Kawal Paras Gula Darah

Bagi pesakit diabetes, kebanyakan mereka sedar kesakitan dialami pada kaki dan tangan biasanya dikaitkan dengan penyakit kencing manis tetapi ramai tidak tahu kesakitan berpunca daripada kerosakan saraf akibat kandungan paras gula yang tinggi.

Kebiasaannya, mereka yang mengalami masalah ini akan menderita tanpa rawatan berikutan sifatnya yang sukar dikesan. Ini menyebabkan pesakit lebih rela menyesuaikan diri dengan menahan kesakitan dalam diam sepanjang hayat mereka.

Namun keadaan ini akan lebih menyukarkan disebabkan kesakitan akan meyebabkan mereka tidak dapat melakukan aktiviti harian, murung, sedih dan sukar bergaul dengan orang lain.

Menurut Professor Perubatan dan Pengarah Kampus Universiti Sains Malaysia, Kelantan, Datuk Dr Mafauzy Mohamed, Diabetec neurophathic pain atau sakit saraf akibat diabetes adalah keadaan apabila pesakit mengalami kesakitan seperti panas, pedih seperti dicucuk pin atau terkena tusukan pada kaki dan tangan sehingga pesakit merasa sukar untuk tidur.

Oleh kerana kesedaran terhadap kesakitan neuropati amat kurang, ini menyebabkan pesakit hanya mendiamkan diri dan tidak mendapatkan rawatan.

“Pesakit diabetes tidak sepatutnya hidup dengan menanggung kesakitan. Ini kerana kesan neuropati periferi akibat diabetes amat buruk dan sangat menyakitkan. Kesakitan ini menyukarkan kehidupan harian, sebaliknya pengurusan kesakitan secara berkesan membolehkan pesakit yang mengalami keadaan ini memperbaiki kualiti hidup mereka.” katanya.

Dianggarkan 200 juta penduduk di Asia Pasifik, termasuk China, Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand, Taiwan dan Vietnam menghidap kencing manis.

Kira-kira 60 hingga 70 peratus daripadanya, mengalami beberapa jenis kerosakan saraf yang menyebabkan kesakitan manakala seorang daripada empat menghidap kencing manis mengalami sakit saraf diabetes.

Lebih buruk selain rasa sakit, kerosakan saraf ini juga menyebabkan pesakit kehilangan deria rasa pada kaki dan tangan yang pada mulanya ditandai dengan gejala kebas pada kedua-dua anggota. Lama kelamaan pesakit tidak lagi merasai kesakitan terutama sekiranya kaki dan tangan mereka luka.

“Keadaan ini menjadi lebih serius apabila jangkitan kuman mula berlaku. Dalam kes yang teruk, jangkitan yang tidak dirawat boleh mnyebabkan kaki dan tangan terpaksa dipotong. Inilah sebabnya pemeriksaan kaki dan tangan sangat penting bagi pesakit diabetes dan mengapa doktor meminta untuk melihat kaki pesakit setiap kali menjalani rawatan,” katanya.

Secara umum, terdapat 2 jenis kesakitan saraf iaitu akibat diabetes berpunca daripada sakit saraf serta kesakitan otot berpunca daripada kecederaan atau radang yang kesakitannya akan cenderung hilang dari semasa ke semasa. Sebagai pesakit, penting untuk memahami gejala yang anda alami supaya dapat menerangkan kepada doktor. Sakit saraf adalah hasil daripada kerosakan saraf yang disebabkan kencing manis dan bukan akibat penuaan, berat badan atau keadaan lain.

Bagi mengetahui seseorang itu mengalami sakit saraf diabetes atau sebaliknya, jalani pemeriksaan atau ujian bagi menetukan punca kesakitan dengan cara :-

• Menilai tanda pada pesakit selepas membuat pemeriksaan fizikal. Doktor boleh menyemak tekanan darah, kadar degupan jantung, kekuatan otot, tindak balas dan sensitivi terhadap sentuhan, suhu dan getaran.

• Melakukan pemeriksaan kaki secara menyeluruh iaitu menilai kulit, otot, tulang, peredaran darah dan deria rasa pada kaki.

• Menjalani ujian monofilament membabitkan sentuhan pada kaki dengan nilan (sejenis benang) bagi menguji kepekaan dan menentukan sejauh mana kerosakan saraf pada pesakit.

Oleh kerana kesakitan saraf berpunca daripada paras gula dalam darah, ada dua cara boleh dilakukan iaitu mengawal kandungan gula dalam darah menerusi penjagaan makanan.

Bagaimanapun, cara ini juga bukanlah terbukti 100 peratus melegakan kesakitan saraf melainkan dengan pengambilan ubat-ubatan lebih berkesan dan spesifik.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s