***Histeria***

IMG_00005302Salam ceria. Hari ni badan tak sedap. Terasa bisa-bisa. Ingatkan ia hilang bila dah bersihkan reban ayam dan buang rumput-rumput di batas kacang bendi dan tepi pagar. Badan basah berpeluh tetapi bisa-bisa belum hilang. Jangan-jangan terkena bisa-bisa ‘serangan’.

2 hari lepas, usai solat Magrib, ketika mengadap hidangan di kafe Ikhwan Manjung bersama DrY dan En Saadon, anjang dapat bbm dari Ummu Asif:
“Kita blik bota skrg blh. Salimah,nurin Dan khaulah sdg kena histeria kt asrama tu.”,
Agak sedikit terkejut membacanya sebab dah lama sangat tak dengar kes histeria ni. Tapi untuk batalkan program pertemuan dengan kawan-kawan semata-mata kerana kejadian histeria di tempat lain adalah tindakan yang tidak wajar. Bukankah boleh buat rawatan jarak jauh. Banyak persoalan yang timbul di fikiran anjang ni.

Teringat dulu kat yayasan, kerap berlaku histeria. Selalunya kat asrama Puteri. Maklumlah yayasan Al Arqam ketika itu terletak di hujung-hujung kampung. Berdekatan dengan hutan. Kata orang, tempat jin bertendang. Sebab apa? Sebab tanah-tanah yang orang wakaf selalunya tanah pertanian yang di pendalaman. So, biasalah masih banyak lagi penghuni-penghuni asal di situ di kalangan makhluk halus, para jin dan saudara mara mereka.

Kalau berjalan seorang diri, sebelum Subuh, dari asrama menuju pondok engin diesel yang membekalkan letrik seluruh kampung di tepi kolam belakang yang jaraknya lebih 300meter akan terasa ada mata-mata yang memerhati pergerakan kita. Buat tak tau je la, demi jalankan tugas, kalau tak elektrik tak terpasang, alamat budak-budak lewat bangun. Ye la, gelap, letrik bergantung pada enjin. Sejuk pula, tarik selimut la. Walhal ketika menapak menuju pondok engin berseorangan, bersama turunnya embun jantan di awal pagi yang dingin, ada peluh-peluh hangat yang terhasil dari bulu-bulu roma yang meremang di tengkuk. Ia berlaku spontan kerana ada makhluk lain di keliling kita.

Setakat tu je la. Kadang-kadang ada yang zahirkan diri seperti bola api, melintas di depan kita, terbang ke hutan yang berhampiran. Ada juga berupa mata yang merah merenung pada kita. Kena buat-buat tak nampak. Ketika itu teringat-ingat kuliah Abuya, tak ada hantu yang ditugaskan mencekik atau membunuh kita. Mereka tiada kuasa. Kuasa mutlak hanya pada Allah. Hantu syaitan adalah makhluk seperti kita juga, tiada kuasa apa-apa. Siapa takut pada makhluk, boleh jatuh syirik.

Di rumah amal Bota ni memang ketika awal masuk dulu ada macam-macam gangguan tetapi dah lama tak ada sebab telah dirawat. Kedudukannya yang berdekatan dengan Sungai Perak dikatakan tempat orang ‘membuang amalan’ menyebabkan kadang-kadang ada gangguan berulang. Tapi kali ini berbeza, ada sebatang kayu hiasan di beranda yang usang diminta oleh ustazah mereka buangan ke luar rumah. Anak-anak yang terlebih rajin ni bukan membuangnya di tempat yang sesuai tetapi mematah-matahkannya dan dibuang merata.

Rupanya di kayu itu ada penghuni. Semua yang terlibat malam itu diganggu. Bermula dengan seorang yang agak murung, tak nak bergaul dengan yang lain. Kemudian berjalan macam robot. Apa pula yang menangis, menjerit-jerit. Bila nak ditenteramkan, yang memegang pula terkena. Berjangkit-jangkit. Inilah yang dinamakan histeria. Ada yang nak lari keluar rumah. Akhirnya, sebahagian membaca surah Yasin, ada yang menghalang dari mereka lari. Ada pula yang berkawal di pintu. Bila berita sampai kat anjang, anjang call Hj Hassan.

Menurutnya; ada jin mcm ikan mas besar , macam ular pun ada gak bertaring dan betanduk tengah berlegar-legar kat budak-budak tu , benda tu marah kat budak-budak tu sebab kacau tempat tinggal dia , ana cuba nego dan berunding.

Bila balik Bota, anjang tanya sendiri seorang pelajar yang terkena, keesokan harinya selepas solat subuh, apa yang dia nampak. Katanya nampak ular besar di tangga. Patutlah dia orang menjerit dan nak lari, anjang pun kalau nampak ular, cemas gak.

Alhamdulillah, keadaan dah kembali tenang. Kebersihan kena dijaga. Kena taat pemimpin. Dalam semua perkara. Selagi tak melanggar syariat. Contohnya, kalau disuruh buang sesuatu, buang dengan betul, jangan bermain-main. Pastu kena kuat hubungan dengan Allah. Itu yang paling penting. Kalau kuat dengan Allah, semua makhluk akan tunduk pada kita.

Haai, anjang pun tak kuat dengan Allah. Rasa bisa-bisa badan. Nak minta tolong Azmi, dia dah tukar profession. Dah jadi peniaga cakoi. kena berendam ni…
Ampun maaf.

RTS, TM.
12.52am, Jan 3, 2014

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s