***Maulidur Rasul di Bandar Ikhwan BCH***

Salam ceria.
Malam tadi anjang bermalam di BCH. Sempat la join kawan-kawan bertahlil dan membaca Maulidur Rasul SAW yang kita rayakan ulangtahun kelahiran baginda di bulan Rabi’ul Awal setiap tahun. Seperti biasa, dari 1hb hingga 12hb, kita akan sama-sama berkumpul sambil mengulangi bacaan kisah kelebihan-kelebihan dan keutamaan baginda yang sangat kita rindui.

Telah berkata Al Hasan AI Basri, (moga Allah Ta’ala memuliakan rohnya): “Aku ingin kalaulah aku mempunyai emas sebanyak gunung Uhud, nescaya aku akan membelanjakannya untuk membaca Maulid Rasulullah SAW.”

Bila Tabib Rashid mengalunkan bacaan maulid dalam bahasa Melayu, karangan Abuya, automatik hati tersentuh mengenangkan baginda yang juga sangat mengenangkan kita semua. Yang sangat inginkan keselamatan pada kita.

“Mari kita bercerita tentang Nabi kita. Iaitu Rasulullah SAW, penyelamat manusia dunia Akhirat.
Walaupun sebelum ini kita telah menceritakan banyak kali tentangnya.
Mungkin kita ceritakan di sudut -sudut lain yang belum diceritakan lagi.
Kalau pun diceritakan lagi banyak kali tidak mengapa.
Supaya yang lupa diingat kembali.
Bertambah ingat lagi.
Nabi Muhammad SAW orang luar biasa yang tidak ada taranya.
Sebelum dan sesudahnya di kalangan manusia.
Sekalipun di kalangan para rasul dan para nabi yang telah diberita.
Dia adalah rohnya malaikat dan tubuhnya manusia.”

{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya }

Orang paling cerdik dan paling bersih rohnya.
Di kalangan manusia sebelum dan sesudahnya.
Maka dia diberi julukan oleh Tuhan ‘fathonah’.
Bahkan yang paling ‘fathonah’ di kalangan rasulNya.
Ilmunya bukan didapati dari akalnya.
Walaupun dia orang yang paling tajam akalnya.
Dia mendapat ilmu dijatuhkan Tuhan di dalam hatinya.
Wahyu namanya, dia belajar langsung dari Tuhannya.
Kerana inilah dia tidak pertu menulis.
Dan membaca seperti manusia biasa.
Kerana itulah ilmunya tidak dilupa sepanjang masa.
Kalau dari akal mungkin dilupakannya.
Ilmunya menceritakan dunia dan akhirat ’

{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya }

Tawakalnya luar biasa.
Sebab itulah di malamnya makanan tidak disimpan untuk esok harinya.
Dan diberikan kepada manusia yang memerlukannya.
Kerana dia yakin, kalau esoknya dia hidup, Tuhan merezekikannya.
Dia tidak membunuh orang.
Walaupun di setengah-setengah waktu dia harus membunuhnya.
Tapi dia tidak membunuhnya.
Dia mengambil jalan yang utama, iaitu memaafkannya.
Kerana itu orang itu Islam di tangannya.
Beraninya luar biasa tiada tandingannya.
Dia sanggup lalu di hadapan musuhnya seorang diri.
Musuhnya tidak mengapa-apakannya bahkan terpinga-pinga.

{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya }

Begitulah antara bait-bait Kisah Baginda Rasulullah SAW karangan Abuya Ashaari yang dibacakan sedangkan kami membina halaqah sambil mendengar bacaan dan cuba menghayatinya. Hebatnya Rasulullah SAW, manusia agung contoh teladan untuk semua umat manusia di semua aspek kehidupan.

Selepas Maulid dan solat Isyak, semua jemaah berkumpul di kafe Laman Ikhwan. Untuk apa? Ada jamuan. Ya, memberi makan untuk meraikan keputeraan Rasulullah SAW adalah sesuatu amalan yang sangat berkat. Malam tadi kami dijamu sup kambing. Ust Wan Salleh yang masak. Sedap. Sup daging kambing digandingkan dengan nasi panas dan pucuk paku goreng cukup untuk membuka selera. Moga Allah tunaikan hajat-hajat orang yang mengeluarkan belanja untuk jamuan malam tadi.

Sesiapa yang ingin menjamu penduduk bandar dan tetamu untuk malam-malam seterusnya, bolehlah menghubungi En Idzuan

010 4147926, mudah-mudahan bertambah meriah sambutan maulidur rasul di BCH setiap malam. Begitu juga di bandar-bandar ikhwan yang lain, moga-moga meriah juga sambutannya.

Ya Rasulullah SAW! Moga Tuan bergembira dengan kami umatmu di akhir zaman yang sangat jauh dari tuan dan para sahabat dari sudut masa, moga kita didekatkan dari sudut hati dan perasaan.

Madad ya Rasulallah SAW!

Mutiara Rini, JB.
6.01pm, Jan 6, 2014

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s