Maal-Hijrah.mp3

Salam ceria,
Lepas asar tadi keluar lagi mencari premis yang sesuai untuk dijadikan kafe. Entah untuk ke berapa kalinya. Kali ni pusing di kawasan Babus Syimali. Dari lorong ke lorong. Berbual dengan Abu Ahmad yang mempunyai kedai penterjemahan, bertanya-tanya tentang premis untuk disewa. Tiada. Dia cadangkan sewa sebuah rumah, jadikan mat’am. Mungkin dia tak tau, untuk tukar status dari rumah kediaman menjadi premis perniagaan amat rumit di Jordan. Lebih-lebih lagi perniagaan itu sebuah restoran.

En Ali Matarneh yang pernah tinggal di Malaysia selama 12 tahun mengatakan, berniaga makanan atau buat restoran di Malaysia mudah. Di depan rumah orang boleh sambung binaan untuk membuat mat’am, tapi tidak di Jordan. Sangat banyak karenah birokrasi yang perlu dilepasi.

Lorong demi lorong kami lalui depan Babus Syimali. Bertanya di kedai pakaian. Berbual dengan pekerja kedai pizza. Masuk ke premis di bawah tanah, bawah bangunan, lorong gelap dengan kiri dan kanannya samada kedai komputer atau CC untuk main game internet. Keluar di jalan utama, depan Babus Syimali.

Pergi ke Yarmuk Mall, bertemu pegawai keselamatan Abu Qutaibah dan Abu Leith (orangnya mesra, moga-moga tak berubah ganas macam seorang pengawal keselamatan di Malaysia) bertanya tentang Amer, seorang peniaga yang mempunyai premis di Nadi Arabi. Amer yang mempunyai 4 buah kedai dan berkontena barang-barang dari India malah hampir setiap bulan pergi ke India membawa kami ke premisnya. Amir menjual segala macam tudung sutera dan kapas dari India, Pakistan dan Kasymir. Dia bersedia menyewakan sebuah premisnya di Nadi Arabi tetapi ruangnya kecil dan tiada kemudahan tandas.

Sepanjang minggu ini berkenalan dengan ramai orang kerana operasi mencari premis yang mencabar ini. Abu Ra’ad driver coaster Nadi Arabi. Abu Ala’ tauke barangan komputer. Zaid tauke kafe Khan Zed, Abu Leith, setiausaha Nadi Arabi, Abu Ala’ Timbalan presiden Nadi Arabi. Abu Mohamad, tauke maqha FIFA, Walid si pembancuh kopi dll.

Nampaknya, tak sempat nak buat perasmian di awal Muharram 1435H. Mungkin lambat sikit. Tak sempat Tuan Inaam merasmikannya. Us Solihin pun dah terbang ke Malaysia. InsyaAllah GH Jerash menggantikan Tuan Inaam. Dah dapat premis ke anjang? Dah banyak premis dapat tapi semuanya ada masalah. Moga Allah beri yang terbaik sempena ma’al Hijrah 1435H ni…. Aminnn.

DQ, Irbid.
1am, Nov 4, 2013

P/s mari hayati nasyid ma’al Hijrah…

Maal Hijrah Detik 1 Muharram Adalah detik permulaan Bagi tahun baru untuk Islam Hijrah Perpindahan Rasulullah dan juga umat Islam Daripada kota mekah ke kota madinah Asas ketaqwaan dan iman yang teguh Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu Rela berkorban harta dan nyawa Demi menegakkan Islam tercinta Hijrah itu pengorbanan Hijrah itu perjuangan Hijrah itu persaudaraan Hijrah membentuk perpaduan Maal Hijrah…Maal Hijrah….Maal Hijrah Maal Hijrah…Maal Hijrah….Maal Hijrah Oleh itu mari semua Kita sambut Maal Hijrah Tingkat dan tegakkan Islam di sepanjang zaman Bulan Muharram kini datang lagi Bulan kemenangan bagi umat Islam Kedatangannya yang sangat ditunggu Oleh semua pejuang kebenaran Hijrah itu pengorbanan Hijrah itu perjuangan Hijrah itu persaudaraan Hijrah membentuk perpaduan Maal Hijrah…Maal Hijrah….Maal Hijrah Maal Hijrah…Maal Hijrah….Maal Hijrah

http://www.owclondon.co.uk/wp-content/uploads/2013/11/Maal-Hijrah.mp3

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s