***Makan Sepuas Hati***

Salam ceria.
Korang dah pernah singgah makan di ASH? Dah rasa kelazatan sataynya? Dah nikmati mi kari kuah ketam yang sedap? Dah makan Nasi ayam Hainan kukus, baik untuk kesihatan.Dah cuba laksa utara dan mi hoon sup ASH?

Bukan itu sahaja, korang boleh nikmati Nasi Briyani Arab, Mi Goreng Nur Muhammad, Kue Teow Kerang, Cucur Udang, Murtabak, Roti Canai, Karipap NM, Cendol, Bubur Kacang, teh tarik dan minuman lain.

Makanlah selagi hidangan ada di meja sambil menonton show dari anak-anak Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Baitul Mahabbah. Ajaklah ibu ayah, adik-beradik, sanak saudara, kawan-kawan…Akhir bulan, belanja la mereka makan. Kalau tak nak belanja mereka, korang minta depa belanja korang. Sekali sekala, apa salahnya. Bukan mahal pun, dapatkan kupon dari kawan-kawan di Tg Malim, bawa kupon ke ASH pada tarikh dan masa yang tertera di kupon.

Lagipun awal tahun menunggu hari sahaja, apa salahnya kita makan minum dan berhibur sambil beramal kerana sebahagian dana dari jualan kupon ini akan digunakan untuk membeli keperluan persekolahan anak-anak Baitul Mahabbah. Haaa… makan dapat, banyak pilihan pulak tu, minum dapat, nasyid dan hiburan dapat…, pahala pun insyaAllah dapat.

Nak beli kupon sahaja tapi tak sempat datang pun tak pe. Kami akan jemput jiran-jiran menikmati hidangan kami. Moga-moga segala hajat mereka yang beramal dikabulkan oleh Allah Taala kerana menjamu orang makan. Bukankah sedekah lebih tajam dari doa. Orang-orang dulu, sebelum buat kerja-kerja besar seperti nak tunaikan haji, pasti buat kenduri dulu. Tumbang lembu seekor. Mereka sangat faham, sedekah lebih tajam dari doa.

Jom! Dapatkan kupon segera, tinggal seminggu je lagi. Kalau tak dapat beli banyak kupon, tak kan satu pun tak boleh beli beli kuuutt?! Hehehe

Ok, jumpa anjang di ASH 28hb ni.

Dalam Malindo Air OD 7320 ke KK.
5.05pm, Dis 20, 2013

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s