Kisah Merbok, Kedah & Kerajaan Othmaniyah, Turki

Belum sempat-sempat nak pegi, nak jumpa En Wan Ruzailan dll.

Advertisements

***Benarkah undang-undang syariah gerunkan penjenayah?***

salam ceria,

Salam ceria,

Orang yang melihat tidak sama dengar orang yang hanya mendengar. Orang yang melihat dan hidup bersama dengan satu komuniti, sangat berbeza dengan mereka yang cuma bersama-sama sekadar 2 minggu sahaja ketika mengerjakan umrah. Begitulah pandangan awal anjang bila membaca artikel di bawah. Kalau sekadar mengurangkan kadar jenayah yang kita nampak di depan mata, tetapi menyembunyikan jenayah lain yang sangat merosakkan diri dan masyarakat, ia masih belum mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat. Ia belum menjanjikan keselamatan dunia dan akhirat. Ia belum layak dijadikan contoh walau dalam penulisan. Kalau hanya pencuri di kedai-kedai dikenakan hudud, tetapi perompak-perompak professional yang menggunakan laluan rasmi dibenarkan, ia belum benar-benar menggerunkan.

Mengapa ditaklimatkan kepada bakal haji dan jemaah umrah, jika menaiki teksi dengan membawa isteri atau anak perempuan, pastikan bila mula menaikinya, suami atau bapa yang masuk dahulu. apabila turun, isteri dan anak perempuan dipastikan turun dahulu? Kerana dah berlaku jenayah culik dan rogol. Berapa ramai amah dari Indonesia yang diperlakukan seperti gundik di zaman dahulu. Diguna pakai bukan sahaja oleh tuan rumah seolah-olah sebagai isteri, malah digunakan juga oleh anak-anak lelaki mereka. Ini bukan rahsia lagi. Kalau tidak, tak mungkin berlaku tindak balas dari sebahagian amah yang membunuh majikan mereka kerana tidak tahan dengan penzaliman dan penghinaan. Lebih-lebih lagi jenayah penipuan, melibatkan jutaan riyal banyak berlaku di sana. Tanyalah ahli-ahli perniagaan yang pernah berurusan dengan rakyat Saudi, apakah mereka selamat dari penipuan?

Oleh itu menjadikan negera Saudi sebagai contoh dalam perlaksanaan hukum Islam adalah pilihan yang tidak tepat sama sekali. Sudah ratusan tahun, umat Islam tiada contoh dalam perlaksanaan hukum jenayah yang sebenar-benarnya. Contoh terbaik adalah di zaman Rasulullah SAW yang kita sambut ulangtahun kelahiran baginda bulan ini. Para sahabat dididik dengan takutkan Allah, setakut-takutnya dan rindukan rasul, serindu-rindunya. Hasilnya lahirlah masyarakat yang bersih daripada maksiat, kecuali terlalu sedikit yang terlibat. Maka aman makmurlah masyarakat dan mendapat keampunan Tuhan. Kalau kita hendak melaksanakan hudud, qisas dan ta’zir semata-mata untuk mengerunkan penjenayah dengan hukuman, selagi ada jalan untuk mereka mengelakkan hukuman, mereka akan usahakan. akhirnya ramai yang terlepas dari hukuman. Malah, ramai yang tak takut langsung dengan hukuman kerana tiada rasa gerun dengan Allah dan neraka Allah. Contohnya hukuman terhadap pengedaran dadah dengan kadar tertentu adalah hukuman mati mandatori, hingga saat ini, adakah aktiviti pengedaran dadah telah berhenti sejak akta ini dikuatkuasakan sebelum merdeka lagi?

Marilah kita bela Allah, kita bela Rasul. Kita buat sesuatu demi dan untuk Allah, demi dan untuk Rasulullah, nanti Allah yang mereka geruni bukan akta dan hukuman. Lalu Allahlah yang memberi keamanan dan kestabilan kepada negara kita.

Bota Kanan,

8.38am, Jan 15, 2014

 

Peguam muslim menulis: Undang-undang syariah gerunkan penjenayah

2014/01/15 – 05:17:47 AM Mohd Ihsan Mohamad Daud
 
Hukuman hudud, qisas dan ta’zir mampu kekang kadar jenayah

Kebimbangan rakyat terhadap kadar jenayah yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini sangat merunsingkan semua pihak. Mereka ada asas untuk berasa sedemikian kerana kejadian tembak-menembak dan pembunuhan berlaku hampir setiap minggu.

Senario ini amat membimbangkan hingga mendatangkan ketakutan dalam kalangan masyarakat di negara ini serta perubahan gaya hidup yang drastik. 

Jika dilihat sejarah masyarakat Malaysia terdahulu, nilai kemasyarakatan dan kemanusiaan diamalkan oleh orang-orang tua seperti bekerjasama serta saling mengambil berat semakin dilupakan generasi zaman kini. 

 

Kini, ramai jiran yang tidak mengenali sesama mereka, jauh sekali mengambil berat aktiviti anak jiran. Masyarakat kini bersikap individualistik di samping sibuk mengejar kekayaan dan kesenangan.

Kecanggihan sistem komunikasi juga tidak kurang hebatnya seperti telefon bimbit dan penangan laman sosial merenggangkan lagi hubungan yang seolah-olah memberi gambaran setiap ahli keluarga tunduk kepada tarikan laman sosial serta alat komunikasi serba canggih.

Pemilihan gaya hidup seperti ini tidak harus dipersalahkan kerana kebiasaannya keselamatan keluarga diberikan penekanan tinggi.

Peningkatan jenayah 
Statistik peningkatan kadar jenayah yang tinggi menyebabkan undang-undang yang sifatnya sebagai ‘senjata’ sudah tidak digeruni penjenayah. Tidak keterlaluan jika dikatakan membunuh, merompak dan merogol dilihat sebagai perbuatan tidak ditakuti kerana lemahnya penguatkuasaan undangundang.

Bahkan, melanggar undang-undang juga akan menjadi perkara biasa jika gejala ini tidak dibanteras dari sekarang.

Pihak pendakwaan juga dalam banyak keadaan gagal membuktikan kes mereka melampaui keraguan munasabah lebih-lebih lagi jika penjenayah melantik peguam yang sangat mahir berkenaan selok-belok perundangan jenayah.

Dalam keadaan itu, penjenayah mempunyai peluang dan ruang yang luas untuk dibebaskan mahkamah atas sebab teknikal atau sebagainya walaupun hakikatnya merekalah yang melakukan jenayah itu.

Perasaan gerun yang kian luntur ini membuatkan undang-undang yang berkuat kuasa tidak lagi dihormati dan tidak memberi kesan besar kepada mereka.

Langkah pencegahan juga perlu diperhebatkan bagi mendatangkan kegerunan ini.

Namun, ia hendaklah dilakukan dengan telus supaya tidak menimbulkan sebarang elemen tohmahan sekali gus merendahkan integriti pihak berkuasa.

Seperti yang digagaskan syariat Islam, undang-undang Islam yang memperuntukkan hukuman berat dan menggerunkan mampu mengurangkan kadar jenayah. Lihat saja di Arab Saudi, kadar jenayah di negara itu sangat rendah sehingga peniaga langsung tidak mempunyai perasaan syak mahupun takut barang diniagakan dicuri atau dirompak.

Hukuman beri impak

Mereka hanya menutup barang diniagakan menggunakan kain saja apabila tiba waktu menunaikan sembahyang.

Situasi ini sangat berbeza dengan kita di sini yang terpaksa menggunakan kunci atau gril tebal untuk memastikan premis selamat daripada kecurian dan rompakan.

Dalam Islam, semua hukuman disyariatkan diklasifikasikan kepada tiga bentuk utama iaitu hudud, qisas dan ta’zir. Hukuman hudud secara jelas bersandarkan al-Quran serta hadis dan hukumannya juga amat menggerunkan seperti rejam, potong tangan atau sebatan.

Bentuk hukuman ini juga secara tidak langsung memberikan impak besar kepada masyarakat supaya tidak terjebak dalam perbuatan jenayah disebabkan hukuman berat itu. Walaupun begitu, hukuman menggerunkan bukanlah sewenang-wenangnya dijatuhkan oleh hakim syarie.

Kadar pembuktiannya jauh lebih tinggi daripada kadar pembuktian undang-undang sivil. Jika dalam undang-undang sivil, kadar pembuktian yang harus ditampilkan mestilah melampaui keraguan munasabah, untuk jenayah hudud pembuktian mesti melampaui sebarang keraguan untuk disabitkan dengan kesalahan itu.

Titik berat sifat ihsan

Menariknya dalam konteks perundangan Islam, penjenayah masih tidak terlepas daripada dikenakan hukuman hudud kerana terdapat juga peruntukan ta’zir bagi memastikan penjenayah tetap dikenakan hukuman setimpal dengan perbuatan mereka pada kadar pembuktian lebih rendah.

Islam juga menitikberatkan sifat ihsan dalam ketegasan undang-undang. Contohnya, kepentingan mangsa dan keluarga mangsa dapat dibela dengan pelaksanaan undang-undang jenayah Islam.

Konsep diyat dalam Islam memainkan peranan penting dengan memberikan pampasan sewajarnya kepada mangsa dan keluarga mangsa bagi meringankan beban atau penderitaan ditanggung disebabkan perbuatan jenayah dilakukan terhadap mereka.

Justeru, usaha mengekang kadar jenayah yang sentiasa meningkat perlu menggunakan pendekatan yang mengandungi elemen ‘gerun’ supaya penjenayah takut dengan hukuman bakal diterima jika disabitkan kesalahan.

Pada masa sama, segala tindakan pihak berkuasa mestilah telus dan adil dalam memastikan hak orang dituduh itu dipelihara serta kepentingan mangsa dan keluarga mangsa diberi perhatian sewajarnya.

Mengarusperdanakan Syariah sama ada dari segi konsep, falsafah mahupun undang-undang perlu diberikan perhatian bagi menangani gejala jenayah yang semakin berleluasa.

***Isu Penggunaan Kalimah ‘Allah’***

Salam ceria,
Panas hati betul anjang baca kenyataan-kenyataan mereka yang tak nak faham apa yang ada di hati umat Islam di Malaysia. Masing-masing nak tunjuk hero, merasa diri benar. Setelah menikmati segala keamanan dan kemakmuran negara Malaysia yang penduduk asalnya sangat bertoleransi, tiba-tiba sekarang ramai yang nak bermain api. Mungkin ramai yang dah lupa, ada rusuhan yang bermula pada bulan Maulidur Rasul di Singapura kerana kesungguhan Umat Islam mempertahankan Allah dan Rasul.

Umat Islam yang sejati sangat ingin membela Allah dan rasulNya. Bila ada pihak yang sengaja mempermain-mainkan Allah dan Rasul atas apa nama sekalipun, ia akan menjadi punca kemarahan umat Islam. Lainlah sikap Umat Islam yang ada kepentingan. Sanggup menggadaikan aqidah dan syariat demi kepentingan diri.

Cuba perhatikan kenyataan-kenyataan di bawah:

1. Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua, berkata Jais mesti memulangkan segera Bible yang dirampas itu.

2. Peguam hak asasi manusia, Andrew Khoo Chin Hock, berkata, “Serbuan di PBM bertentangan dengan hak individu untuk menganut dan mengamalkan agama masing-masing seperti yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan.”

3. Peguam Edmund Bon berkata:
“Perlembagaan membenarkan individu dan kumpulan bukan Islam untuk menganut dan mengamalkan agama mereka tanpa sekatan.”

Anjang nak minta Pua, Hock dan Bon tolong buktikan dalam ajaran Kristian sejak dahulu lagi memang kalimah Allah di gunakan merujuk kepada Tuhan dan bukannya Lord, God atau Jesus Christ.

Kenapa baru akhir-akhir ni nak guna kalimah Allah sebagai Tuhan? Ya perlembagaan membenarkan individu atau kumpulan bukan Islam untuk menganut dan mengamalkan agama mereka tanpa sekatan, tapi ni bukan dari ajaran Kristian. Ini ajaran Kristian yang telah di ‘modified’ kerana ada agenda tersembunyi (sekarang terserlah). Jangan gunakan hujah perlembagaan kalau kamu sendiri keliru dengan agama kamu! Sebenarnya bukan keliru tetapi sengaja nak merosakkan aqidah umat Islam yang lemah iman terhadap agama mereka. Ini mesti dipertahankan. Allah dan rasul mesti dibela!

Tindakan JAIS sangat tepat demi membela Allah dan Rasul serta kesucian agama dan menjunjung titah baginda Sultan.

Bota Kanan
11.34pm, Jan 14, 2014