KONSERT AMAL MUZIKAL ISLAM BERSAMA GENERASI HARAPAN

Konsert AmalSalam ceria.
Di awal tahun 2014 ni, janganlah kita ulang tanam azam tahun-tahun sudah yang belum ditunaikan. Saban tahun berazam, saban tahun jugalah memungkiri diri. Kerana apa? Azam hanya di mulut. Tanpa terus di mulakan dengan amalan. Dengan sesuatu berbentuk praktikal.

Oleh itu, apa kata, untuk tahun baru kali ni, kita berubah. Terus praktikkan azam kita. Kita mulakan dengan menambahkan kuantiti amal ibadah dan meningkatkan kualitinya. Marilah kita mulakan dengan beramal. Menunaikan hajat orang lain melalui pertubuhan yang berdaftar. Mari mendengar dan menonton show live GH sambil beramal! Ya, biar azam kali ni berbentuk praktikal. Biar nafsu dan syaitan kalah tahun ni. Teruskan membaca surat jemputan di bawah:

Ruj kami: 001/kst.aml/14 31 Disember 2013
Ruj Tuan:

Assalamualaikum w.k.t
Kepada : Yang dimuliakan,
Tan Sri / Puan Sri / Dato’ / Datin / Tuan / Puan,

………………………………………………………………………..
JEMPUTAN MENGHADIRI DAN MENAJA KONSERT AMAL MUZIKAL ISLAM
Merujuk perkara di atas adalah kami bagi pihak Yayasan Kebajikan & Perkhidmatan Perubatan Malaysia (YKPPM) akan mengadakan Konsert amal muzikal Islam pada:
Tarikh : 26 Januari 2014, hari Ahad
Masa : 8.30 malam – 10.30 malam
Tempat : Auditorium Majlis Bandaran Petaling Jaya (MBPJ), Jalan Shook Lin,
46675 Petaling Jaya, Selangor.
Artis : Generasi Harapan
Harga kerusi : RM100 , RM50.

2. Sebagai makluman, YKPPM merupakan satu pertubuhan yang di asaskan pada tahun 1990 dan didaftarkan di bawah pejabat pendaftaran pertubuhan (ROS) pada tahun 1990 (No. pendaftaran: 4700/90 (Selangor). Pertubuhan ini menaugi 80 buah rumah kebajikan, membina dan menaungi pusat-pusat rawatan dan klinik yang memberikan rawatan dan perubatan mampu bayar dan percuma kepada masyarakat terutama golongan sasar, membina dan menaungi pusat-pusat pemulihan remaja dari penagihan dadah, gejala sosial dan merokok. Membiyai pengajian dan pendidikan anak-anak fakir miskin dan golongan berpendapatan rendah. Serta menganjurkan pelbagai program khidmat masyarakat.
3. Maklumat lanjut program dan kehadiran sila hubungi: En Shukri: 019-2969465, En Zahrin: 013-5003131, Pn Rozita: 018-6623776, Pn Khairun: 019-2502663
4. Segala bentuk tajaan dan apa jua sumbangan Tan Sri / Dato’ / Datin / Tuan / Puan adalah amat dihargai dan disyukuri, moga mendapat keredhaan Allah dan menjadi bekalan di hari Akhirat yang abadi. Sekian terima kasih.
Yang diamanahkan,
……………………………………
Nurul Azwa Binti Mohd Ani
Setiausaha Program.
011-23684458

BORANG TAJAAN / SUMBANGAN
Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa:
Saya _________________________________________________________________________
Alamat _______________________________________________________________________

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s