menuntut bayaran, maka ramai yang korup, terlibat dengan rasuah demi menggerakkan program.’ Datuk kata: ‘UMNO pasti akan jatuh kerana kemungkaran tak akan bertahan lama.’

Nampaknya, Datuk sebagai salah seorang pemimpin UMNO pun dah tak yakin dengan kemampuan UMNO untuk bertahan. Sebenarnya Datuk bukan keseorangan, kerana bukan sedikit dari kalangan orang-orang politik samada pembangkang mahupun kerajaan yang dah tak yakin bukan saja dengan parti malah dengan sistem demokrasi itu sendiri.

Cuba cari satu negara demokrasi contoh di dunia ini, kita nak tengok bagaimana pemimpin dan rakyatnya. Hakikat pahit yang perlu kita telan hari ini ialah, tiada satu pun negara demokrasi atau bukan demokrasi yang boleh dijadikan contoh di seluruh dunia. Semua lapisan masyarakat meluahkan rasa tidak puas hati dengan pelbagai cara; tulisan, internet, mogok, bakar diri, jenayah, protes jalanan malah pemberontakan ketenteraan seperti di Syria dan selatan Thailand.

Dalam analisa politiknya ketika bersembang-sembang, 

Datuk juga sebut: 

i-Pendapat Tun Daim kalau buat PRU sekarang BN hanya akan dapat 98 Kerusi Parlimen dari 222 kerusi.

ii-Ku Li pula kata, paling banyak BN dapat 106

iii-Bekas Panglima ATM berpendapat, BN hanya akan menang 117. Jadi purata dari 3 pendapat ini, BN hanya akan memperolehi 107 kerusi sahaja. Minumum untuk menang BN kena dapatkan 112 kerusi. Ertinya jika adakan PRU, BN tak akan menang. Putrajaya akan dirampas oleh PR.

Ertinya dah ada ketakutan di hati semua pihak, kerajaan tak akan dapat bertahan jika diadakan PRU. Kebimbangan yang sangat berasas bila melihat kepada rapuhnya kekuatan dalaman parti tunggak BN…UMNO.

Cuma yang menjadi kemuskilan anjang adalah bila Datuk sebut: “Tinggalkanlah agenda untuk jadi PM tu.”

Setakat itu je la pandangan Perkasa. Rasa nak beritau je pada Datuk tu, Datuk sendiri kata, UMNO akan jatuh tapi Datuk tak mahu GISB naik, kalau begitu siapa yang akan naik? Dalam masa yang sama Datuk sokong GISB berniaga.

Sedangkan GISB langsung tidak ada agenda nak jadi PM, Abuya pun begitu. Yang Abuya dan GISB yakin dan perjuangkan sungguh-sungguh adalah Malaysia dalam jadual Allah. Malaysia akan jadi Daulah. Abuya sebagai PBT dan akan memerintah Malaysia. Pada GISB ia bukan agenda peribadi Abuya, ia adalah jadual Allah yang pasti berlaku. Ia adalah agenda Tuhan. Datuk sendiri akui, GISB sangat kuat sekarang. Walaupun roadshow GISB hanya beberapa hari di setiap lokasi, cubalah Perkasa, UMNO, PAS. ABIM, JIM atau mana-mana kumpulan Melayu Islam buat! Siapa yang berhak mewakili kepimpinan bangsa Melayu Islam di Malaysia sekarang kalau bukan GISB?  

Sekadar pandangan. Ampun maaf, jam 10 insyaAllah ke Singapore, nak tengok roadshow GISB di Geylang.

 

Bilik Abuya, Danga Bay.

9.04am, Ogo 6, 2012

 

 

 

 

***Mohd Sabu Habis Modal***

Image.Salam ceria. Ramadhan ni nak cakap yang baik-baik je. Ta’rif yang baik ialah, cakap kebenaran. Cakap yang hak. Walaupun kadang-kadang orang yang dengar rasa sakit, sebab terkena kepala dia. Walau cakap tu terkena batang hidung sendiri, terasa pahit. Kena cakap juga. Sabda Nabi SAW: ‘Qulil haq, walau kana murra’, tak yah terjemahla.. Semua dah hafal. 

Ok, nak sentuh sikit tentang sikap orang politik. Sikap sangat berkepentingan. Sikap susah nak dipercayai. Sikap boleh berubah prinsip ikut kepentingan atau tak berprinsip langsung. Bukan hendakkan kebenaran, tapi kepentingan. Semalam dengar Syh Nawi bersembang dengan Syh Lah tentang cari tapak roadshow GISB di Seremban. Al Maklumlah cerita tentang GISB sedang hot sekarang. Cuma orang-orang politik sedang lemah, takut nak cerita. Hot sebab dah ramai orang-orang politik ke chalet NM dan ladang kurma GISB di Haramain. Timbalan Menteri, Datuk-datuk, Undang Luak, Pengarah Filem, Artis-artis, wartawan-wartawan, TV3 dan lain-lain. Ditambah dengan roadshow besar-besaran GISB Malaysia dan Indonesia. 

Lemahnya orang politik nampak jelas bila Syh Nawi jumpa seorang daripada mereka, usulkan untuk buat ekspo barang halal, yang paling dia takuti kalau naikkan bendera PAS. Malah dah sampai peringkat exco negeri, apa kata-kata dia: ‘Kalau kau naikkan bendera PAS, masa tu juga aku minta bukak khemah ekspo!!’ Tapi dalam masa yang sama, seronok menumpang ekspo GISB, dapat nama. Mau tak seronok ada sekumpulan orang Melayu buat ekspo ‘Saham Akhirat’ di bulan Ramadhan sedangkan seramai-ramai manusia bernama peniaga sedang mengambil peluang berniaga di bazar-bazar Ramadhan untuk mengumpulkan ‘dunia’ hingga tergadai tarawih dan tadarus. Belum lagi, bila azan je, puluhan liter air yang tadinya bernilai sebungkus RM1.20-2.00, sudah tiada nilainya dituang semuanya ke longkang-longkang. Membazirrr. Tapi grup ikhwan ni, tak fikir berbuka dengan anak isteri di rumah atau ke hotel mencari buffet, mereka berkumpul dari seluruh Malaysia, berkampung demi jayakan roadshow GISB. Sanggup berkorban masa dan tenaga. Kualiti ahli begini, semua ahli politik berkenan. 

Itu di pihak parti pemerintah, ingatkan PAS kuat ke yang jadikan mereka sangat takut. Tidak, bukan kerana PAS kuat tapi kerana mereka sangat lemah. Malah PAS pun sangat lemah. Tak pernah dengar atau sangat sukar pemimpin PAS nak iktiraf ‘Islam’ orang lain, lagi-lagi nak memujinya. Abuya kata, sebabnya umpama masing-masing jual pisang goreng. Pisang goreng kita laku, pisang goreng mereka tak laku. Jadi kita perjuangkan Islam, mereka juga dakwa perjuangkan Islam, tapi Islam Abuya lebih diterima. Nak tunggu daulah baru nak buat ekonomi Islam, susah lah masyarakat nak terima. Lagilah nak pakai songkok atau kopiah pun nak tunggu dapat kuasa ke? Kalau macam tu, tak laku la pisang goreng PAS. 

Tiba-tiba di Masjid Cahaya Iman, Bandar Country Homes, Rawang dekat dengan bandar GISB, pada Rabu 25 Julai 2012, 5 Ramadhan yang lalu, Naib Presiden Pas, Mohd Sabu dalam kuliah tazkirah Ramadhannya telah menyentuh tentang perpaduan dan ekonomi umat Islam. Diantara kata-katanya (lebih kurang) “Kita amat berterima kasih pada Us Ashaari kerana telah memperkenalkan kita produk Islam dan cara berpakaian Islam lebih kurang 30 yang lalu. Kalau tidak kerana Us Ashaari dan jemaah Al Arqam,mungkin hari ini kita masih lagi makan produk Yahudi dan produk yang tidak halal. Jadi marilah kita bersatu padu untuk menyatu padukan umat Islam.”

Nampaknya PAS pun sangat lemah, nak bergantung pada GISB juga. Mohd Sabu ternyata telah kehabisan modal. Nak suruh orang mengundi PAS terpaksa guna nama Abuya. Dia nak PAS menang tapi guna nama Abuya. Gunakan Abuya sebagai simbol perpaduan untuk tarik undi. Parti kerajaan dan pembangkang dalam keadaan memerlukan Abuya. Orang Politik lihat road show GISB adalah peluang mereka menarik penyokong untuk memenangi PRU akan datang. Sedangkan GISB buat roadshow untuk istihar PRU tak perlu. Kalau buat juga, orang Melayu Islam akan hancur. Bersatulah dalam jemaah kebenaran untuk membuktikan janji Tuhan, Malaysia akan jadi Daulah oleh Imam Mahdi dan Putera Bani Tamim, bukan dengan jalan politik. Allahu Akbar.

 

Otw ke Manjung.

11.38am, Jul 31, 2012