***الاستقامة خير من ألف كرامة***

Salam ceria,
Lama tak up date blog. Kebetulan sibuk, lagipun kisah-kisah di blog Mylah pun boleh jadi bacaan para pembaca yang suka tulisan yang ringan tetapi berinfo, ada panduan beserta kisah benar. Kata orang, kita berada di dalam masyarakat mi segera, tak ramai yang minat membaca isu yang berat-berat. Hatta walau berat macam mana sekalipun sesuatu isu yang nak diketengahkan, kena disajikan dengan seringan mungkin seperti dipersembahkan via teater muzikal, show, permainan berminda, kuiz, teka silang kata dll.

Cuma yang susahnya dalam dunia penulisan blog ni ialah nak istiqamah. Kekal meng up date blog walau sesibuk mana pun. Walau dengan entri yang ringkas sekalipun, kerana apabila seseorang telah mula mengikuti penulisan kita, dia akan sentiasa ingin membacanya. Macam ada kekurangan jika satu hari dia tak dapat mengikutinya. Maka akan selalu datang mesej, “Dah lama tak menulis?”, yang nakal akan berkata, “Ingat akan keluar post, ‘Anjangmuor dalam kenangan.’…Jangan le macam tu.

Bercakap tentang istiqamah, sebenarnya apa-apa pekerjaan pun, yang susahnya nak istiqamah. Sebab itu kita dengar riwayat, tak pasti hadis atau kata-kata para Rijal: “Satu pekerjaan yang istiqamah, lebih baik dari seribu karamah wali-wali Allah.”, Ada riwayat lain mengatakan, “Jangan rebutkan taraf kewalian tetapi rebutlah istiqamah.”

Sabda Nabi SAW bermaksud, “Amalan yang disukai Allah ialah yang berterusan walaupun sedikit.” Ya, amalan yang sedikit tetapi berterusan akan memberi kesan pada hati. Memberi kesan dalam membina sikap dan tabiat. Akan merubah diri seseorang menjadi berakhlak. Ia dikira amalan yang berbuah. ‘Buah ilmu adalah amalan, buah amalan akhlak yang mulia. Umpama titisan air yang sedikit tetapi berterusan lama, akan memberi kesan lekukan pada batu yang keras.

Sebab itu kita semua terharu bila melihat foto Tuan Pak Cik Tajul yang sedang mengerjakan solat malam di atas katil hospital. Dengan pakaian khas untuk pesakit. Tangan yang masih ada kabel sambungan kepada tiub untuk bantuan darah dan cecair rawatan. Ya, dalam keadaan serba kekurangan, ditambah lagi keadaan beliau yang menanggung kesakitan dan usia melebihi 70 tahun, beliau tetap istiqamah bangun malam. Kuat azam dan semangatnya dalam ibadah dan hubungan dengan Tuhan.

Malu kita sebagai orang yang masih muda, sehat tetapi gagal menghidupkan malam dengan ibadah kepada Allah. Allah yang patut ditakuti. Tuhan yang sangat mampu menarik kesihatan kita, bila-bila masa. Mampu menukar tidur kita yang selesa dengan macam-macam bencana. Malunya dengan diri sendiri yang tak mampu berindu-rindu dengan Rasulullah SAW, sedangkan baginda sangat merindui kita semua. Sedangkan semua kejayaan adalah berkat dan rahmat dari baginda SAW.

Moga Allah beri kita semua kekuatan jiwa dan perasaan serta fizikal untuk beristiqamah dalam semua urusan kebaikan. Dalam ibadah, perjuangan dan pengorbanan. Amin, ya Allah.

Ya Allah, sembuhkan Tuan Pak Cik Tajul Ariffin. Panjangkan usianya dalam kebaikan dan kataatan.
Amin, ya Robbal ‘alamin

RTS, Tg Malim
7.36am, Dis 11, 2013

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s