Bekas pemimpin Arqam sokong tindakan JAIS

  • | 12:44PM Jan 10 2014
  • Bekas pemimpin kumpulan al-Arqam yang diharamkan Hatijah hari ini menyatakan sokongan mereka terhadap penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor terhadap Persatuan Bible Malaysia (BSM) baru-baru ini.

    Menurutnya, jabatan itu mempunyai kewajaran undang-undang bagi mempertahankan keagungan Allah, ekoran “kebiadaban” penganut Kristian di negara ini.

    “Kita tahu kebiadaban penganut Kristian di negara mejoriti Islam Malaysia mempunyai agenda tersendiri.

    “Agenda dakyah yang licik untuk mengelirukan umat Islam khususnya di Malaysia secara jangka pendek dan panjang,” dakwanya.

    Dalam kenyataannya, Hatijah berkata, tiada sebab untuk penganut Kristian di negara ini menggunakan kalimah Allah dalam kitab suci mereka.

    “Penganut Kristian sudah ada kalimah sendiri untuk Tuhan mereka! Gunakanlah apa yang telah lama mereka gunakan,” katanya yang juga Pengerusi Eksekutif GISB Holdings.

    Beliau juga hari ini menyatakan kesangsian mereka terhadap pergerakan kumpulan Kristian yang menurutnya mempunyai agenda untuk “mengkristiankan”umat Islam di Selangor.

    “Jadi JAIS telah menggunakan kuasa mereka untuk menyelamatkan Umat Islam daripada ditipu gereja! Sebab dunia tahu, Tuhan orang Kristian bukan Allah! Jadi bila Kristian tukar Tuhan itu kan penipuan!” katanya.

    Balu kepada Ashaari Mohammad yang pernah ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selepas dituduh terlibat dengan ajaran sesat itu juga menyeru umat Islam bersatu membela kalimah Allah dan memelihara akidah umat Islam.

    “Bersatulah untuk membela Islam untuk membela Allah! Kristian itu musuh Islam! Kalau kita Umat Islam berpecah untunglah Kristian! Kristian akan gunakan peluang untuk membuat keuntungan besar!” katanya.

    Hatijah yang pernah dikenali Ummu Jah pada 8 Novermber lalu dilapor mengetuai lafaz taubat nasuha bersama kira-kira 400 pengikutnya yang bertekad tidak lagi mengamalkan ajaran Aurad Muhammadiah.

Sumber asal: http://m.malaysiakini.com/news/251441

Advertisements

3 thoughts on “Bekas pemimpin Arqam sokong tindakan JAIS

  1. ♏enƍapä orƍ kristian akan guna kalimah. ⌣Ąlläh ? Kerana mrk dah tak yakin δgn agama mrk sendiri, δgn cara2 mrk selama ϊni dirasakan gagal, bawa nama tuhan mrk sendiri tak tak berkesan, krn itu kena ambik Tuhan umat Islam. Ϊni membuktikan kebenaran Islam. Orƍ akan guna milik umat Islam utk δpt pengaruh

  2. Kalau memang Ąlläh itu tuhan orƍ kristian takkan baru skrg sedar ! Takkan baru skrg perasan ! Patut sejak kristian ada dah Ąlläh lah tuhan mrk ! Pasti aδä niat jahat, ada agenda lain. Konform ada maksud ! Hai orƍ kristian ! Gune je la ape ÿƍ kalian bawa selama ϊni, kalau memang agama kamu benar tak payah ambik dr agama lain

    • Masalah besarnya umat Islam tak bersatu. Sudahlah banyak isu tak bersatu, isu mengenai Tuhan pun tak bersatu demi kepentingan masing-masing. Tak nampak ke dah ramai orang Melayu dikristiankan. Patut dalam isu ini, demi membesarkan, mengutamakan Allah, tetapi alangkah malangnya, ramai yang lebih nak menjaga hati org kafir dari mempertahankan Islam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s