***Mengidam Mac Air 11, 128GB***

Salam ceria.
Semasa menziarahi GISB Sabah bersama Tn Sumardi pertengahan bulan September yang lalu anjang berjumpa dengan kawan lama, En Yusuf Adnan. Dia pernah bekerja di Jabatan Kaji Cuaca. Orangnya ceria dan mempunyai banyak cerita menarik serta kisah lucu versi Sabah. Tapi yang anjang tertarik berjumpa dengannya ketika itu bukan kerana itu semua. Kerana dia dah mendahului anjang dalam menggunakan Mac Air 11. Tak aci Yusuf!

Kali ni, anjang sampai KK lagi, teringat kat Yusuf, automatic teringat kat Mac Air 11, yang belum anjang dapat lagi. Nak swap dengan Samsung Note 10.1 tak cukup RM lagi, sebab harganya dah jatuh. Nak ‘let go’ Playbook 32GB, lagi tak laku. Sapa je nak pakai PB, kecuali lepas 20 tahun, kut-kut jadi barang antik.

Sebab apa anjang minat kat Mac Air 11 ni?

i. Sebab Rendy yang kempen anjang suruh pakai Mac Air. Dia pakai apa? Anjang pun tak tau. Tapi bila anjang tengok Mac Air yang ada pada En Yusuf, rasa memang sesuai kerana dia kecik. Cuma 11.8 x 7.56 x 0.68 inci. Orang macam anjang tak sesuai pakai note book yang besar-besar macam Tn Jo. Nak usung merata.

ii. Mac Air ni ringan. Nama pun ‘Air’. Sekadar 1.079 kg. Tak sampai sekilo setengah pun. Senang le nak bawa travel mana-mana, sebab anjang selalu keluar. Nak bawak yang berat-berat ni… leceh la. Dah la ada BB. Charger. Power Bank. Minyak wangi. Berus dan ubat gigi. Pengetip kuku dan gunting misai. Alat pengukur tahap gula dalam darah, pil-pil untuk diabetes lagi. Eish, leceh la berat-berat.

iii. Bateri dia tahan lama. Kalau setakat guna 65% brightness di website biasa, dengan imej resolusi tinggi, boleh tahan lebih 10 jam guna Safari. Tapi kalau guna Chrome, boleh dekat 9 jam. Fuuh. Setakat keluar 1 hari, tak yah bawak charger. Sibuk nak cari soket. Berebut dengan orang lain nak cas hp. Eeish tak seronoknya.

iv. Cas bateri dia sekejap giler. Untuk bateri yang tahan berjam-jam tu, korang cuma perlu cas tak sampai 2 jam je. Cepat penuh. Bateri jenis build in ni dah le tahan lama, cas sekejap je. Tak le tertunggu-tunggu lama sangat bila sambung kat plug tu. Maklumlah kalau musafir ramai-ramai, pakat semua cari soket. Ada yang bawa extension sendiri sebab masing-masing ada 2, 3 gajet. Bukan nak bergaya, dah keperluan.

v. Trackpad dia lapang. Semua Mac punya macam tu. Sedap nak guna. Mudah letak tangan. Tak menganggu. Jenis multi trackpad. Senang giler nak scroll dan move sana sini.

vi. Tak panas. Boleh letak di meja atau atas pangku, ok je. Tak de panas-panas. Suam-suam je… hehe. Tak yah nak bilik-bilik Aircond. Ada aircond ok la, kalau tak de pun tak pe. Ok je.

vii. Nak bukak dan shutdown dalam 5 saat je. Cepat giler. Atau korang tutup je, tak yah switch off, tak makan bateri punya. Eh, tak tau nak cakap la. Memang best. Lagi la kalau tergesa-gesa nak cepat. Tak yah nak tunggu lama, katup je. Masuk terus masuk dalam beg. Tak le macam on dan off Q10 ni, macam nak berakar dibuatnya. Hehehe sori RIM.

viii. Dia punya keyboard jenis backlit. Iaitu latar belakangnya bercahaya. Senang le nak taip dalam gelap. Maklumlah blogger menaip tak tentu masa. Ikut dan. Jadi mudahlah nak menaip. Kita bukan wali Allah. Diceritakan, Imam Nawawi RA mempunyai karamah, ketika menulis kitab-kitab, di hujung jarinya bercahaya. Power tuu. Jangan tak percaya! Jadi dapat guna keybod yang backlit pun jadilah. Hehe.

ix. Prosessornya 1.3GHz dual-core Intel Core i5 dah cukup laju bagi anjang sebagai blogger. Anjang bukan nak edit dan render filem macam Shukri dan Faah di Irbid. Ada yang i7 tapi katanya cepat panas.

x. Sebab anjang dah guna Samsung netbook, notebook Compaq, Acer dan Samsung, sekarang nak beralih pada Apple pulak la.

Ringkasan specnya ada di bawah:

Brand Apple
Model Number MD711
Display size (inches) 11.6 inches
Maximum resolution 1366 x 768
Display type LED-backlit glossy widescreen
Processor (Model, Speed, Core(s), Cache) Intel Core i5 1.3GHz Dual-core (Turbo Boost up to 2.6GHz)

with 3MB shared L3 cache

On board Graphics (Chipset, Model Number) Intel HD Graphics 5000
RAM (Technology, Speed) 4GB of 1600MHz LPDDR3 onboard memory
Graphics Type N/A
Discreet Graphics (Chipset, Model Number, Size) No
Hard Drive (Type, Size, Speed) 128GB Flash Storage
Other Storage i.e Memory Stick, SD/MMC Card, SDHC Card, xD-Picture Card SDXC Card
Battery Life (hours) Up to 9 hours wireless web
Ethernet Type 10/100/1000 Mbps
Wifi Type 802.11ac, IEEE 802.11a/b/g/n compatible
Number of USB 3 Ports 2
Number of USB 2 Ports 0
Built-in Bluetooth Yes
Built-In Microphone Yes
Built-In Webcam Yes
Built-In Speakers Stereo
Operating system OS X Mountain Lion
Weight (min) 1.08 kg
Weight (with accessories) N/A
W x D x H (inches) 300 x 192 x 3-17 mm

Rasa memang confirm nak ‘tangkap’ Mac Air ni tapi bila? Tunggu, bila memang benar-benar perlu akan datang bantuan Allah. InsyaAllah ada rezki. Sekarang tengok En Yusuf, En Mylah, Umam pakai Mac Air. Anjang masih menaip di Q10. Cuma Mac Air ni tak ada DVD player, jadi tak dapat nak tengok video Jerash Production. Kena beli external punya. Duit lagi… haha. Duit bukan masalah.

Homestay Ikhwan KK.
7.22am, Dis 21, 2013

Advertisements

One thought on “***Mengidam Mac Air 11, 128GB***

  1. Ya Allah…dgn kekayaan dan kemurahanMu..berilah Mac Air 11 kpd owner blog ini sekiranya ada keperluan dan kebaikannya utk mendaulatkanMu dan agamaMu..
    Stkt ni mampu tolong yg ni je..hehe..owner buatlah fund..nnti insya Allah akn ada org2 yg digerakkan hati olh Allah utk isi fund tu..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s