***المصلحة العامة تقدم على المصلحة الخاصة ***

Salam ceria.
“Eh… Hj Johari! Bila sampai? Maaf, ana tak sempat nak kirim barang untuk kawan-kawan di Mekah, sibuk sangat.” anjang menyapa Hj Johari De ‘Arash yang baru melabuhkan punggungnya di kerusi ASH. Dia baru pulang dari mengerjakan umrah. Sebelum pergi, anjang memang niat nak kirim ‘jajan’ untuk kawan-kawan di sana tapi tak sempat kerana ke KK.
“Baru je sampai, belum sampai rumah lagi, dari airport terus ke sini.”, jawab Hj Johari sambil meletakkan tangannya di mulut. Anjang menghulurkan tangan bersalaman dengannya dan anak lelakinya. Isteri, ibu dan anak perempuannya juga ada bersama. Nampaknya mereka sekeluarga singgah ke kafe GISB Holdings Sdn Bhd dahulu sebelum pulang ke rumah sedangkan dah bermusafir lebih 2 minggu. Menziarahi Turki yang mempunyai banyak kesan sejarah Islam dan menunaikan umrah di kota suci Makkah Al Mukarramah serta menziarahi Masjid dan Maqam Rasulullah di Madinah al Munawwarah.

“Kami sempat ke rumah tamu GISB di Turki, bertemu dengan Tuan Nasir di sana.” kata Tuan Haji Johari.
“Rumah Tamunya besar, 4 tingkat.”, ujar Hj Johari lagi.
“Di kawasan elit pula.” kata anak perempuannya.
“Kawan-kawan di sana ada projek apa je?” anjang bertanya.
“Frozen food, karipap.” kata Hj. Anaknya menambah, “Mereka juga ada program nasyid dan pertemuan dengan orang-orang besar dan menter negara Turkii.”
Wah, usaha Turki kecil menggembirakan dan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia yang menziarahi Turki. Dengarnya Duta Besar Malaysia ke Turki sendiri berhasrat menjadikan rumah tetamu GISB dan Mat’am NM di sana sebagai tempat pertemuan warga Malaysia di Istanbul.

“Ziarah mana je di sana?” anjang sambung bersembang.
“Alhamdulillah, dapat ziarah maqam Abu Ayyub Al Ansori, maqam Sultan Muhammad Al Fateh, Masjid Biru, Topkapi dll, yang tak dapat ziarah maqam Shamsudin Al Wali.”
“Alhamdulillah, Mekah macam mana?”, tanya anjang.
Hj Johari, “Kawan-kawan sangat sibuk di sana, Mekah katering dengan GISB tapi Madinah tak dapat sebab kurang orang.”
Terus terkenang suasana sibuk melayan jemaah umrah samada ketika ziarah atau di meja makan, di hotel-hotel penginapan mereka. Rupanya Fakhrur Mizan yang pimpin jemaah ziarah. En Wan Acheh pun dah sampai sana. Sudah tentu semua sangat sibuk.
“Makanan sangat sedap. Katering GISB mendapat pujian ahli jemaah. Sedappp.” kata isteri Hj Jo.
“Masakan panas pun sedap. Kena belajar dengan orang Mekah, macam mana buat Char Kue Tiew, walaupun kurang bahan tetapi sangat sedap!” katanya lagi.
“Wah, dahsyat Muaz dan Syatir ni! Tak boleh jadi macam ni…! “getus anjang dalam hati.

Sini, Kue Tiew Kung Fu Jun dah ok. Boleh tahan la. Jaeid pun dan menuntut dengannya. Tunggu Ayie dan Lokman mahir masak panas dan Zaid boleh membantu, anjang nak pindahkan Jun untuk sementara waktu ke Manjung. GISB Manjung kena niaga sampai malam, baru boleh banyak berkhidmat pada masyarakat.

Keperluan masyarakat Islam itu banyak samada soal makan minum, hiburan, pendidikan, pertanian, ternakan, perkhidmatan pelancongan dll. Semuanya termasuk kategori fardhu kifayah. Ia hanya boleh diselesaikan atau dibangunkan secara berjemaah. Keperluan umat Islam atau masyarakat Islam juga disebut maslahah ‘amah (المصلحة العامة ) atau kepentingan umum. Ia lebih utama dari maslahah khasah (المصلحة الخاصة ) kepentingan peribadi atau keluarga.

Sebab itu dalam Ilmu Feqah ada banyak qawa’id antaranya:
المصلحة العامة تقدم على المصلحة الخاصة
Kepentingan umum lebih utama dari kepentingan peribadi. Ertinya, bila bertembung antara kepentingan umum dengan kepentingan peribadi, maka diutamakan kepentingan umum. Contohnya jika kita mempunyai wang, tayar kereta kita pula kebetulan botak, (tetapi masih selamat digunakan) dalam masa yang sama, projek ‘fish cake’ yang baru bermula memerlukan suntikan modal. Jadi bertembung kepentingan peribadi kita iaitu menukar tayar demi keselesaan dengan kepentingan umum umat Islam iaitu menyediakan ‘fish cake’ yang halal di tengah masyarakat. Maka Islam menetapkan kena dahulukan kepentingan Umum daripada kepentingan peribadi.

Ini yang disebut dalam bahasa yang mudah dan ‘simple’, miskinkan peribadi (miskin tu bukan sampai kebulur tak makan) dan kayakan jemaah (kaya tu bukan sampai membazir), kaya yang boleh tundukkan ego orang-orang yang sombong dengan kekayaan mereka. Yang menyentuh hati mereka untuk jadi pemurah bukan kedekut pahit! Kaya yang membanggakan Islam dan umatnya seperti berlaku kepada projek-projek GISB Holdings seluruh dunia. Kaya yang memberi khidmat kepada masyarakat Islam.

Kalau bukan kerana bangga dengan projek GISB di Turki diketuai oleh wakil GISB Holdings di sana, Tuan Nasiruddin Ali dan projek Kafe dan Katering di Mekah oleh Tuan Salleh Saliyan dan kawan-kawan yang lain, tak kan Tuan Hj Johari nak singgah ASH dulu sebelum balik ke rumah, walhal rumah beliau di Behrang Station je, dah dekat nak sampai. Kalau bukan kerana seronok dengan keberadaan GISB di Istanbul, tak kan YTM Duta Besar Malaysia ke Turki berhasrat untuk jadikan rumah tamu GISB sebagai tempat pertemuan warga Malaysia di sana.

Jadi, demi kemuliaan agama Islam, mari kita bela seluruh aktivitinya dengan masa, tenaga, buah fikiran dan harta benda kita, malah nyawa kita. Lihat dan hayatilah kehidupan para sahabat Rasulullah SAW yang sanggup mengorbankan diri demi sahabat yang lain. Sanggup menderita, bersusah payah, luka dan terbunuh syahid demi Islam. Dengan jasa merekalah kita mendapat nikmat Iman dan Islam ini. Jangan pedulikan kata-kata mereka yang kita kenal amat bakhil untuk berkorban. Amat cintakan harta dan keselesaan lalu mencari pelbagai hujah demi mempertahankan sikapnya. Walhal untuk Islam tertegak dalam diri pun kita ragui kerana sebahagian besar dari mereka, masih takutkan isteri lebih dari takutkan Allah.

Anjang tak maksudkan sesiapa di sini, terpulanglah para pembaca menilainya. Yang paling baik kita tujukan tulisan ini untuk diri kita sendiri. Apakah kita utamakan kepentingan diri dari kepentingan Islam?!

RTS, Tg Malim.
11.29pm, Jan 4, 2014

Advertisements

One thought on “***المصلحة العامة تقدم على المصلحة الخاصة ***

  1. LagiSyukran Tuan Harun,walau pun mengikuti perkembangan jemaah melalui blog tapi ade roh nya ,bila mengikuti perkembangan jemaah. Khusus nya di luar negara terasa diri ini sangat sedikit berkorban,banyak lagi mendulukan maslahah khasah.apa pun t/kasih sekali lagi pd Tuan yg x jemu2 mangirim panduan dan bimbingan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s