Balu Pengasas Al-Arqam Sudah Bertaubat

Berita Harian Spura. Sabtu 10 Nov 2013
Balu pengasas Al-Arqam sudah bertaubat
Bersama 17 pengikut diarah berkelakuan baik dan ikuti kursus pemulihan akidah

KUALA LUMPUR: Balu pengasas Al-Arqam, Hatijah Aam dan 17 pengikutnya kelmarin diperintah berkelakuan baik selama setahun dan mengikuti kursus pemulihan akidah selama 500 jam selepas mengaku salah melanggar arahan Mufti yang mengharamkan ajaran pertubuhan itu.

Hukuman itu dijatuhkan oleh Hakim Syarie, Kamarulzaman Ali, yang turut mengenakan syarat tambahan, kesemua mereka tidak boleh terlibat dengan aktiviti dan ajaran Al-Arqam atau mana-mana ajaran sesat lain.

Kursus pemulihan akidah itu akan dikendalikan oleh Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).

Mahkamah juga mengenakan hukuman denda RM1,000 ($390) atau penjara 14 hari terhadap Hatijah yang lebih dikenali sebagai Ummu Jah, 59 tahun, bagi kesalahan menerbitkan buku bertentangan hukum syarak.

Ummu Jah, yang merupakan Pengarah syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB) membayar denda tersebut.

Para pengikut Ummu Jah, yang terdiri daripada tujuh lelaki dan 10 perempuan dalam lingkungan umur 18 hingga 58 tahun, yang merupakan golongan profesional dan ahli perniagaan mengaku salah terhadap pertuduhan melanggar arahan Mufti.

Ummu Jah didakwa menggunakan kedudukannya untuk menghidupkan kembali ajaran dan fahaman kumpulan Al-Arqam melalui syarikat GISB pada 1 Januari 2008.

Dia dan pengikutnya telah ditahan oleh Jais di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) setibanya dari Jeddah pada 13 Mei lalu.

Ummu Jah, yang tidak diwakili peguam ketika merayu hukumannya dikurangkan, berkata dia bersetuju dengan apa yang diperkatakan pendakwa syarie mengenai pertuduhan tersebut.

“Proses untuk memahamkan saya (mengenai kesalahan) hanya berlaku setelah saya ditahan Jais dan dipanggil ke pejabat Jais setiap bulan.

“Saya sudah bertaubat dan dah bakar semua bahan-bahan, saya mengaku bersalah dan tidak akan mengulangi kesalahan itu, sebelum ini saya tidak faham,” katanya yang ditukil Utusan Malaysia.

Hakim Syarie Kamarulzaman dalam penghakimannya memuji tindakan tertuduh yang mengaku salah terhadap pertuduhan.

“Pengakuan kamu semua sesuatu yang terpuji, orang yang bertaubat daripada dosa sama seperti orang tidak berdosa, penyesalan dan keinsafan perlu ditunjukkan dan bukan disebut.

“Orang yang mendengar orang lain bertaubat pula jangan cepat prejudis dan perlu berbaik sangka.

“Hukuman penjara dan denda bukan jalan penyelesaian terbaik, mahkamah bersetuju dengan pendakwa dengan meletakkan syarat yang tidak berlebihan dan hukuman berbentuk pengisian,” katanya.

http://cyberita.asia1.com.sg/dunia/balu-pengasas-al-arqam-sudah-bertaubat

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s