PKPNM Tampil Jadi Pembela

Kota Kinabalu:

Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Nur Muhammad Sabah (PKPNM) akan membela nasib fakir miskin, muallaf, anak-anak yatim dan asnaf zakat di Sabah

Pertubuhan yang bernaung di bawah Yayasan Kebajikan dan Perkhidmatan Perubatan Malaysia (YKPPM) ini telah berdaftar pada awal Mac tahun ini dan berpegang kepada motto ‘Generasi Bertaqwa Penggerak Tamadun Ummah’.

Menurut Yang Dipertua YKPPM, Hatijah Aam, setakat ini PKPNM menaungi 3 pusat jagaan iaitu Rumah Anak Kesayangan Kota Kinabalu, Pusat Jagaan Cahaya Rindu Nur Muhammad Kota Belud dan Pusat Jagaan Cahaya Kasih Sayang Keningau.

“Pusat jagaan ini membela pihak yang memerlukan seperti anak-anak yatim, fakir miskin, remaja insaf dari peringkat tadika, rendah dan menengah seramai lebih kurang 120 orang”, katanya ketika berucap di majlis pelancaran PKPNM Sabah di Dewan Sa’adah Wisma Muis di sini, pada ahad.

Hatijah berkata di dalam sesebuah negara maju sekalipun pasti wujud pelbagai golongan masyarakat yang kaya dan miskin.

“Tuhan menetapkan adanya golongan susah dan miskin itu bukanlah satu penghinaan atau bebanan melainkan untuk menjalinkan kasih sayang dan hubungan harmoni sesama manusia.

“Dengan adanya golongan miskin membolehkan yang kaya mendapat pahala bahkan golongan kaya sangat memerlukan golongan miskin untuk memenuhi keperluan hidup mereka.Maka adanya golongan miskin dan kaya dalam sesebuah masyarakat adalah satu keindahan,” katanya.

Disamping itu, beliau turut menyeru anggota masyarakat untuk menjadi hamba Allah SWT yang suka melakukan kebajikan dan perkhidmatan.

“Mari bela agama Islam dan buktikan Islam itu indah dan menganjurkan kasih sayang.Gembirakanlah hamba Allah SWT, nescaya Allah SWT menggembirakan kita,”. katanya memetik motto YKPPM.

Hatijah berkata golongan miskin,anak-anak yatim dan warga kurang upaya di dalam masyarakat perlu mendapat pembelaan sewajarnya.Keperluan lahiriah dan rohaniah mereka menjadi tanggung jawab golongan berkemampuan.“Generasi muda adalah merupakan aset agama, bangsa dan negara serta perlu dididik dan dibantu,” katanya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s