By Road To Malaysia

Salam ceria,menarik kisah travel keluarga ni. Kalau anjang, mesti menulis sepanjang jalan. Kalau mereka catat segala peristiwa sepanjang jalan, bukukan, tentu ramai yang nak beli.

Yang paling anjang tertarik ialah sikap masyarakat dunia, bila disebut kita berasal dari Malaysia. Secara automatik kita akan dihormati. Ini bukan pengalaman seorang dua. Ini dah jadi pengalaman ramai orang.
ini menunjukkan Malaysia mendapat tempat yang istimewa di hati ramai penduduk dunia. Mengapa terjadi begitu? Bermacam-macam pendapat akan diberikan mengikut latarbelakang dan kajian serta penelitian orang yang menjawab.
Untuk memudahkan kefahaman dan menyatukan semua jawapan, kita katakan begini: Maha Besarnya Tuhan yang menghimpunkan berbagai-bagai sebab musabab yang menjadikan Malaysia sangat dihormati. Sudah tentu ada sesuatu perkara besar akan terjadi pada Malaysia di masa akan datang.wallahu a’lam.
Setelah mengharungi perjalanan sejauh 25,500 kilometer dari United Kingdom dalam tempoh 155 hari, satu keluarga rakyat Malaysia seramai enam orang hari ini tiba di tanah air
.

Jamalullail Ismail, 44, dan isterinya Sofinee Harun, 38, serta empat anak mereka, Puteri Sabeera, 17, Muhammad Syameem, 16, Sumrah, 13, dan Ahmad Seif, 10, tiba di sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam kira-kira 12.30 tengah hari tadi setelah mengharungi perjalanan di 26 negara.

Jamalullail, seorang jurutera yang telah menetap di United Kingdom sejak 15 tahun lepas, berkata pengembaraan “By Road to Malaysia” itu menggunakan kenderaan karavan Mercedes Sprinter 1998 memberikan mereka pengalaman berharga.

Keluarga itu yang menetap di Seaham, Sunderland terpaksa melalui pelbagai kepayahan terutama masalah birokrasi dan perubahan cuaca di banyak negara sejak memulakan perjalanan pada 13 Julai lalu iaitu 4 Ramadan di United Kingdom.

“Suhu di Itali musim panas sampai 50 darjah Celcius, dahlah masa tu bulan puasa. Setiap negara ada cabarannya… macam di Iran kena rompak dua kali, dan hampir diculik.

“Banyak cabaran diplomatik… syukur Kedutaan Malaysia di negara-negara itu banyak menolong.

“Ada juga negara yang sepatutnya tak boleh masuk, tetapi duta di sana menggunakan kuasa diplomatik untuk membolehkan kami melalui negara tersebut.

“Ada masalah diplomatik, ada negara tak ‘friendly’,” katanya kepada pemberita ketika
ditemui di Taman Tema Darul Aman di Jitra hari ini.

Bagaimanapun, ada juga layanan yang baik daripada rakyat negara-negara yang dikunjungi seperti dibenarkan meletakkan kenderaan untuk tidur di stesen minyak, malah mereka disediakan makanan.

“Pengalaman saya, kita orang Malaysia ni dapat layanan istimewa. Ada sesetengah tempat orang luar susah nak masuk tetapi bila saya cakap orang Malaysia, mereka benarkan masuk,” katanya.

Katanya mereka sekeluarga membelanjakan sekitar GBP60,000 (RM315,857) untuk perjalanan itu termasuk kenderaan.

Jamalullail, yang berasal dari Teluk Intan, Perak, berkata beliau cukup gembira dengan sokongan yang diberikan oleh rakyat Malaysia terhadap usaha beliau menerusi Facebook.

“Dalam Facebook ‘By Road to Malaysia’ ada 21,000 followers. Takde satu pun komen negatif, semuanya positif. Ini yang menguatkan semangat kami untuk menyempurnakan usaha ini,” katanya.

Selain itu, Jamalullail juga sanggup berhenti kerja sebagai jurutera mekanikal di Seaham bagi merealisasikan hasratnya itu walaupun beliau boleh memohon cuti sabatikal sepanjang tempoh tersebut dan menerima bayaran gaji sebanyak 70%.

Sementara itu, Sofinee, yang berasal dari Perlis, berkata antara cabaran sukar dialami sepanjang perjalanan itu adalah kerana hampir semua negara, stereng kenderaan adalah di sebelah kiri.

“Semua negara, stereng kenderaan sebelah kiri kecuali United Kingdom dan Thailand (serta Malaysia). Untuk itu, sebelum memotong saya yang duduk sebelah pemandu kena tengok keadaan jalan dulu,” katanya.

Terdahulu, ketibaan mereka di sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam disambut oleh kaum keluarga mereka yang telah menunggu sejak pukul

Advertisements

2 thoughts on “By Road To Malaysia

  1. pabila berjalan cari tuhan kenalah kenali dulu tuhan
    sudah kenal….awal 2 agama adalah kenal tuhan, bukan tahu tuhan, sekadar tau tak jadi apa2, kalau kenal tuhan sungguh bahagia lebih2 lagi bila dah dapat tuhan setelah jalan2 cari tuhan…..maaf bukan nak bersyarah..( dah pencen jadi tukang syarah pun).sekadar teringat kata-kata almarhom ayahanda mursyid yg tak jemu ingatkan anak-anaknya akan pentingnya usaha dapatkan tuhan itu.TRAVELING TO WITNESS THE MAGNIFICENT OF GOD ini rasanya adalah maksud ayah Quran yang mana ye lupa saya surah mana dan ayah berapa….yg ingat hanya SIRU FIL AR……maaf zahir batin….tergugah tidornya minda saya. Jazak Allah= arigato=TQ=Matur nuwon

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s