***Kisah Kenalanku***

Salam ceria.
Semalam dapat mesej via whatsapp dari seorang kenalan, anjang tak jemu mendengar kisah hidupnya yang boleh dijadikan pendorong kepada semua orang dalam berhadapan ujian kehidupan. Anjang rasa ter’motivate’ mendengarkan kisahnya. Rasa malu dengan Allah kerana tak mampu lagi beristiqamah dalam membuat kebaikan. Belum serius beribadah dan membangunkan agamaNya. Sedangkan ada orang yang Tuhan beri rasa cinta pada seseorang yang lain, rasa bertanggung jawab dengan amanah dari Tuhan sanggup lakukan apa saja demi cinta dan memegang amanah.

Anjang hamba, anjang patut beribadah. Memuja memuji Tuhan. Merintih padanya setiap masa. Malu dan takut setakut-takutnya padanya. Bimbang, apakah amalan diterima. Risau apakah cinta berbalas. Takut tak beradab denganNya. Duduk di bumiNya, menghirup udaraNya tetapi hati terputus dari mengingatiNya.

Anjang dan para pembaca adalah juga khalifah Allah. Bertanggung jawab membangunkan agama Allah. Di semua sudut kehidupan. Pendidikan, ekonomi, pentadbiran, makan minum, kekeluargaan, hiburan, perhubungan, pertanian, ternakan, sains dan teknologi dll. Sepatutnya memastikan seluruh sistem berjalan mengikut hukum Allah yang lima. Wajib, Haram, Sunat, Makruh dan Harus. Adakah semuanya dapat dilaksanakan? Oh, itulah tanggung jawab. Itulah responsibility atau مسؤلية. Yang akan ditanya, yang akan disoal siasat satu persatu di akhirat. Ketika itu, bukan mulut yang banyak berbohong akan bercakap. Tetapi tangan dan kaki serta seluruh anggota lain. Aduh, selamatkah kita semua…

Marilah baca kisah kenalan anjang yang mempunyai isteri yang mengidap barah payu dara.

It’s all about responsibility as a human being, as Allah’s slave. Saya masih ingat pada tahun lepas di HUSM, tekanan darah saya meningkat sampai 200/110 dan nurse di Ward itu pun risau tengok saya, dia kata saya boleh masuk ICU kalau terus meningkat. Tapi saya tanya dia, adik tengok keadaan saya macam mana? Dia kata nampak steady saja, jadi saya kata, tak ada masalah lah. Sebenarnya Allah yang memberikan saya tenaga luar biasa ini.

Pada tahun 2005, saya pernah alami keadaan yang lebih dahsyat. Saya tak cukup tidur selama hampir 3 minggu. 3 hari & 3 malam jaga arwah bapa yang sakit jantung di IJN, lepas tu pergi ke KLIA, park kereta, terbang ke HUSM Kubang Kerian dan jaga isteri saya yang baru lepas menjalani pembedahan kanser payudara tahap 2B. Lepas 3 hari 3 malam, terbang semula ke KL dan jaga bapa saya di IJN. Begitulah keadaannya saya menjaga 2 orang (arwah bapa di IJN & isteri di HUSM).. sehinggalah bapa saya meninggal dunia.

Selepas pengkebumian, saya terus terbang ke HUSM dan jaga isteri saya.. pada tahun 2005, umur saya 45, sekarang umur saya dah 53. Isteri saya mula kena kanser masa umur saya 36 tahun.. begitu cepat masa berlalu…
Memang kerja gila, tapi tetap akan saya lakukan….. kerana Allah amanahkan saya untuk menjaga mereka..

Ya Allah, hadiahkanlah hati yang sentiasa mengingatiMu pada kenalanku dan isterinya. Moga mereka selamat dunia akhirat.

Ikhwan Homestay KK
4.48am, Dis 22, 2013

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s