***Apabila Minta di Doakan***

Salam ceria.
Apabila ada seseorang meminta darimu agar dia didoakan, janganlah berlengah, terus doakannya. Samada di mulut atau di hatimu. Mintalah pada Tuhan yang Maha Kaya agar tunaikan hajatnya. Moga dia semakin kenal dan takutkan Tuhan. Kerana dia tak akan meminta kalau itu bukan hajatnya.

Walaupun kamu sangat tahu, doamu bukan makbul pun. Kau mendoakannya bukan kerana doamu makbul atau tak. Kau doakannya bukan kerana pasti hajatnya akan tertunai atau tidak. Tetapi kau doakannya kerana ikut perintah Tuhan. Tuhan yang suruh berdoa. Kawan yang meminta kamu doakannya hanyalah penyebab untuk kamu laksanakan perintah Allah.

وقال الله تعالى: {وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ }

“Dan Tuhanmu berfirman, “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.” (Ghafir: 60)

Kita berdoa, sebelum dikeranakan menunaikan hajat saudara kita, sebenarnya adalah untuk mengelakkan diri dari bersifat sombong. Kita berdoa sebenarnya kerana untuk selamatkan dari dihumban ke neraka Jahanam dengan keadaan hina dina. Kita berdoa kerana kita adalah hamba, hamba sangat memerlukan Tuhan.

Jadi mendoakan orang sebenarnya adalah menguntungkan diri sendiri disamping moga-moga memberi faedah pada yang lain. Oleh itu jangan berlengah jika ada orang minta didoakan. Doakanlah sepenuh hati, ‘on the spot’, walaupun di hujung hatimu cuma, kerana ia tidak mendatangkan kepadamu kecuali kebaikan.

Ampun maaf.
Homestay Ikhwan KK, Sembulan.
6.54am, Dis 25, 2013

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s