***Judi Itu HARAM***

Salam ceria.
Selepas solat jenazah, biasanya Imam akan berkata,
“Apakah yang tuan-tuan saksikan terhadap si mati ini?”
Jemaah akan menjawab,
“Baik!”

Begitulah diulang sebanyak 3 kali, moga-moga pensaksian jemaah terhadap si mati juga menjadi sebab Allah menerimanya sebagai seorang yang baik. Maka diringankan segala urusan perjalanannya ke alam baqa’.

Sesungguhnya perjalanannya baru saja bermula sebaik rohnya keluar dari jasad. Masih terlalu panjang. Masih terlalu jauh. Ada soalan Munkar Nakir, ada azab dan nikmat kubur. Taman dari taman-taman syurga atau jurang dari jurang-jurang api neraka. Ada tiupan sekengkala pertama. Tiupan kedua. Roh dikembalikan. Ada kebangkitan. Mahsyar. Hisab. Syafaat. Sirath. Syurga. Neraka. Ya…perjalanan yang terlalu jauhhh. Apakah kita selamat?

Tapi bila ada seorang bekas menteri berkata “Tanggung jawab kerajaan bukan menjadikan orang Melayu lebih alim atau lebih beragama”, apabila seorang pengamal undang-undang berkata, “Langkah menghalang umat Islam daripada berjudi bertentangan dengan perlembagaan negara ini,”, apabila seorang yang namanya cantik, nama satu-satunya sahabat Nabi yang disebut dalam Al Quran secara jelas berpendapat, mencegah khalwat atau pembelian (nombor ekor) 4 digit sebagai hipokrit dan membeli Sports Toto yang hasilnya digunakan membantu sukan dan kebajikan adalah amalan mulia, anjang nak tanya pada korang semua, macam Pak Imam tu tanya pada jemaahnya,

“Apa yang korang saksikan terhadap orang ini?”, jawablah dalam komen… anjang nak baca sangat komentar korang.

Patutlah Dr Azman marah sangat dengan orang Melayu. Malu dia mengaku Melayu. Anjang tak tau bekas menteri ni bangsa apa? Anjang campuran Jawa, Bugis dan Melayu.

Sebenarnya Melayu tu race, bangsa, keturunan. Islam atau tak tu agama. Sebab itu tak sesuai marah-marah yahudi-yahudi. Yahudi itu agama. Bangsanya Bani Israel. Agamanya, asalnya betul tapi mereka rosakkan. Islam sendiri agama yang benar tetapi penganutnya yang merosakkan pengamalan Islam.

Apa tak rosaknya bila berjudi dianggap mulia. Soal tepat atau tidak tindakan kerajaan Melaka menangani isu judi, itu satu persoalan lain. Tapi bila perkara yang jelas haram, dikata halal, mulia… korang nak kata apa?

Imarah Travel, BCH.
2.26pm, Nov 29, 2013

Zaid: Pemimpin hipokrit halang Muslim berjudi
12:31PM Nov 29 2013
Langkah menghalang umat Islam daripada berjudi bertentangan dengan perlembagaan negara ini, kata bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim.

“Melarang orang Islam daripada berjudi bertentangan dengan perlembagaan. Tanggungjawab kerajaan bukan menjadikan orang Melayu lebih alim atau lebih beragama,” katanya

Menulis di Twitter semalam, Zaid (kiri) juga berkata, larangan itu, sekali gus menunjukkan sikap pemimpin Islam yang hipokrit.

“Mereka berpura-pura alim dengan mencegah khalwat atau pembelian (nombor ekor) 4 digit. Saya suka membeli Sports Toto apabila hasilnya digunakan membantu sukan dan kebajikan.

“Kemudian pemimpin-pemimpin Islam memutuskan bermurah hati kepada Vincent,” sindirnya.

Beliau dipercayai merujuk kepada Vincent Tan, ketua eksekutif Berjaya Corporation Berhad, yang antaranya terkenal dengan perniagaan perjudian.

Kerajaan Melaka semalam dilaporkan bercadang mewujudkan pos kawalan dan menempatkan seorang pegawai agama 24 jam di premis perjudian di negeri itu sebagai usaha mengelak umat Islam terlibat dalam kegiatan perjudian.

Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron (kanan) berkata pegawai agama bertaraf pegawai syarak itu akan mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan kesalahan, lapor Bernama.

Kerajaan Melaka juga dilaporkan tidak menolak kemungkinan memberikan kuasa lebih besar kepada pihak berkuasa tempatan bagi membanteras kegiatan perjudian.

Ekoran itu, Zaid menyindir, sekiranya Melaka serius ingin memeriksa orang Islam yang berjudi, mereka harus pergi ke kasino-kasino terkenal seperti di Melbourne, Vegas atau London.

“Jangan hukum pembeli 4 digit seperti saya,” katanya lagi.

Advertisements

3 thoughts on “***Judi Itu HARAM***

  1. Mintak jakim dapat bertindak terhadap zaid, kerana keislamannya di raguei @ sesat serta menyesatkan org lain.. diatas kenyataan zaid itu mempersendakan hukum syariat Islam yang jelas & nyata.
    Diharap jakim dapat memain peranan ug sepatutnya…

  2. Gagalnya ilmu perUndangan yg dipelajari hingga mendapat IZAJAH mendidik DZI agar mentaati perintah Allah serta mentaati laranganNya. Ya Allah, kalau pun laknatMu ke atas pemimpin di atas, aku tidak layak mengatakan demikian, kerana aku sendiri belum tentu selamat dari hukumanMu, aku sendiri belum tentu selamat dari api neraka. Ampunkan dosaku, guru2 agamaku, ibubapaku dan seluruh muslimin serta muslimat yg masih hidup mahupun sudah meninggal dunia.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s