***Cikgu Ayu Dalam Kenangan***

Salam ceria,
Mungkin entri ini terlalu lambat dipos memandangkan dah lebih seminggu Cikgu Ayu pergi meninggalkan kita semua. Tetapi ia tidak dikira lambat jika catatan ini menambah suburkan ingatan kita kepada kematian. Kematian yang kita diminta sentiasa mengingatinya sedangkan hingga ke saat ini kita kerap melupakannya. Kita diminta membisikkan pada Tuhan, “Kalau aku dipanggil sekarang, aku redha wahai Tuhan!”

Malam hari pemergian Cikgu Ayu, anjang dapat bbm dari suaminya, En Dzul Komposer:
“Maaf tuan, jika tidak menganggu. Sudilah mmbuat sedikit pengumuman, bahawa cgu ayu telah dijemput menemui Tuhannya pd jam 9.20pm”
Jejari anjang menaip, “Ampunkan ana tuhan… takziah pd En Zul.” sedangkan fikiran dan perasan anjang dibawa mengingati mati yang entah bila akan menemui kita pula. Teringat pernah chatting dengan Cikgu Ayu ketika beliau sedang menanggung sakit kanser yang dideritainya. Beliau ceritakan pengalaman kerohanian beliau ketika sedang menderita sakit fizikal. Rasa ralat kerana tidak ‘save’ kisah dari tulisan beliau sendiri.

Ya, Cikgu Ayu atau Rahayu Abd Manan telah pergi mengadap Allah. Moga dosa-dosanya diampun Tuhan berkat setianya beliau dalam perjuangan hingga ke akhir hayat. Cikgu Ayu yang biasa kita lihat menjadi pengacara di majlis-majlis rasmi diuji Allah dengan penyakit kanser/barah.

Mula-mula kanser kukit di tapak kaki. Setelah menjalani operation, kelihatannya semakin pulih. Tetapi rupa-rupanya virus kanser itu masih ada dan dikesan telah merebak di paru-paru. Tidak terhenti di situ, virus kanser itu terus bergerak cepat naik ke kepala. Sejak itu kesihatan Cikgu Ayu sangat terjejas. Beliau menderita sakit. Saraf-sarafnya rosak dan dalam tempoh dua bulan berlaku perubahan drastik dari segar ke lemah, lemah dan terlalu lemah.

Menurut En Dzul, dua hari sebelum pemergiannya, keadaannya sangat lemah dan akhirnya. Ingatkan dia menangis panjang…rupanya itulah nafas-nafas terakhir….sbb sblm tu bila pnjg nafas dia akan berdoa dengan bertawassul….tapi tadi dia terus pergi.

Moga Cikgu Ayu selamat di sana. Bersama kekasih-kekasih Allah. Bergembira dengan nikmat yang jauh lebih hebat dari dunia yang hina ini. Doakanlah kami yang juga sedang dalam perjalanan ke sana. Tak tau bila akan dijemput menghadapNya. Ya Allah, ampunkan kami semua juga Cikgu Ayu. Al fatihah.

Bota Kanan, Perak.
7.26am, Nov 17, 2013

Advertisements

2 thoughts on “***Cikgu Ayu Dalam Kenangan***

  1. Semoga segala peristiwa kematian kawan2 seperjuangan akan menambah cinta serta takut kita. Cinta utk bertemu kekasih, takut sebab bekalan sangat sedikit utk menghadapi hari yang amat tersangat panjang…

  2. Baru sekejap rasanya mengenal Ibu Ayu. Orangnya “Ayu” (Cantik) Smoga hatinya juga Ayu. Hebatnya didikan Mursyid. Tak nampak kesedihan dan keluh kesah di wajahnya.

    Terkejut ketika mendengar berita kepulangannya ke pangkuan Allah. Karena tak tahu pun beliau mengidap panyakit apa-apa sebelum ini.

    Apapun salam rindu dan maaf buat En Zul semoga beliau tabah menghadapi ujian ini, smoga arwah mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s