***Memancing Amal***

Salam ceria. Perkataan amal itu asalnya bahasa Arab ertinya pekerjaan. Tetapi telah difahami secara umum sebagai amal ibadah. Ibadah itu luas. Ibadah khusus itu seluruh pengabdian kita pada Allah berbentuk habulumminallah yang zahir seperti sembahyang, puasa dll atau yang batin seperti syukur, sabar dan redha. Ibadah umum pula semua perkara yang harus, jika menempuh syarat-syarat tertentu akan dikira sebagai ibadah.

Memancing tu tak kan korang tak tau? Menangkap ikan dengan menggunakan joran dengan tali tangsi yang di hujungnya ada mata kail beserta batu ladung. Letakkan umpan di matakail samada cacing, udang, ikan, adunan palet dengan sedikit air ataupun cicak atau katak, bergantung ikan apa yang korang nak pancing. Setelah itu lemparkan mata kail bersama umpan ke habitat ikan samada kolam, lombong, sungai atau laut. Ikan menyangka itulah rezki dia, rupa-rupanya ia adalah umpan untuk dijadikan rezeki manusia.

Aktiviti memancing ni didorong oleh sebab yang berbeza-beza. Ada orang memancing kerana itulah sumber rezekinya. Dia tiada usaha lain, melainkan memancing. Samada untuk makanannya sekeluarga ataupun dijual hasilnya untuk keperluan keluarga. Ada yang memancing sebagai hobi, masa lapang digunakan untuk melatih sabar, menanti umpan disambar. Kalau dapat alhamdulillah. Tak dapat pun tak kisah. Kadang-kadang dapat, dia tak makan. Jual pun tak. Diberi pada jiran. Ada golongan pula, memancing adalah satu keseronokan dan kepuasan khususnya ketika bertarung dengan ikan besar yang berhempas pulas nak melepaskan diri dari mata kail. Selepas dapat menaikkan ikan, dilepaskan semula, kerana tujuannya hanyalah untuk menguji ‘skil’ memancing yang dia ada dan mendapat keseronokan menaikkan ikan. Ada yang memancing untuk mendapatkan hadiah dalam peraduan-peraduan memancing. Kadang-kadang wang tunai atau kereta dan alat elektronik. Tapi apa itu memancing amal?

Ini kena tanya abg Rizal@ Abu Mubarak. Dia yang cadangkan. Idea dia. Iaitu aktiviti memancing di kolam ikan Pusat Jagaan Insan Bistari, Sg Serai, Kuang. Di sini terdapat ikan talapia merah, kap rumput, rohu, lampam jawa, pacu, baung dan haruan. Kalau berjaya menaikkan ikan, ikan itu akan ditimbang dan dijual berdasarkan timbangan. Harganya di’up’kan sedikit dari harga pasaran kerana ‘Jualan Amal’. Itulah ‘Memancing Amal’, memancing sambil beramal. Wang kutipan dari jualan ikan ini akan digunakan untuk menampung perbelanjaan makan minum dan lain-lain keperluan penghuni PJIB. Haah, macam mana? Ok tak idea ni?

Jadi sesiapa yang minat memancing dan ingin beramal, bersiap-siaplah untuk datang ke kolam ikan PJIB dalam masa terdekat. Hubungilah Abg Rizal untuk mendapatkan tarikh sebenar bila kolam ini dibuka kepada umum. Bersiap-siaplah dengan peralatan memancing dan semestinya wang untuk saham akhirat.

Jom memancing sambil beramal!

PJIB, Kuang.

5.34pm, Dis 17, 2013

Whatsapp Abg Rizal: 0106273356

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s