***Ulangtahun ke 3 AnjangMuor Travelog***

Salam ceria.
Pejam celik, pejam celik dah 3 tahun umur blog ni. Asal tujuan anjang menulisnya adalah untuk menempatkan coretan perjalanan anjang yang mempunyai pelbagai peristiwa, ingin anjang kongsikan dengan kawan-kawan yang tidak berpeluang ‘travel’ seperti anjang. Moga-moga menjadi hiburan kepada mereka yang berpenat lelah, berjuang habis-habisan di posisi masing-masing seluruh zon GISB seantero dunia.

Kebetulan pula ketika itu anjang bertugas di Damsyiq, Syria yang hanya mempunyai 1 projek iaitu kafe yang kecil comel. Maka agak banyak masa yang terluang untuk membuat catatan harian. Samada di rumah penginapan atau dalam perjalanan ke mana-mana. Atau bila-bila masa saja kerana sejak 3 tahun sudah, anjang hanya menaip blog di BB saja. Kadang-kadang sangat anjang gunakan note book atau PC. Anjang lebih selesa mengetik key pad BB.

Mungkin disebabkan keadaan anjang yang sentiasa bergerak. Agak sukar nak duduk depan PC. Dari BlackBerry Torch, tukar ke Curve 4 dan sekarang selesa dengan Q10.

Dari kecik memang anjang suka membaca dan menulis. Diary selalunya penuh dengan catatan harian seorang budak kampung. Sekolah rendah, sekolah agama, mangkat susu getah, lastik burung, kutip kayu api, mandi sungai, tangkap ikan pelaga, memancing udang dan 1001 kisah budak kampung semua anjang tulis. Masa tu mana ada blog, tulis di diary je. Tak tau mana pegi diary-diary tu. Masa berlalu, zaman berubah… hari ni menaip di BlackBerry, esok lusa tak tau.

Harapan anjang agar semua pembaca mendapat faedah dari blog ini dan mendoakan anjang keselamatan dunia akhirat. Mana la tau, kut-kut ada di kalangan kita yang kabul doa, berkat doanya kita dapat rasa takut Tuhan dan rindu Nabi. Amin.

Ampun maaf.

Homestay Ikhwan KK
11pm, Dis 23, 2013

Advertisements

3 thoughts on “***Ulangtahun ke 3 AnjangMuor Travelog***

  1. Alhamdulillah, terima kasih Tuhan, atas kesudianMU mentakdirkan kekawan ini mengusahakan bersilaturrohim sesama kekawan dulu dan masakini dan akan datang…tnapa akhir masa.ampunilah dan rahmatilah kami sama, juga semua yang terkait dengannya. wassalam dan maaf zahir batin.jazak Allah, arigato=matur nuwon( bahasa jawa halus). sekian UFO

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s