***Salji, Banjir & Mat’am Nur Muhammad, Irbid.***

Salam ceria.
Musim sejuk datang lagi. Nampaknya musim sejuk tahun ni salji turun di Irbid. Walaupun tak banyak dan cepat cair tetapi merasa jugalah suasana salji. Irbid jarang mendapat salji. Tidak seperti Amman yang berbukit-bukit. Saljinya tebal. Lebih-lebih lagi Ajlun. Khabarnya, tebalnya mencapai 1 meter.

Tahun ni anjang tiada di Irbid musim sejuk begini. Tahun lepas, salji nipis turun juga di Irbid. Masa tu anjang dah di Mekah. Jadi mutowwif. Masa tu, En Megat ada di Irbid. Merasa dia musim syita’ bersalji. Tahun ni Irbid didatangi orang baru. Orang lama dalam jemaah, tapi baru bertugas di Jordan. Sangat-sangat ditunggu kedatangannya di Irbid memandangkan kepakarannya dalam bidang masak memasak dan lebih penting sentuhan kasih sayangnya terhadap anak buah. Puan Yati Sabikin. Bersama dengannya Aishah.

Berkat kedatangan mereka, MNM nak dibuka semula. Anjang lihat syabab sangat bersungguh-sungguh bertugas membersihkan premis baru MNM di Nadi Arabi berdekatan dengan Duwwar Jamiah dan Masjid Syh Noh Al Qudho. Yang terharunya, ketika salji turun lebat itulah mereka sedang memunggah barang-barang ke dalam ‘pick up’ untuk di bawa dari wisma GISB, Duwwar Qubbah ke Nadi Arabi. Fuuh, dah dekat ciri-ciri merangkak atas salji tu. Hehehe. Belum lagi, masih sewa lori.

Apapun terima kasih pada En Lan dan team, bertungkus lumus menghadapi karenah bangsa timur tengah untuk menyiapkan premis baru. Lambat kita niaga, lambat kita memberi perkhidmatan kepada para pelajar yang masih inginkan khidmat restoran GISB. Cepat kita siapkan, cepat pulalah kita menabur jasa.

Tahun ini nampaknya banyak peristiwa besar berlaku. Dalam ujian ada nikmat. Berbual dengan En Wahab dan Rizal di kolam ni, mereka cerita sewaktu banjir di Kuantan, restoran kita buka seperti biasa. Malah luar biasa sebab dalam berjalan meraduk air banjir, orang masih order makan. “Ustaz masak apa saja la, kami beli. Kami dah lapar ni!!.” Begitulah keadaannya, samada petugas sukarelawan atau mangsa banjir, mereka yang mendesak supaya tetap teruskan bisnes sebab mereka nak makan, nak minum. Habis bahan-bahan makanan di bakeri dan kafe terjual. Jualan meningkat luar biasa.

Macam Zul Kamal yang terperangkap tak boleh balik KL bila sampai kampung di Pahang kerana jalanraya terputus. Dalam ujian ada nikmat, nampaknya dapat ikan yang banyak di musim banjir. Maha Adil Tuhan atas segala tindakanNya yang penuh hikmah. Dalam marahNya, ada rahmat dan kasih sayang.

Bila tengok gambar bandar kuantan ditenggelami air, terasa gerun dengan ujian Allah. Luar biasa fenomena tahun ini. Di Kaherah pun turun salji. Pelik. Jarang berlaku. Moga semua kita diberi faham oleh Allah apakah maksudNya di sebalik semua peristiwa besar yang berlaku samada bencana alam atau krisis sesama manusia.

Tuhan boleh jadikan Singapura yang nampak aman tiba-tiba berlaku rusuhan tanpa dijangka. Maha Besarnya Tuhan, wajarlah kita takut setakut-takutnya pada Allah, rindu pula serindu-rindunya kepada Nabi Muhammad SAW agar selamat dari kemurkaanNya.

Pejabat PJIB, Kolam Kuang.
11.43am, Dis 16, 2013

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s