***Busyro Rabi’ul Awal – KDN dan JAKIM luluskan Nasyid GH***

img 00005404

img 00005404

Salam ceria.
Ya Allah, Maha Baiknya tuhanku yang tetap menganugerahkan nikmat-nikmat yang tak terkira banyaknya kepada kita semua walaupun kita masih belum benar-benar menghambakan diri padanya.Tuhan yang meminta kita memperjuangkan agamaNya dan Dia menyediakan peruntukan-peruntukan untuk keperluan perjuangan yang mulia ini. Malah Allah tuhanku juga yang memberi kemenangan kepada pejuang-pejuang agamaNya, yang berjuang membela Allah dan rasul.

Ya Rasulullah SAW! Di bulan kelahiranmu yang penuh keberkatan ini, nabiku yang penyayang tidak pernah melupakan kami umatnya di akhir zaman. Rahmat dari kedatangan tuan junjungan masih terus kami rasakan. Nikmat-nikmat yang kami peroleh sebenarnya berkat dari tuan juga. Segala kejayaan hakikatnya adalah menumpang keberkatan tuan junjungan kerana paduka tuanlah anak kunci segala kejayaan.

Antara berita kejayaan, berkat tuan yang mulia, semalam telah sampai berita GISB Holdings Sdn Bhd telah semakin diterima di peringkat negara bilamana KDN dan Jakim telah meluluskan 14 buah lagu Generasi Harapan untuk diterbitkan. Allahu Akbar!!

Mudah-mudahan selesailah urusan dengan RTM untuk diizin siarkan lalu Insyaallah akan meriahlah nasyid-nasyid dari GH di corong-corong radio selepas ini .

Nasyid-nasyid itu adalah seperti berikut:
1.Al Kafirun.
2.Al Adiyat.
3.Al Kautsar.
4. Al Zalzalah.
5. Al Asr.
6.Bacalah.
7.Al Ikhlas.
8.Rindu Rasul.
9. Nun Di Sana.
10. Selawat.
11.Madinah oh Madinah.
12. Kasih Sayang.
13.Laqjaakum
14.Ad Dhuha.

Terima kasih Ya Allah, kalau bukan keranaMu mustahil ini semua akan berlaku.
Terima kasih Ya Rasulullah SAW, dengan menumpang kemuliaan paduka tuanlah kami dianugerahkan semua ini.
Maha Suci Tuhan, hamba taubat ya Allah!
Moga semua orang yang mendengar nasyid-nasyid ini dapat sedalam-dalam rasa kehambaan agar lunaklah hatinya untuk kembali takutkan Allah dan merindui Rasul.
Ampun maaf.

Atas rumah rakit, Tg Belungkor.
5.11am, Jan 8, 2014

Advertisements

3 thoughts on “***Busyro Rabi’ul Awal – KDN dan JAKIM luluskan Nasyid GH***

  1. Segala puji bagi Allah, Terima kasih wahai Tuhan yang Maha Esa, Terima kasih wahai Rasul Junjungan.

  2. Syukur Alhamdulillah moga lepas ni GH akan mewarnai dunia seni tanah air dan berjaya mencorakkannya ke arah Rindu Rasul dan Cintai Allah…. Forwardkanlah lagu Rasa Bertuhan dan Kalau Tuhan Kita Kenali… Tahniah kepada pejuang kebenaran yang tak kenal erti jemu dan berputus asa… Tahniah dan syabas sempena Rabiulawal ini…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s