***Jasa Tun Mahathir Membendung Penyebaran Syiah di Malaysia***

Salam ceria.
Ketika Tan Sri Lim Kok Wing ditanya wartawan apakah iktibar dari pemergian Mandela, beliau berkata:
Kita mesti mengambil pengajaran bahawa apabila seseorang tokoh yang sukar dicari ganti ini pergi, beliau akan pergi selama-lamanya. Berbalik kepada Dr. Mahathir, bagi saya, beliau ialah tokoh hebat peringkat global dan setaraf dengan Mandela. Ketika beliau masih lagi bersama kita, saya berharap semua orang mendengar nasihat dan menghargai beliau. Kabinet mestilah memberikan perhatian terhadap segala pandangan yang beliau luahkan kerana beliau bercakap daripada lubuk hatinya.
Apa yang saya kesalkan, terdapat orang kita sendiri yang mengkritik beliau secara terbuka. Kalau nak juga mengkritik lakukanlah secara tertutup dan jangan melakukannya di hadapan khalayak ramai. Sekiranya kita pergi ke Afrika, kita akan sedar bahawa Dr. Mahathir ialah seorang hero di sana. Semua orang mengenali dan menyayangi beliau. Begitu juga di negara Arab dan Asia Tengah, semua kenal beliau. Kalau kita pergi ke negara orang Buddha seperti Vietnam dan Myanmar, beliau juga dikenali sebagai seorang hero yang hebat. Malangnya di negara sendiri, orang tidak menghargai nasihat beliau.”

Begitulah pandangan beliau yang pernah melaksanakan arahan Tun untuk membantu Mandela memenangi pilihanraya pertama di Afrika Selatan yang membawa kepada kemenangan parti pimpinan Mandela, AFC. Ya, di sebalik kecaman musuh-musuh politiknya dan rakyat biasa yang jahil tentang jasanya, Tun tetap dikenang oleh mereka yang mengetahui siapa beliau. Banyak jasa Tun dalam membuat keputusan yang tepat sesuai dengan kepentingan negara sewaktu pemerintahannya.

Semasa berbual sambil minum petang di restoran mamak di Sembulan berdepan dengan Taman Sempelang petang tadi, Tn Azri menceritakan jasa Tun dalam menyekat penyebaran Syiah di Malaysia. Kisahnya berlaku dalam tahun 1998 ketika Malaysia baru cuba bangkit dari kejatuhan ekonomi yang teruk. Ditambah lagi dengan krisis politik di Malaysia bila Anwar Ibrahim mencetuskan penentangan terbuka terhadap Tun kerana memecatnya.

Ketika itu, menurut Tn Azri, banyak kaset-kaset ceramah yang membongkar kesalahan Tun kononnya. Salah satu dari kaset yang dia pernah beli ialah kaset rakaman meeting kabinet. Apa yang membuatkan dia terperanjat ialah, keputusan Tun Mahathir tidak menerima permohonan agar Syiah disebarkan di Malaysia. Sebenarnya dalam meeting itu Tun menceritakan peluang-peluang pelaburan yang kerajaan buka untuk semua negara demi merancakkan ekonomi negara yang baru merudum.

Antara delegasi yang datang ialah wakil kerajaan Iran yang berminat melabur di Malaysia. Tun menerima baik kedatangan mereka tetapi mereka meletakkan syarat untuk melabur di Malaysia dengan syarat kerajaan membenarkan aliran Syiah dibenarkan untuk disebarkan di seluruh Malaysia.

Di sinilah tampak jelas ketegasan Tun Mahathir dalam mempertahankan dasar negara, membuat keputusan yang tepat demi menyelamatkan aqidah umat Islam di Malaysia. Tun menolak permohonan wakil kerajaan Iran tersebut dengan menyatakan umat Islam di Malaysia adalah Ahli Sunnah Wal Jamaah bermazhab Syafie. Beliau tidak mahu dengan menularnya aliran Syiah nanti akan terjadi permusuhan dan pembunuhan antara Sunni dan pengikut Syiah seperti yang selalu berlaku di Pakistan dan sebahagian negara-negara Timur Tengah.

Ketika Malaysia baru merangkak bangun dari kemelesetan ekonomi, sangat memerlukan ‘investor’ dari luar sudah tentu tawaran berbentuk kewangan adalah jalan penyelesaian jangka pendek yang sangat diperlukan. Tetapi bila bantuan yang bakal diberi bersyarat dengan syarat yang akan menjerut ‘leher’, Tun sama sekali tak berkompromi. Walaupun ia datang dari badan kewangan dunia seperti IMF ataupun dari sebuah negara seperti Iran. Kalau Tun semata-mata orang politik, sudah tentu dia menerimanya. Peduli apa dengan nasib bangsa dan negara. Tetapi ternyata, beliau negarawan tulin dan pejuang bangsa sejati.

Satu input baru yang anjang dapat iaitu selain Almarhum Abuya yang lantang menentang Syiah dengan menulis buku ‘Bahaya Syiah’ sekitar tahun 1987 (kalau tak silap), mengadakan ‘road show’ ceramah penerangan tentang bahayanya aliran fahaman ini, khususnya Syiah Imamiah, Ja’fariah atau ithna ‘asy’irah yang berkuasa di Iran sekarang, melawat Iran atas jemputan ulama mereka tetapi balik Malaysia menjadi penentang keras mereka, menggunakan kitab-kitab mereka, rupanya ada seorang tokoh lagi yang ‘alert’ tentang bahaya Syiah, iaitu Tun.

Abuya mendahului rakyat Malaysia kira-kira 25 tahun dalam hal menentang Syiah kerana aqidah mereka yang sesat dan mengarut. Sebelum ia berakar umbi di tengah masyarakat dan menimbulkan keresahan dan kekacauan. Alhamdulillah, tindakan berani Abuya memberi kesan positif di tengah masyarakat walaupun ada pihak yang enggan mengiktirafnya dan Abuya telah pergi menemui tuhannya.

Berbalik kepada Tun Mahathir dan kenyataan Tan Sri Lim Kok Wing, dengarlah nasihat Tun Mahathir kerana dia bercakap dari lubuk hatinya, sementara dia masih bersama-sama kita, kerana tokoh-tokoh yang luar biasa ini bila pergi, ia pergi untuk selama-lamanya dan tiada pengganti sepertinya. Ertinya Tuhan boleh berbuat, Tan Sri yang bukan muslim tapi tahu nak menghargai orang seperti Tun yang sangat berjasa tetapi malangnya ramai orang Islam sendiri tak pandai berterima kasih dan menilai jasa orang padanya.

Moga ada tokoh yang mampu membenteras Syiah di Malaysia yang sudah merasa mereka kuat dan mampu berbuat apa sahaja di negara yang tercinta ini.

Homestay Ikhwan KK, Sembulan.
4.51am, Dis 23, 2013

Penularan Syiah lemahkan umat Islam – Dr. Mahathir

ALOR SETAR 22 Julai –

Pengembangan ajaran Syiah di negara ini akan memecahbelahkan lagi umat Islam yang pada ketika ini sudahpun lemah kerana perbezaan fahaman politik, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, ajaran berkenaan perlu disekat agar tidak menular dalam masyarakat Islam kerana amat berbahaya sehingga boleh mencetuskan permusuhan seperti mana berlaku di beberapa negara luar.

“Kita tidak menyoal agama mereka tetapi yang kita tahu apabila ada fahaman Sunni dan Syiah, maka selalu berlaku permusuhan sehingga berperang dan membunuh, ini boleh dilihat berlaku di beberapa buah negara seperti Pakistan serta Iran.

“Sebaliknya, di sini kita bernasib baik kerana kita Ahli Sunnah Wal Jamaah, orang Sunni dan pengikut Imam Shafie,” katanya kepada pemberita ketika membeli-belah di Pekan Rabu di sini hari ini.

Beliau mengulas langkah kerajaan Kedah yang akan mewartakan sekatan penyebaran Syiah dalam usaha membendung penularan ajarannya di negeri itu.

Menurut Dr. Mahathir, sepatutnya tidak ada perbezaan fahaman agama dalam kalangan umat Islam Malaysia yang berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Kata beliau, jika fahaman agama Islam yang berbeza tidak disekat daripada berkembang dalam negara ini, akan wujud pembahagian yang menyaksikan pengikut fahaman masing-masing berpecah.

“Kita tahu kalau berpecah, persaudaraan akan hancur dan tidak lagi hidup sebagai umat Islam, sedangkan orang Islam bersaudara,” katanya.

Beliau juga berharap negeri-negeri yang belum mewartakan sekatan penyebaran Syiah supaya mempertimbangkan untuk berbuat demikian bagi memastikan kesepaduan umat Islam.

“Jika orang Islam berpecah, mereka akan jadi lemah. Sekarang ini sudah lemah sebab perpecahan politik, datang satu lagi perpecahan maka bergaduhlah kita,” katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130723/dn_03/Penularan-Syiah-lemahkan-umat-Islam—Dr-Mahathir#ixzz2oEtAIisa © Utusan Melayu (M) Bhd

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s