Buku Catatan Sejarah Rasulullah Cetakan Ke 2 Bakal Dipasarkan

http://heliconia.files.wordpress.com/2013/02/20130212-214613.jpg?w=614&h=394   Pengumuman : Buku Catatan Sejarah Rasulullah Cetakan Ke 2 Bakal Dipasarkan Assalamualaikum.. Buku Catatan Sejarah Rasulullah cetakan pertama telah habis dijual. Buku tersebut berkulit tebal sebanyak 31 Bab dan 513 halaman ini, adalah sebuah buku yang mampu membuatkan para pembaca taksub kepada Baginda serta roh perjuangannya. Disusun oleh Ustaz Nasaruddin Awang dengan Prakata oleh Dr Ahmad Fauzi Abdul Hamid. Ruginya sesiapa yang tidak memiliki dan membacanya!!! Sebagai makluman, buku cetakan kedua siap dalam masa terdekat. Hanya ada 2,000 naskah sahaja. Ada beberapa perubahan persembahan dalam buku ini tetapi isinya tetap sama. Harga sebuah buku adalah RM 80. Belanja Pos RM 10 . Jumlah semua RM 90.00 Kepada yang berminat untuk memilikinya, sila hubungi pengedarnya, Puan Aisyah Yob di talian +60147192922  Salam perjuangan, Salam kasih sayang dan maaf zahir batin

***Siapa Siti Khatijah ra?***

Oleh Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid

1 – Siapakah Siti Khadijah (ra)?

souks-001.jpg

  • Nasab dan Kelahiran Beliau
  • Beliau adalah Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin Abdil Uzza bin Qushai bin Kilab bin Murrah bin Ka’b bin Luayy bin Ghalib bin Fihr.
  • Ibunya: Fathimah binti Zaaidah bin Al Asham bin Rawahah bin Hajar bin Abd, bin Ma’ish bin ‘Amir bin Luayy bin Ghaib bin Fihir.
  • Di lahirkan di kota Mekkah 15 tahun sebelum peperangan Gajah berlaku, tepatnya 556 M.
  • Latarbelakang Keluarga dan Pernikahan Beliau
  • Beliau berasal dari keluarga mulia nasabnya, terhormat martabatnya, luhur budi pekertinya, bersifat pemurah, sangat menjunjung tinggi akan nilai-nilai murni, serta luas kekayaannya.
  • Secara amnya Siti Khadijah (ra) berasal dari keluarga yang berwibawa, ayahnya Khuwailid adalah salah seorang yang pernah berjasa dalam melindungi Al Hajar Al Aswad ketika ingin di rampas oleh seorang bernama Taba’ dan di bawa ke negerinya. Maka Khuwailid yang berjaya menghalang niat Taba’ tersebut.
  • Beliau juga merupakan saudagar wanita yang berjaya di zamannya, beliau sebagai penerus perniagaan ayahnya serta mewarisi kepandaian dalam berniaga.
  • Merupakan adat kebiasaan keluarga terhormat dari kalangan bangsa Quraish ketika itu adalah menikahkan anak-anak perempuan mereka pada usia muda. Tidak terkecuali Siti Khadijah (ra). Siti Khadijah (ra) telah menikah 2 kali sebelum menikah dengan Nabi Muhammad (SAW). Mereka adalah:-
  • Atiq bin Abid bin Abdullah Al Makhzumi, mendapat cahaya mata dari pernikahan ini seorang anak lelaki bernama Abdullah.
  • Hindun bin Zurarah bin Nabbash Al Tamimi, mendapat 3 cahaya mata: Hindun, Harith, dan Zainab.
  • Orang Yang Berpengaruh Ke Atas Keperibadian Beliau
  • Terdapat dua (2) orang yang berpengaruh dalam kehidupan Siti Khadijah (ra), sebelum menikah dengan Nabi Muhammad (SAW):-
  • Hakim bin Hizam anak saudara Siti Khadijah (ra). Beliau rakan kerja Siti Khadijah (ra) dalam perniagaanya, beliau seorang yang bijak, sehingga kebijakannya menyebabkan beliau layak untuk di lantik sebagai ahli parlimen termuda di (Dar Al-Nadwah) yang dianggotai ahli-ahli dalam lingkungan 40’an.
  • Waraqah ibnu Naufal [anak bapa saudara Siti Khadijah (ra)], beliau seorang tua beragama kristian, beriman kepada Allah SWT, serta banyak mengkaji akan kitab Taurat dan Injil. Beliau sering berdiskusi dengan paderi-paderi di zamannya membincangkan tentang kehadiran penutup para nabi.

Dengan demikian Siti Khadijah (ra) banyak terpengaruh dengan dua (2) orang ini kerana rapat perhubungan di antara mereka. Terpengaruh dengan Hakim dari sudut kecekapan dalam membangunkan ekonomi melalui perniagaan, dan Waraqah dari sudut membangunkan kerohanian, beliau merupakan guru kepada Siti Khadijah (ra).

  • Gelaran-Gelaran Siti Khadijah (ra)
  • Adapun gelaran yang di sandang oleh Siti Khadijah (ra) adalah:
  • Gelaran sebelum menikah dengan Nabi (SAW):
  • Pertama: Al – Thahirah (yang suci)
  • Beliau meraih gelaran itu di sebabkan: Beliau tidak suka bergaul dengan para peniaga-peniaga kaum lelaki, di dalam keadaan beliau sebagai seorang saudagar yang sukses yang umumnya akan banyak berinteraksi dengan para saudagar-saudagar dari kalangan kaum lelaki. Akan tetapi beliau menghantarkan orang kepercayaannya, seperti Hakim bin Hizam ataupun Maisarah.
  • Beliau tidak suka bergaul dengan wanita-wanita yang suka menghabiskan masanya dalam kelalaian, seperti dalam majlis tari-tarian, atau nyanyian, dan lain-lain. Walaupun Mekkah pada saat itu di penuhi dengan tempat-tempat seperti itu.

Kedua: Sayyidah Nisa’ Quraish (puteri Quraish)

  • Gelaran ini di raih disebabkan oleh kerana keluhuran akhlaknya, dan ketinggian martabatnya, serta kemuliaan marwahnya. Kerana beliau seorang wanita yang tidak menjadi hamba kepada harta yang dimilikinya, beliau banyak menggunakannya untuk membantu orang miskin, disamping banyak memanfaatkan peluang untuk berguru kepada Waraqah bin Naufal.

Gelaran setelah menikah dengan Nabi (SAW)

  • Siti Khadijah (ra) dikenal sebagai seorang wanita yang memiliki pandangan tajam dan firasat yang benar. Beliau mendengar kejujuran dan keluhuran budi pekerti baginda Rasulullah (SAW), beliau memintanya untuk membawa perniagaanya ke negeri Syam bersama Maisarah pembantu setia Siti Khadijah (ra).
  • Setelah melihat akan sifat-sifat mulia Nabi Muhammad (SAW) yang tidak pernah beliau melihatnya pada lelaki-lelaki lain, maka beliau memberanikan diri untuk meminangnya melalui sahabat karibnya bernama Nafisah, maka berlangsunglah pernikahan itu.
  • Siti Khadijah (ra) mendapat 6 cahaya mata dalam perkahwinan ini:-
  1. Qasim
  2. Abdullah (yang digelari Al Tayyib – yang baik)
  3. Zainab
  4. Ruqayyah
  5. Ummu Kaltsum dan
  6. Fathimah Al-Zahra.

Gelaran yang di raih oleh Siti Khadijah (ra) setelah menikah dengan Rasulullah (SAW) adalah:-

  • Pertama: Ummul Mukminin
  • Nabi adalah lebih di utamakan dari kaum mukminin dan isteri-isterinya adalah ibu mereka. (Surah Al Ahzab, Ayat 6)

Kedua: Sayyidah Nisa’ Al ‘Alamin

  • Nabi Muhammad (SAW) telah bersabda: Cukup bagimu daripada wanita-wanita termulia di seluruh alam: Siti Maryam binti Imran, Khadijah binti Khuwailid, Fathimah binti Muhammad (SAW), Asiah isteri fir’aun.
  • Ketiga: Sayyidah Nisa’ Ahli Al Jannah
  • Dari Ibnu Abbas (ra) katanya: Rasulullah (SAW) membuat 4 garisan, seraya berkata: Tahukah apakah apa ini? Mereka menjawab: Hanya Allah dan RasulNya yang mengetahui. Nabi (SAW) bersabda: Penghulu seluruh wanita di syurga adalah: Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Muhammad (SAW), Asiah binti Muzahim dan Maryam binti Imran. Semoga Allah meridoi mereka semua. (Bukhari)

Kewafatan Siti Khadijah (ra) makkam-siti-khadijah.jpg

  • Terdapat banyak pandangan tentang tahun ataupun bulan kewafatan Siti Khadijah (ra), tetapi yang di sepakati oleh ahli sirah adalah beliau meninggal dunia sebelum hijrah.
  • Imam Ibnu Katsir menukil sebuah riwayat bahawa, ketika Siti Khadijah (ra) sakit, beliau di dampingi oleh Rasulullah SAW, dan baginda bersabda: Sungguh aku sedih melihat rintihanmu wahai Khadijah! Tetapi Allah SWT akan menjadikan kebaikan yang besar di dalam kesakitan yang engkau alami ini. Tahukah kamu, kalau Allah SWT akan mengahwinkan kamu denganku di syurga nanti.
  • Maka Siti Khadijah (ra) senang, lalu meninggal dunia. Jenazah Siti Khadijah (ra) dikebumikan di Mekkah, di kawasan Al Hijjun atau perkuburan Al Ma’la.

2 – Mengapa Siti Khadijah (ra) Harus Dicintai dan Diteladani?

Love-Flower-5.jpg

  • Setiap orang yang beriman laki-laki dan perempuan adalah bersaudara, sebagai saudara dalam iman, kita dituntut untuk saling mengasihi dan mencintai untuk memenuhi tuntutan iman.
  • Rasulullah (SAW) bersabda, ‘Tidak sempurna iman salah seorang dari kamu sehingga ia mencintai saudaranya seperti ia mencintai dirinya sendiri’. (teks arab yang berkaitan tidak dapat diterbitkan disini atas sebab-sebab teknikal – Admin)
  • Erti kecintaan disini adalah kecintaan dalam kebaikan, yakni: sebagaimana kita suka untuk mendapat kebaikan untuk diri kita, demikian juga untuk saudara kita dan sebagaimana kita tidak suka akan keburukan menimpa kita, demikian juga ke atas saudara kita.
  • Mencintai orang-orang soleh adalah lebih tinggi darjatnya dan pahalanya serta manfaatnya berbandingkan kecintaan kepada orang-orang yang beriman biasa.

    ‘Aku cinta para solihin walaupun aku bukan dari golongan mereka, dengan harapan agar mendapat syafa’at dengan mencintai mereka. Aku tidak suka sesiapa yang perbuatannya itu bermaksiat, walaupun kita ini juga berbuat maksiat’

  • Maka dengan mukaddimah sedikit tentang kecintaan dan pembahagiannya, kita dapat memahami semakin tinggi kedudukan seseorang disisi Allah, semakin bermakna erti kecintaan kepada mereka. Dengan demikian, mencintai Siti Khadijah (ra) lebih dituntut disebabkan:
  • Pertama:
  • Beliau wanita solehah yang dicintai Allah serta mendapat salam khusus dariNya, maka mencintai orang yang dicintai Allah adalah satu ibadah dalam mentaati perintah Allah Ta’ala.
  • Rasulullah (SAW) bersabda, ‘Sesungguhnya Allah Ta’ala bilamana suka kepada seseorang hamba, maka Dia akan menyeru kepada Jibril: ‘Wahai Jibril! Sesungguhnya Allah suka kepada fulan bin fulan maka cintailah dia’, maka dicintai oleh Jibril. Lalu kemudian Jibril akan menyeru kepada seluruh penghuni langit: ‘Bahawa Allah cinta kepada fulan bin fulan’, maka ia akan dicintai oleh penghuni langit, lalu kemudian akan diletakkan tanda qabulnya kepada penghuni bumi’ – Riwayat Imam Bukhari.

Kedua:

  • Beliau wanita yang sangat dicintai Rasulullah (SAW). Mencintai beliau untuk mendapat kecintaan Rasulullah (SAW).
  • Dari Aisyah (ra): Aku tidak pernah cemburu terhadap isteri-isteri Rasulullah (SAW) sepertimana kecemburuanku kepada Khadijah (ra), walaupun aku tidak berjumpa dengannya.
  • Dari Aisyah (ra) juga: Dan adalah Rasulullah (SAW) terkadang menyembelih kambing lalu bersabda: ‘Hantarkan daging kambing ini kepada sahabat-sahabat Siti Khadijah (ra)’. Maka pada suatu hari aku membuat Baginda (SAW) marah, aku berkata: ‘Khadijah!’ (dengan ungkapan tidak suka), maka Rasulullah (SAW) bersabda: ‘Aku telah dianugerahkan kecintaan kepadanya’.
  • Imam Nawawi (ra) berkata: Hadis ini menunjukkan isyarat bahawa mencintai Siti Khadijah (ra) akan mendapat fadhilat dikeranakan mencintai orang yang dicintai Rasulullah (SAW) – Kitab syarah Muslim.

Ketiga:

  • Beliau (ra) adalah keluarga Rasulullah SAW yang wajib dicintai’Katakanlah (wahai Muhammad)! ‘Aku tidak meminta kepadamu (wahai umatku) apa-apa balasan kecuali kecintaan kepada ahli keluargaku’ – Ayat 23, Surah Asy-Syura

Keempat:

  • Beliau wanita yang pertama yang berjasa ke atas umat Islam kerana pengorbanannya. Kerana Siti Khadijah (ra) setelah menikah dengan Rasulullah (SAW), beliau memberikan seluruh hartanya demi perjuangan dakwah Baginda.
  • Dan engkau didapatiNya sebagai seorang miskin, lalu diberinya kekayaan – Ad Dhuha, Ayat 8
  • Imam Al Alusi berkata: Maksud ayat ‘diberi kekayaan’ iaitu dengan harta Siti Khadijah (ra).

Kelima:

  • Sebab beliau (ra) wanita pilihan yang diberi hidayah oleh Allah, dan kita diperintah untuk meneladani orang-orang yang mendapat hidayah.
  • Mereka adalah orang-orang yang diberi hidayah oleh Allah, maka dengan petunjuk mereka hendaklah kamu mengikutinya – Surah Al Anam, Ayat 90.

Keenam:

  • Beliau (ra) wanita yang cintakan akan nilai-nilai murni yang terpahat dalam hatinya sebelum dan apatah lagi setelah memeluk Islam.

Ketujuh:

  • Nabi (SAW) memilih beliau (ra) sebagai contoh teladan kepada ummatnya, terutama kaum wanita.
  • Sabda Baginda (SAW): Cukup bagimu dari pada wanita-wanita termulia di seluruh alam: Siti Maryam binti Imran, Khadijah binti Khuwailid, Fathimah binti Muhammad (SAW) dan Asiah isteri Fir’aun.

3 – Siapakah Siti Khadijah (ra) Di Hati Rasulullah (SAW)?

Candles_in_Love_07406.jpg

  • Tidak sesiapapun yang mampu menjawab soalan ini kecuali tuan empunya hati, yaitu Rasulullah (SAW), tetapi apa yang akan saya ketengahkan di bawah ini adalah sedikit dari suara hati Baginda Rasulullah (SAW) ketika mengungkapkan akan kedudukannya, yakni Siti Khadijah (ra), di hati baginda Rasulullah (SAW):-
  • Pertama:
  • Siti Aisyah (ra) berkata: Rasulullah (SAW) hampir setiap kali keluar rumah menyebut nama Khadijah (ra) dan memujinya. Pada suatu hari aku dengan perasaan cemburu aku berkata: “Dia itu (Khadijah) tidak lebih hanya seorang wanita tua, dan Allah telah menggantikan untukmu yang lebih baik darinya”, maka Baginda (SAW) marah seraya bersabda: “Demi Allah! Allah tidak menggantikan untukku yang lebih baik darinya, Khadijah (ra) beriman kepadaku ketika orang-orang ingkar, dia membenarkan aku ketika orang-orang mendustakan dan dia menolongku dengan hartanya ketika orang-orang tidak memberiku apa-apa, dan Allah memberikan untukku dzuriyat darinya yang tidak ada pada yang lain” – Riwayat Ahmad dan Thabrani.

Kedua:

  • Dari Aisyah (ra) ia berkata: “Aku tidak pernah cemburu terhadap isteri-isteri Rasulullah (SAW) sepertimana kecemburuanku kepada Khadijah (ra), walaupun aku tidak berjumpa dengannya”. Lalu ia berkata lagi: “Dan adalah Rasulullah (SAW) terkadang menyembelih kambing lalu bersabda:”Hantarkan daging kambing ini kepada sahabat-sahabat Siti Khadijah (ra)”. Pada suatu hari aku membuat Baginda marah, aku berkata: “Khadijah!” (dengan ungkapan tidak suka), maka Nabi (SAW) bersabda: “Aku telah di anugerahkan kecintaan kepadanya”.

Ketiga:

  • Diriwayatkan oleh Siti Aisyah (ra), katanya: “Ketika para tawanan perang Badar di bebaskan dengan tebusan, Siti Zainab (ra), puteri Rasulullah (SAW) menghantarkan kalung (pemberian Siti Khadijah (ra) pada hari perkahwinannya) sebagai terbusan suaminya (Abu Al-‘aash ibn Al-Rabi’), maka Rasulullah (SAW) ketika melihat kalung itu tersentuh hatinya, lalu meminta persetujuan para sahabat untuk membebaskannya tanpa tebusan, lalu mengembalikan kalung tersebut, maka mereka bersetuju, lalu ia di bebaskan”.

4 – Keutamaan Siti Khadijah (ra)

pohon.jpg

  • Pertama:
  • Imam Bukhari meriwayatkan bahawa ketika Jibril (as) datang kepada Nabi (SAW), dia berkata: “Wahai Rasulullah, inilah Khadijah telah datang membawa sebuah wadah berisi kuah dan makanan atau minuman. Apabila dia datang kepadamu, sampaikan salam kepadanya dari Tuhannya dan aku, dan beritahukan kepadanya tentang sebuah rumah di syurga dari mutiara yang tiada keributan di dalamnya dan tidak ada kepayahan”.

Kedua:

  • Jibril (as) menyampaikan salam itu kepada Rasulullah (SAW) seraya berkata kepada Baginda: ‘Sampaikan kepada Khadijah salam dari Tuhannya’. Kemudian Rasulullah (SAW) bersabda : ‘Wahai Khadijah, ini Jibril menyampaikan salam kepadamu dari Tuhanmu’. Maka Khadijah (ra) menjawab : ‘Allah yang menurunkan salam (kesejahteraan), dari-Nya berasal salam (kesejahteraan), dan kepada Jibril semoga diberikan salam (kesejahteraan)’.

Nukilan: Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid

__._,_.___
Reply to sender | Reply to group | Reply via web post | Start a New Topic
Messages in this topic (2)
Recent Activity:

Visit Your Group

MARKETPLACE
Stay on top of your group activity without leaving the page you’re on – Get the Yahoo! Toolbar now.

Yahoo! Groups Switch to: Text-Only, Daily DigestUnsubscribeTerms of Use

.

nc3=5191954
__,_._,___

Saiyidina Abdullah bin Ummi Maktum (wafat 14 H)

Sebahagian Surah Abasa

Salam Ramadhan yang ceria, bagaimana puasa korang? Allah, susahnya nak meng’roh’kan puasa. Nak penuhkan dengan rasa-rasa. Atk. Nak rasa kekalkan rasa diri hamba. Hina. Dari tanah. Tempat pijakan segala makhluk yang melata. Tanah di mana-mana pun orang pijak. Kita, belum orang pijak pun dan marah-marah. Baru orang tak tanya khabar dah merajuk. Baru member tak bantu kerja, dah merungut-rungut. Lebih-lebih lagi banyak kerja di bulan puasa ni. Rasa hamba kita datang pergi. Sedangkan tanah, walau di atas bukit, jadi pijakan orang juga. Sebab tu jangan lupa minta secara tawassul, kekalkanlah rasa hamba di hati ini. Mudah-mudahan kita selamat. Orang macam kita ni tiada jaminan. Bukan dijanjikan. Bukan Nabi dan Rasul yang maksum. Bukan sahabat yang mendapat pangkat ‘Radhiyallahu ‘anhum’, yang dapat jaminan selamat dari api neraka kerana ‘ لصحبتي إياي ‘ kerana bersahabat denganku kata Rasulullah. Kita bukan wali-wali Allah yang bertaraf mahfuz. Kita hanya hamba-hamba yang berdosa. Mengharap berkat dan rahmat Allah.

Luar Maqam Sayidina Abdullah Ummi Maktum

Bercakap tentang berkat dan rahmat Allah ni, Abuya ajar kita, menyebut nama-nama orang soleh itu menurunkan rahmat. ذكر الصالحين تنزل الرحمة . sebut nama orang soleh pun mendatangkan rahmat, betapa lagi kalau yang disebut nama wali-wali Allah. Ketahuilah, semua sahabat-sahabat Rasulullah saw adalah wali-wali Allah. Mari kita cerita tentang seorang sahabat yang dengan sebabnya Nabi Muhammad ditegur oleh Allah taala sebagai panduan kepada kita. Moga-moga kita perolehi rahmat Allah.

Beliau adalah Abdullah bin Ummi Maktum, nama sebenarnya Abdullah bin Umar bin Syuraikh, seorang sahabat suku Quraisy yang termasuk peserta hijrah ke Madinah rombongan pertama. Beliau sampai di Madinah sebelum kedatangan Rasulullah saw. Abdullah mempunyai ikatan kekeluargaan dengan Rasululah saw. Dia adalah sepupu Ummul Mu’minin Khadijah binti Khuwailid ra. Bapanya Qais bin Zaid, dan ibunya ‘Atikah binti Abdullah. Ibunya bergelar ‘Umi Maktum’ kerana anaknya Abdullah lahir dalam keadaan buta.
Abdullah bin Ummi Maktum termasuk kelompok yang pertama-tama masuk Islam. Sebagai muslim kelompok pertama, dia turut menanggung segala macam suka duka kaum muslimin di Makah ketika itu. Dia turut menderita siksaan kaum Quraisy seperti diderita kawan kawannya seagama, berupa penganiayaan dan berbagai macam tindakan kekerasan lainnya. Tetapi apakah karena tindakan-tindakan kekerasan itu Ibnu ummi Maktum menyerah? Tidak……! Dia tidak pernah mundur dan tidak lemah iman. Bahkan dia semakin teguh berpegang pada ajaran Islam dan Kitabullah. Dia semakin rajin mempelajari syariat Islam dan sering menhadiri majlis Rasulullah saw.
Setiap waktu kosong selalu disinya, dan setiap kesempatan yang baik selalu digunakan untuk menambah ilmu Islam. Pada masa permulaan tersebut, Rasulullah sering mengadakan dialog dengan pemimpin-pemimpin Quraisy, mengharapkan semoga mereka masuk Islam. Pada suatu hari baginda berhadapan dengan ‘Utbah bin Rabi’ah, Syaibah bin Rabi’ah, ‘Amr bin Hisyam (Abu Jahal), Umayyah bin Khalaf dan Al Walid bin Mughirah (ayah Saiyidina Khalid bin Al Walid).
Rasulullah saw berunding dan bertukar fikiran dengan mereka tentang Islam. Baginda sangat ingin mereka menerima dakwah dan menghentikan penganiayaan terhadap para sahabat baginda. Sedang Rasulullah saw berdakwah dengan sungguh-sungguh, tiba-tiba Abdullah bin Ummi Maktum datang meminta dibacakan kepadanya ayat-ayat Al Quran.

Kata Abdullah, “Ya, Rasulullah! Ajarkanlah kepadaku ayat-ayat yang telah diajarkan Allah kepadamu!”

Rasul saw yang mulia tidak mempedulikan permintaan Abdullah bahkan berpaling lalu meneruskan pembicaraannya dengan pemimpin Quraisy tersebut. Mudah-mudahan dengan Islamnya mereka, Islam tambah kuat dan dakwah bertambah lancar.
Selesai berbicara dengan mereka, Rasulullah saw cuba hendak pulang, tetapi tiba tiba penglihatan beliau gelap dan kepala beliau terasa sakit seperti terkena pukulan. Kemudian Allah mewahyukan kepadanya:

“Dia ( Muhammad ) bermuka masam dan berpaling, karena seorang buta datang kepadanya, Tahukah kamu, barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa), atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manfaat kepadanya? Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup, maka kamu melayaninya. Padahal tidak ada (celaan) atasmu kalau mereka tidak membersihkan diri (beriman). Adapun orang yang datang kepadamu dengan bergegas (untuk mendapatkan pengajaran), sedangkan ia takut kepada (Allah), maka kamu mengabaikannya. Sekali kali jangan (begitu)! Sesungguhnya ajaran Allah itu suatu peringatan. Maka siapa yanag menghendaki tentulah ia memperhatikannya. (Ajaran ajaran itu) terdapat di dalam kitab-kitab yang dimuliakan, yang ditinggikan lagi disucikan, di tangan para utusan yang mulia lagi (sentiasa) berbakti.” Surah ‘Abasa : 1 – 16.

Enam belas ayat itulah yang disampaikan Jibril Al-Amin ke dalam hati Rasulullah saw berhubung dengan peristiwa Abdullah bin Ummi Maktum, yang sentiasa dibaca sejak diturunkan sampai sekarang, dan akan terus dibaca sampai hari kiamat.Sejak hari itu Rasulullah tidak lupa memberikan tempat yang mulia bagi Abdullah apabila dia datang. Baginda mepersilakannya duduk ditempat duduk beliau. Bertanyakan keadaannya dan beliau penuhi keperluannya. Tidaklah heran kalau beliau memuliakan Abdullah sedemikian rupa, kerana teguran dari Allah itu sangat tegas.

Ketika tekanan dan penganiayaan kaum Quraisy terhadap kaum muslimin semakin berat dan menjadi jadi, Allah swt mengizinkan kaum muslimin dan RasulNya berhijrah. Abdullah bin Ummi Maktum bergegas meninggalkan tanah tumpah darahnya untuk menyelamatkan agamanya. Dia bersama sama Mus’ab bin Umair sahabat-sahabat Rasul yang pertama tama tiba di Madinah, setibanya di Yatsrib (Madinah), Abdullah dan Mus’ab segera berdakwah, membacakan ayat-ayat Al Quran dan mengajarkan ilmu Islam.
Setelah Rasulullah saw tiba di Madinah, beliau mengangkat Abdullah bin Ummi Maktum serta Bilal bin Rabbah menjadi tukang azan Rasulullah saw. Mereka berdua bertugas melaungkan kalimah tauhid lima kali sehari semalam, mengajak orang mengutamakan Tuhan dari segala kerja-kerja yang lain. Itulah kemenangan yang hakiki.

Dalam bulan Ramadhan tugas mereka bertambah. Bilal azan untuk membangunkan kaum muslimin untuk bersahur dan Abdullah azan ketika masuk Subuh, agar semua orang menghentikan makan minum dan segala yang membatalkan puasa dan menunaikan solat.

Demi memuliakan Abdullah, beberapa kali Rasulullah mengangkatnya menjadi Wali Kota Madinah menggantikan baginda, apabila meninggalkan kota. Tujuh belas kali jawatan tersebut diamanahkan kepada Abdullah. Salah satu diantaranya, ketika meninggalkan kota Madinah untuk membebaskan kota Makkah dari kekuasaan kaum musyrikin Quraisy, yaumul fath.
Setelah perang Badar, Allah menurunkan ayat-ayat Al Quran, mengangkat darjat kaum muslimin yang pergi berperang fi sabilillah. Allah melebihkan darjat mereka yang pergi berperang disbanding dengan mereka yang tidak pergi berperang, dan mencela orang yang tidak pergi perang karena ingin bersantai-santai. Ayat-ayat tersebut sangat memberi kesan di hati Abdullah bin Ummi Maktum. Tetapi baginya sukar mendapatkan kemuliaan tersebut karena dia buta. Lalu dia berkata kepada Rasulullah saw,

“Ya, Rasulullah! Seandainya saya tidak buta, tentu saya pergi berperang.”

Kemudian dia bermohon kepada Allah dengan hati penuh tunduk, semoga Allah menurunkan pula ayat-ayat mengenai orang-orang yang keadaannnya cacat (uzur) sepertinya, tetapi hati mereka ingin sekali hendak turut berperang. Dia sentiasa berdoa dengan penuh kerendahan hati. Katanya,

“Wahai Allah! Turunkanlah wahyu mengenai orang-orang yang uzur sepertiku!”

Tidak berapa lama kemudian Allah memperkenankan doanya.
Zaid bin Tsabit, jurutulis Rasulullah saw menceritakan, “Aku duduk di samping Rasulullah saw. Tiba tiba beliau diam, sedangkan peha beliau terletak di atas pehaku. Aku belum pernah merasakan beban yang paling berat melebihi berat peha Rasulullah saw ketika itu. Sesudah beban berat yang menekan pehaku hilang, baginda bersabda, “Tulislah, hai Zaid!”
Lalu aku menuliskan,

“Tidak sama orang-orang mukmin yang duduk (tidak turut berperang) dengan pejuang-pejuang yang berjihad fi sabilillah…..”

Ibnu Ummi berdiri seraya berkata, “Ya Rasulullah! Bagaimana dengan orang-orang yang tidak sanggup pergi berjihad (berperang karena cacat)?”
Selesai pertanyaan Abdullah, Rasulullah saw berdiam dan peha beliau menekan pahaku, seolah-olah aku menanggung beban berat seperti tadi. Setelah beban berat itu hilang, Rasulullah saw berkata, “Cuba baca kembali apa yang telah engkau tulis!”
Aku membaca , “Tidak sama orang-orang mukmin yang duduk (tidak turut berperang).” lalu kata beliau. Tulis!

“Kecuali bagi orang-orang yang tidak mampu.”

Maka turunlah pengecualian yang diharap harapkan Ibnu Ummi Maktum.
Meskipun Allah telah memaafkan Ibnu Ummi Maktum dan orang-orang uzur sepertinya untuk tidak berjihad, namun dia enggan bersantai-santai beserta orang-orang yang tidak turut berperang. Dia tetap membulatkan tekad untuk turut berperang fi sabilillah.

Katanya, “Tempatkan saya antara dua barisan sebagai pembawa bendera. Saya akan memegangya erat-erat untuk kalian. Saya buta, karena itu saya pasti tidak akan lari.”

Tahun keempat belas Hijrah, Khalifah Umar bin Khatab memutuskan akan memasuki Persia dengan perang untuk menggulingkan pemerintahan yang zalim, dan menggantinya dengan pemerintahan Islam yang adil dan bertauhid. Umar memerintahkan kepada semua Gabenur dan pembesar dalam pemerintahannya, ‘Jangan ada seorang jua pun yang ketinggalan dari orang orang bersenjata, orang yang mempunyai kuda, atau yang berani, atau yang berpikiran tajam, melainkan hadapkan semuanya kepada saya sesegera mungkin!”
Maka berkumpulah di Madinah kaum Muslimin dari segala penjuru, memenuhi panggilan Khalifah Umar. Di antara mereka itu terdapat seorang yang buta, Abdullah bin Ummi maktum. Khalifah Umar mengangkat Sa’ad bin Abi Waqash menjadi panglima pasukan yang besar itu. Kemudian Khalifah memberikan arahan-arahannya kepada Sa’ad.
Setelah pasukan besar itu sampai di Qadisiyah. Abdullah bin Ummi Maktum memakai baju besi dan kelengkapan yang sempurna. Dia tampil sebagai pembawa bendera kaum muslimin dan berjanji akan senantiasa mengibarkannya atau mati di samping bendera itu.

Pada hari ke tiga perang Qadisiyah, perang berkecamuk dengan hebat, yang belum pernah disaksikan sebelumnya. Kaum muslimin berhasil memenangi pertempuran tersebut dengan kemenangan paling besar yang belum pernah berlaku. Maka berpindah kekuasaan kerajaan Persia yang besar ke tangan kaum muslimin.

Dan runtuhlah mahligai yang paling megah, dan berkibarlah bendera tauhid di bumi penyembah api itu.

Dalam maqam Sayidina Abdullah Ummi Maktum

Kemenangan yang meyakinkan itu dibayar dengan darah dan jiwa ratusan syuhada. Diantara mereka yang syahid itu terdapat Abdullah bin Ummi Maktum yang buta. Dia ditemui syahid berlumuran darah sambil memeluk salah satu bendera kaum muslimin.

Begitulah kisah ringkas Saiyidina Abdullah bin Ummi Maktum yang sempat kami ziarah maqamnya di Syria. Tak pasti pula macam mana maqamnya berada di Syria, atau ia adalah hanya maqam bukan dhorih. Wallahu a’lam. Yang pastinya, dia sangat hebat. Dengan keadaan buta pun sanggup membahu perjuangan. Rasulullah saw lebih-lebih lagi hebat kerana sanggup menerima teguran dari Tuhan. Rasa hambanya sangat tinggi. Kemudian teguran itu kena dikongsi pula dengan orang lain. Malah diulang-ulang baca oleh siapa sahaja sehingga hari kiamat. Mampu ke kita menerima teguran atau hukuman? Mampu ke kita, teguran terhadap kita itu diulang-ulang baca? Sapa saja boleh baca. Dari budak-budak sampai orang-orang tua. Satu dunia. Boleh baca kuat-kuat atau perlahan. Allah, hebatnya Rasululah saw. Tidak merajuk atau protes Tuhan. Semuanya diterima. Berilah kami rasa hamba seperti kekasih-kekasihmu. RSA bantulah kami. sebenarnya menerima Rasulullah saw kena terima pakejnya sekali iaitu isteri-isterinya, anak-anaknya, sahabat-sahabatnya. Walaupun buta, ia adalah pakej kepimpinan baginda. Kalau tak terima Abdullah Ummi Maktum sebagai gabenor Madinah kerana dia buta, ertinya tak terima Rasulullah saw kerana Rasulullah saw yang melantiknya.

Begitu juga bonda Ummu sebagai wasilah RSA untuk meneruskan perjuangan, ia pakej. Dia bukan pemimpin, sudah berkali-kali dia nafikan malah semua kita faham dia bukan pemimpin. Pemimpin mengimamkan solat, tak pernah pula bonda mengimamkan solat. Pemimpin mengeluarkan arahan-arahan. Bonda hanya menyampaikan arahan. Dia hanya wakil. Kalau tak boleh menerima wakil, ertinya kita tak menerima orang yang mewakilkan. Allah bantulah kami. Fahamkan semua orang. Selamatkan kami dalam ujian ini.

2 jam lebih lagi baru masuk magrib. Berbuka. Kegembiraan pertama orang berpuasa. Kegembiraan kedua di akhirat. Belum tentu dapat. Bergantung sejauh mana ‘ruh’nya puasa kita. Kalau tak, hanya lapar dahaga sahaja. Atk dapatkan puasa ruh. Puasa khawas. Puasa orang muqarrabin. Puasa yang menjadi junnah, benteng diri dari maksiat lahir batin. Puasa yang mendorong berjuang. Atk. Ok jumpa lagi.

Ikhwan Homestay Damascus, Syria
5.22pm Ogo 4, 2011
Anjangmuor.wordpress.com

Kebesaran Rasulullah saw, Ini baru ‘taasub’ namanya!!!

Setiap bangsa, agama, warganegara, ahli kumpulan, anggota organisasi di kenali dengan identitinya. Tanpa indentiti, sukar untuk menentukan seseorang itu dari mana? Ketika mula tinggal di timur tengah akhir 80’an, aku tidak dapat membezakan diantara warga-warga Arab ini siapa orang Mesir, siapa yang dari Yaman? Yang mana orang Saudi, Maghribi, Jordan, Syria dll. Orang-orang Mesir (ketika itu aku tinggal di Mesir, Madinat Nasr) pun tak kenal siapa aku, bila jumpa je, mereka tanya: Yabani? Kori? Sini? (Yang tak syok mereka tanya: Enta Muslim?, walhal aku baru beri salam solat di sebelahnya.) Tapi setelah beberapa lama, aku kenal mereka melalui identiti. Warna kulit, rambut, malamih wajh, pakaian, lahjah bercakap banyak membantuku untuk mengenali mereka.

Begitu juga orang Abuya, sangat terkenal dengan identitinya. Dulu sebelum Arqam diharamkan, kesana ke sini berjemaah. Itulah identiti, syiar. Lelaki berjubah, serban, bercelak, bermisai janggut (kecuali ahli jemaah yang dari kalangan tentera), kepala botak bercukur, t shirt pagoda, biasanya putih, kain pelikat dan seluar sufi. Suka tersenyum, mesra. Baru jumpa macam dah lama kenal. Yang perempuan berjubah, berfurdah, warna hitam atau gelap. Nak makan di tempat umum, kena angkat tingkap furdah. •нëнëнëнëнë•‎​•нëнëнëнëнë•‎​ Yang nampak hanya sepasang mata. Orang kata macam Zorro.

Inipun orang dah kata taasub sangat. Semua nak ikut Abuya dan Ummu Jah. Tapi bila Arqam diharamkan, semua identiti itu hilang. Niat nak pakai, tapi tak dibenarkan. ‘Niat orang mukmin itu lebih baik dari amalannya.’ Moga-moga kita tergolong dalam golongan mukmin. Tapi sebenarnya ada banyak identiti yang tak boleh dibuang, dah sebati. Bahkan ada pihak SB berkata: Bekas Arqam ni, kalau telanjang pun kami tau, ni orang Arqam. Baru-baru ini ada remaja GISB menjual barangan di perhimpunan Agung UMNO. Bila dipanggil SB masuk ke bilik lalu diminta: ‘Cuba ko nasyid lagu Malaysia Indah!.’ Sampai kat perkataan Abuya… Budak ni dan dan nak ubah. SB tu kata…. Eei… Eei… Jangan ubah, teruskan. Aku tau ko orang Abuya.

Menyusun kasut di Pusat Motivasi Harmoni, BCH, Rawang

Begitulah powernya indentiti, orang boleh trace sapa ko. Itulah yang terjadi pada Datuk Syamsul ketika berkunjung ke Mesir. Datuk ini kawan baik Syh Johari Morad. Seperti yang di ceritakan oleh Aliff Kamaludin, dia boleh tau remaja-remaja di Mesir tu orang Abuya kerana kasut-kasut dan selipar-selipar mereka tersusun cantik di pintu rumah. Memang semua orang setahu aku, tak buat macam ni. Orang Abuya je yang boleh istiqamah susun kasut ni. Teringat aku Syeikh Fakhrur sebut dalam kuliahnya, Abuya berdoa: ‘Ya Allah, jadikan anakku orang yang pandai menyusun kasut.’. Korang masih amalkan ke masuk rumah susun kasut, masuk mengundur?!’ Yang ni kerajaan tak larang…•нëнëнëнëнë•‎​•нëнëнëнëнë•‎​ kalau yang ni pun tak mampu amal, tak payah cakap la nak tawan dunia. Orang yang istiqamah menyusun kasut ada jiwa hamba dan khalifah.

Terlanjur cerita tentang Datuk Syamsul bekas exco agama pemuda UMNO zaman Pak Lah ni, mari kita coretkan kisah yang beliau sampaikan:

Selepas Saiyidina Salman al Farisi mendapat ilham untuk mengorek parit besar keliling Kota Madinah, Rasulullah saw bersama 1000 tentera Islam terus menggali parit. Ketika sedang menggali parit, Rasulullah saw dan tentera Islam dalam keadaan sangat lapar disebabkan kehabisan bekalan makanan. Datang seorang sahabat mengadu kepada Baginda, ‘Ya Rasulullah, sesungguhnya aku dalam keadaan yang sangat lapar’ lalu menunjukkan 2 ketul ikatan batu di perutnya. Melihat keadaan itu, Baginda terus menunjukkan 3 ketul ikatan batu di perut baginda yang mulia, lalu fahamlah sahabat tadi bahawa Rasulullah saw lebih lapar darinya dan dia terus pergi.

Beberapa ketika kemudian, Baginda memanggil seorang sahabat, iaitu Saiyidina Jabir al Ansari. ‘Wahai Jabir, bolehkah engkau ke mari sebentar?’ Mendengar seruan Baginda, Saiyidina Jabir menyahut ‘Nyawa taruhanku’ sebagai adab dengan Baginda dan terus berlari ke arahnya. ‘Wahai Jabir, ada apa-apakah di rumahmu yang boleh dijamu untuk tentera-tentera Islam?’. ‘Tidak ada apa-apa ya Rasulullah saw, melainkan seekor kambing tua lagi kurus.’ Jawab Saiyidina Jabir. ‘ Pulanglah engkau ke rumah untuk bersiap-siap dan menjamu tentera Islam dengan kambing itu.’ Tanpa sebarang bantahan dia terus taat dan patuh kepada Rasulullah saw demi membuktikan cintanya. Langsung tidak terdetik di hatinya, cukupkah jamuan seekor kambing untuk seribu orang tentera. Sangat lurus hatinya terhadap Rasulullah saw. Saiyidina Jabir terus berlari pulang ke rumah dan menyampaikan berita itu kepada isterinya.

Si isteri terus menyiapkan bahan untuk dimasak, manakala Saiyidia Jabir menguruskan penyembelihan kambing, ditemani 2 org puteranya Sa’ad, 6thn, dan Sa’ed, 4thn. Seperti kanak-kanak lain, Sa’ad dan Sa’ed melihat bapanya menyembelih dengan penuh perhatian tanpa memahami hakikat peristiwa itu. Setelah selesai menyembelih, Saiyidina Jabir meninggalkan 2 orang puteranya di situ untuk menyambung proses masakan yang lain. Melihat keadaan bapa mereka yang sibuk, Sa’ad berkata pada adiknya, ‘Wahai adikku Sa’ed, mari kita bermain seperti apa yang bapa lakukan tadi,’ Sa’ed bersetuju lalu si abang menyerahkan tengkuknya. Sa’ed mengambil pisau tadi lalu menyembelih abgnya sehingga mati. Melihatkan perihal itu, Sa’ed berkata ‘Abang, jomlah main lagi, kenapa diam? . Melihatkan tiada respon daripada abangnya, kanak-kanak berusia 4thn itu terus berlari mendapatkan bapanya kerana rasa tidak sedap hati.

Sementara itu Saiyidina Jabir sedang menyiapkan unggun api yang besar untuk memanggang kambing tua tadi Setelah api marak membakar, kelihatan anaknya Sa’ed berlari dengan laju, lalu tersadung batu dan tercampak ke dalam unggun api yang marak dan besar itu. Saiyidina Jabir cuba untuk menyelamatkannya, malangnya tidak sempat, anaknya sudah menemui ajal. Mendapat tahu putera sulungnya juga sudah mati, dibawa kedua-dua mayat anaknya ke dalam bilik.

Atas dasar cintakan dan mentaati Rasulullah saw, kedua-dua suami isteri itu menyambung kerja-kerja memasak mereka. Kemudian Rasulullah saw tiba bersama dengan para tentera Islam di rumah Saiyidina Jabir. Melihatkan rumah Saiyidina Jabir yang agak kecil, berkatalah seorang sahabat, ‘Ya Rasulullah, sesungguhnya Rumah Saiyidina Jabir ini agak kecil, dan tidak mampu menampung bilangan kita yang ramai. Baginda berkata, ‘Sesungguhnya Allah dan Rasul lebih mengetahui’ dan Baginda terus melekapkan dua tapak tangannya ke dinding rumah Saiyidina Jabir dan menggerakkan kedua tangannya ke kiri dan ke kanan. Dinding rumah Saiyidina Jabir bergerak dan ruang rumahnya menjadi luas. Maka sekalian sahabat pun masuk dengan penuh beradab.

Di dalam rumah, setelah semua sahabat mengambil tempat duduk, makanan pun terus diagihkan mengikut sunnah Rasulullah saw yang mana tetamu yang duduk di hujung dahulu diutamakan. Kebesaran Allah dan mukjizat Nabi-Nya berlaku apabila makanan yg dicedok tidak kehabisan bahkan mencukupi untuk semua sahabat.

Kemudian sebelum makan, Baginda bertanya kepada Saiyidina Jabir, ‘Wahai Jabir, aku mendengar engkau mempunyai 2 org putera kecil, di mana mereka? Ajaklah mereka sekali makan bersamaku.
‘ Tidak apa Rasulullah saw, Tuan makanlah dahulu,’ jawab Saiyidina Jabir tidak mahu menganggu baginda menjamu selera jika diceritakan hal yg sebenar. Baginda berkata lagi,

‘Wahai Jabir, panggilah kedua orang puteramu itu, aku mahu makan bersama mereka’. Saiyidina Jabir menjawab lagi, tidak mengapa Ya Rasulullah saw, mereka ada di dalam. Tuan makanlah bersama sahabat dahulu.’ Lalu Baginda bertanya,’Apakah nama kedua orang puteramu itu wahai Jabir?’ ‘Sa’ad dan Sa’ed’ Saiyidina Jabir menjawab. Kemudian Baginda memanggil, ‘Wahai Sa’ad dan Sa’ed, keluar dan kemarilah kamu berdua datang menjamu selera bersama kami!’. Maka berlari keluarlah dua-dua anak itu mendapatkan Rasulullah saw dan mereka makan bersama. Kedua-dua orang anak itu hidup dan berketurunan seperti orang lain.

Begitulah kisah kehebatan mukjizat baginda Rasulullah saw menghidupkan orang yang sudah mati. Kisah yang tak pernah aku dengar. Tapi yang aku nak amik dari ceritanya ialah betapa cintanya sahabat kepada Nabi Muhammad saw sampai mengatasi kesedihan sepasang suami isteri ini yang anak-anak mereka mati secara tragis. Selesaikan arahan Rasul dahulu, ketepikan perasaan dan kepentingan peribadi. Kalau sekarang, sudah tentu orang katakan taasubnya. Sudah tentu, itulah taasub. Taasub dengan kebaikan. Ia sangat perlu. Lebih-lebih lagi ketika itu dalam suasana perang. Sangat perlu taat setaat-taatnya. Sangat perlu menjaga perpaduan. Malanglah ada orang yang nak memecah belahkan perpaduan, enggan taat, takut untuk taasub dengan kebaikan dengan mengutamakan kepentingan peribadi. Tetapi bolehkah jemaah kebenaran dihancurkan? Ini baru taasub namanya. Ok jumpa lagi.

Dewan Tingkat 2,
Mat’am Qasr Lubnan,
Jerash, Jordan.
5.23pm Julai 03, 2011
(anjangmuor.wordpress.com)

Maqam 3 Syuhada’ dan Medan Perang Muktah

Makam Saiyidina Jaafar Abi Thalib

Salam semua, bertemu kembali, dari bandar RSA Jerash. Irmawan dah balik ke Indonesia, ada peranan yang dia mainkan untuk pelancaran KTS Indonesia. Setelah 3 bulan merakam dan mengedit video klip Power Kaabah dengan Zai. Berpeluang bertemu keluarga yang telah lama ditinggalkan. Zai pula, esok bertolak ke Jeddah. Menunaikan umrah dan melawat istana RSA di Mekah dan villa di Madinah. Zai agak cemas bila aku mainkan audio program perbincangan skrip filem manasik haji bersama bonda yang Sy Kadir hantar kepadaku. Siapapun akan cemas bila diminta mengucapkan skrip yang lahir dari hati, dari ruh yang hidup, yang dapat berhubung dengan Rasulullah saw. Paling tidak dapat merasakan kehadiran baginda setiap ketika khususnya di istana dan villa. Atk.

Akhirnya tinggallah aku sendirian di homestay tapi ramai lagi syabab dan banin di bangunan mat’am. Syh Daud pun ada di bilik sebelah, cuma komunikasi dengannya agak terhad. Moga Allah kembalikan pendengarannya.

maqam Abdullah Rawahah

Maqam Abdullah Rawahah

Ok, mari kita sambung kisah xpdc dengan Bod dan Ibu tempoh hari. Dari Amman, kami bergerak ke selatan Jordan. Dalam jarak 195km untuk menziarahi maqam-maqam syuhada’ Muktah. Antara cita-cita yang aku dan kawan-kawan idamkan semasa belajar di yayasan Al Arqam di Alai dan Masjid Tanah Melaka, juga di Bt Hampar, Beruas, Perak ialah ingin mati syahid. Kata Ustaz ketika itu, orang mati syahid terus ke syurga tanpa hisab, hatta tanpa azab kubur. Oh, alangkah beruntungnya… Soalan kubur tu, walaupun dah lama bocor, ramai yang failed menjawabnya. Sebab bukan mulutmu yang menjawabnya, tetapi amalanmu di dunia. Cuma kata Ustaz, untuk dapat syahid, tak boleh ada hutang. Walau 10sen, akan tergantung syahidnya hingga dihalalkan. Aku rasa macam dah tak ada harapan, hutang kereta belum habis-habis. Ada ke bank nak halalkan? Atk.

Medan Perang Muktah

Medah Perang Muktah

PERANG MUKTAH
Perang Muktah berlaku pada bulan Jamadil Awal tahun ke 8 Hijrah (629M) kerana Rasulullah saw hendak membela kematian seorang utusan baginda bernama Harith bin Umair Al Azdi yang dibunuh oleh raja Busro Syurahbil bin Amru Al Ghassani atas arahan Heraklius. Rasulullah saw sangat berduka cita kerana beliaulah satu-satunya utusan baginda yang dibunuh secara khianat kerana Teruskan membaca

Ashabul Kahfi (i) : Pendeta Yahudi menguji Sayidina Ali kwj

Penulis di papan tanda menuju Madaba dan Jabal Nebo

Salam. Malam tadi ziarah Dr Hisham At Tamimi di Madaba. Banyak yang dibincangkan dari kisah kemunculan Al Mahdi, Rasulullah saw menghayun dunia hingga ke pelancaran KTS, semuanya belum sempat dinukilkan lagi. Cerita-cerita yang lepas pun ada kawan-kawan mengadu, bercampur-campur. Maaflkanlah si amatur ni. Bukan otai macam Syh Mejar.

Untuk info kawan-kawan yang follow cerita-cerita aku ni, aku xpdc ke Karak/selatan dalam masa terdekat ni dua kali,
-Pertama menaiki Dodge dalam tajuk: ‘Xpdc Muktah’ – Hadiah untuk Zai dan Iwan…..
Post yang simple dan tak menyeluruh kerana kekangan waktu.
-Pastu, kali ke 2, menaiki coaster dengan Bod dan Ibu dalam tajuk: Jadilah ‘Jadilah orang kaya yang pemurah!’ Itu pun baru cover distinasi pertama, ke maqam Sy Abdul Rahman bin Auf.

Post kali ni, kita sambung cerita tentang Ashabul Kahfi. Perkataan ‘Ashab’ ni plural, singularnya ‘sohib’, asal maknanya ni tuan punya, pemilik, seperti kita katakan: ‘sohibul bait’, ertinya tuan rumah. Sohibun nazzarah, orang yang memakai spek mata. ‘Kahf’ itu ertinya gua. (Bukan lu/gua… Gua di kaki gunung). Jadi ‘Ashabul kahfi’ ertinya, pemilik-pemilik gua, atau penghuni-penghuni gua.

Mari kita ke gua Ashabul Kafi sambil mendengar nasyid-nasyid alunan Imran, dipandu oleh Abu Amjad dari Bi’ Sab’, Palestin. Ia terletak di luar kota Amman iaitu di kawasan Raqim, sempena dengan itu agaknya Tuan Syh Redha namakan pusat pendidikan RAK di Kg Tuah, Bukit Beruntung sebagai Roqim

Rombongan bergambar di lokasi Ashabul Kahfi ditidurkan

Kisah Ashabul Kahfi tercatat di dalam Al Quran malah ada surah sempena namanya: surah Al Kahfi, lokasi gua ini terletak di luar perkampungan Ar Raqim ,10 km ke timur Amman. Detail kisahnya begini::

Di kala Saidina Umar Al-Khattab r.a. memangku jabatan sebagai Amirul Mukminin,datang kepadanya beberapa orang pendeta Yahudi. Mereka berkata kepada Khalifah: “Hai Khalifah Umar, anda adalah pemegang kekuasaan sesudah Muhammad dan sahabatnya, Abu Bakar. Kami hendak menanyakan beberapa masalah penting kepada anda. Jika anda dapat memberi jawapan kepada kami, barulah kami mau mengerti bahwa Islam merupakan agama yang benar dan Muhammad benar-benar seorang Nabi. Sebaliknya, jika anda tidak dapat memberi jawaban, bererti bahawa agama Islam itu batil dan Muhammad bukan seorang Nabi.”
.
“Silakan bertanya tentang apa saja yang kalian inginkan,” sahut Khalifah Umar. “Jelaskan kepada kami tentang ibu kunci yang mengunci langit, apakah itu?” Tanya pendeta-pendeta itu, memulai pertanyaan-pertanyaannya.

Terangkan kepada kami tentang adanya sebuah kuburan yang berjalan bersama penghuninya, apakah itu? Teruskan membaca

Ashabul Kahfi (iii) : Bahagian Akhir

Lanskap Gua Ashabul Kahfi, Jordan

Salam. Aku ingat, malas nak sambung cite ni sbb panjang sangat. Ini pun ada yang aku potong sikit. Lagipun…. Ko orang boleh tanya sendiri kat Tamlikha Ibu Jah, atau Tam yang kat Haramain, tak pun Zun wanus Sy Lah Ali, depa mesti tau cite ni… Ok…

Kita sambung lagi. Tamlikha kemudian berkata: “Hai saudara-saudara, aku sajalah yang berangkat untuk mendapatkan makanan. Tetapi, hai penggembala, berikanlah bajumu kepadaku dan ambillah bajuku ini!” Setelah Tamlikha memakai baju penggembala, ia berangkat menuju ke kota. Sepanjang jalan ia melewati tempat-tempat yang sama sekali belum pernah dikenalnya, melalui jalan-jalan yang belum pernah diketahui. Setibanya dekat pintu gerbang kota, ia melihat bendera hijau berkibar di angkasa bertuliskan: “Tiada Tuhan selain Allah dan Isa adalah Roh Allah.”

Tamlikha berhenti sejenak memandang bendera itu sambil mengusap-usap mata, lalu berkata seorang diri: “Kusangka aku ini masih tidur!” Setelah agak lama memandang dan mengamat-amati bendera, ia meneruskan perjalanan memasuki kota. Dilihatnya banyak orang sedang membaca Injil. Ia berjalan dengan orang-orang yang belum pernah dikenal. Setibanya di sebuah pasar ia bertanya kepada seorang penjual roti: “Hai tukang roti, apakah nama kota kalian ini?” “Aphesus,” sahut penjual roti itu. “Siapakah nama raja kalian?” tanya Tamlikha lagi. “Abdurrahman,” jawab penjual roti. “Kalau yang kau katakan itu benar,” kata Tamlikha, “Urusanku ini sungguh aneh sekali! Ambillah wang ini dan berilah makanan kepadaku!” Melihat wang itu, penjual roti keheranan. Kerana wang yang dibawa Tamlikha itu wang zaman lampau, yang ukurannya lebih besar dan lebih berat.

Artifak kuno Jordan lama

Pendeta Yahudi yang bertanya itu kemudian berdiri lagi, lalu berkata kepada Ali bin Abi Talib: “Hai Ali, kalau benar-benar engkau mengetahui, cuba terangkan kepadaku berapa nilai wang lama itu dibanding dengan wang baru!” Saidina Ali menerangkan: “Kekasihku Muhammad Rasul Allah SAW menceritakan kepadaku, bahawa wang yang dibawa oleh Tamlikha dibanding dengan wang baru, ialah tiap dirham lama sama dengan sepuluh dan dua pertiga dirham baru!”

Saidina Ali kemudian melanjutkan ceritanya: Penjual Roti lalu berkata kepada Tamlikha: “Aduhai, alangkah beruntungnya aku! Rupanya engkau baru menemukan harta karun! Berikan semua itu kepadaku! Kalau tidak, engkau akan ku hadapkan kepada raja!” “Aku tidak menemukan harta karun,” sangkal Tamlikha. “Wang ini ku dapat tiga hari yang lalu dari hasil penjualan buah kurma seharga tiga dirham! Aku kemudian meninggalkan kota kerana orang-orang semuanya menyembah Diqyanius!”

Mungkin Tetap Begini Rupanya Roti Zaman Itu

Penjual roti itu marah. Lalu berkata: “Apakah setelah engkau menemukan harta karun masih juga tidak rela menyerahkan baki wangmu itu kepadaku? Lagi pula engkau telah menyebut-nyebut seorang raja derhaka yang mengaku diri sebagai tuhan, padahal raja itu sudah mati lebih dari 300 tahun yang silam! Apakah dengan begitu engkau hendak mempermain-mainkan aku?”

Lalu Tamlikha ditangkap. Kemudian dibawa pergi menghadap raja. Raja yang baru ini seorang yang dapat berfikir dan bersikap adil. Raja bertanya kepada orang-orang yang membawa Tamlikha: “Bagaimana cerita tentang orang ini?” “Dia menemukan harta karun,” jawab orang-orang yang membawanya. Kepada Tamlikha, raja berkata: “Engkau tak perlu takut! Nabi Isa AS memerintahkan supaya kami hanya memungut seperlima saja dari harta karun itu. Serahkanlah yang seperlima itu kepadaku, dan selanjutnya engkau akan selamat.” Tamlikha menjawab: “Tuanku, aku sama sekali tidak menemukan harta karun! Aku adalah penduduk kota ini!” Raja bertanya sambil keheranan: “Engkau penduduk kota ini?” “Ya. Benar,” sahut Tamlikha. “Adakah orang yang kau kenal?” tanya raja lagi. “Ya, ada,” jawab Tamlikha. “Cuba sebutkan siapa namanya,” perintah raja. Teruskan membaca