***Welcome To The Club***

Salam ceria.
Semasa program beramai-ramai di Kuala Terengganu, kami tinggal serumah. Selepas Subuh, Dr Hamzah keluarkan alat pengukur tahap gula dalam darah untuk cek kawan-kawan, maka seorang demi seorang menghulurkan jari masing-masing. Setelah disapu dengan tisu basah beralkohol, dicucuk dengan jarum halus untuk titiskan darah di strip khas lalu keluarlah bacaan kadar gula masing-masing. Kalau tak silap anjang, ada tambahan 2 orang pesakit dalam kem diabetes.

Pagi tadi, di KK ni anjang pula chek sebahagian kawan-kawan yang berkumpul di Homestay Ikhwan ni. Yang mula-mula, bacaannya 15. Biasa la, dia memang kencing manis. Anjang 8. Tiba giliran seorang, yang bukan pesakit kencing manis, bacaannya 9.9. Confirm ahli baru. Dia kata, dia baca 6.6. Ye la, baca terbalik. Nak sedapkan hati kut. Sedangkan dia dah masuk club. Tiba giliran seorang lagi, kita lihat sehat je. Tapi bila cek, sama je 9.9. Sah dah masuk kelab. Nak sedapkan hati, dia kata mesin rosak sebab dah cek ramai orang. Bukan senang nak terima kita sebenarnya sakit. Walaupun telah dibuktikan oleh alat moden.

Sebab apa susah menerimanya, sebab bila tahu kita berpenyakit, teringat nak kena berpantang dari berbagai-bagai keinginan dan selera kita. Kena disiplinkan diri dengan Senaman. Kena jadualkan kehidupan dengan masa makan ubat dsb, dalam ertikata yang lain, jadual harian kita agak berubah. Mengurangkan keselesaan. Itu kalau penyakit itu masih dalam kawalan. Kalau lah sakit lahir susah seseorang menerimanya, betapalah sakit roh. Ramai je antara kita yang tak setuju orang mengatakan dia sombong. Sedangkan dah ramai yang terasa hati dengannya, kerana keegoannya. Sedangkan Imam al Ghazali mengatakan penyakit sombong adalah penyakit hati yang paling akhir keluar dari diri manusia. Macam mana dia boleh tertipu begitu teruk sekali?

Dalam membantu kawan-kawan melihat tahap gula tadi, apa yang lebih memeranjatkan anjang ialah, bila cek seorang lagi, masyaAllah, bacaannya tersangat tinggi. Bahaya ni. 27.8. Dia juga pengidap baru diabetes. Mendahului nampaknya. Mendahului yang senior. Moga-moga kita semua makin takutkan Allah kerana berkuasanya Allah yang boleh menarik kesihatan kita bila-bila masa. Malah Tuhan boleh menarik nyawa kita bila-bila masa je.

Ya Allah! Selamatkan kami dunia akhirat. Sembuhkan kami dari penyakit roh dan fizikal.

Homestay Ikhwan KK
8.55pm, Dis 24, 2013

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s