***Ziarah Syeikh Kabilah Asy Syummari***

“Nampaknya nasyid kamu sekarang bukan nasyid lama, nasyid moden terkini.” ujar Abu Mus’ab yang duduk di sebelah Abu Khalid, Syeikh Kabilah Bani Syammar sebaik selesai syabab dan banat bernasyid di pekarangan bunglow Abu Khalid di Fuhais, pinggir kota Amman.
“Uniknya mereka ini, nasyid mereka adalah dari sajak-sajak Syeikh Ashaari tentang ketuhanan dan cinta Rasul, asalnya dalam Bahasa Melayu diterjemahkan ke bahasa Arab.” Khalid anak sulung Syeikh Syammar mengulas.
Sepanjang asar hingga ke Maghrib semua warga Ikhwan Irbid (kecuali En Zul yang berkawal di rumah) berpeluang menjadi tetamu Sidi Abu Khalid, peluang besar yang hampir mustahil diperolehi oleh semua kami. Terima kasih yang tidak terhingga kepada almarhum Ustaz Ashaari kerana tali persahabatannya dengan ketua salah satu suku Arab Badwi inilah memberi peluang kepada kami semajlis mereka.

Sidi Abu Khalid ini, dari kecilnya selalu berkawan dengan Almarhum Saddam Hussain. Malah sehingga Saddam menjadi presiden Iraq mereka masih bersahabat. Tetapi berkawan dengan orang besar dunia tidak merosakkan hubungannya dengan Allah. Waktu antara Magrib dengan Isyak, dikhususkan untuk tuhannya, maka walau yang datang berziarah itu Saddam Hussain, Sidi tak akan keluar menemuinya. Saddam kena menunggu sehingga Isyak barulah Sidi keluar. Anak-anak murid Abuya beruntung datang selepas Asar, Sidi sendiri menunggu di pekarangan rumah bersama kerusi yang siap di susun.
Sidi sangat dihormati oleh pemimpin-pemimpin Arab yang mengenalinya. Raja Saudi pernah ingin melamar anak perempuannya menjadi isterinya tetapi beliau enggan bermenantukan Raja Saudi. Kalau dengan orang lain, mungkin sahaja Raja Saudi boleh memaksanya tetapi tidak dengan Sidi Abu Khalid. Itulah kehebatan Sidi, takutnya pada Tuhan menyebabkan manusia tidak berani mengapa-apakannya, walaupun seorang Raja.
Bertemu orang-orang seperti Sidi, moga-moga menambah rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi kerana Abuya pernah mengatakan, ciptaan Allah yang paling ajaib adalah hati orang yang bertakwa. Mudah-mudahan semajlis dengannya akan melunakkan hati dengan Allah. Amin
DQ, Irbid.
1.31am, Nov 8, 2013

Advertisements

One thought on “***Ziarah Syeikh Kabilah Asy Syummari***

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s