Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun Hijriah

Salam ceria,
“Berapa tarikh Takwim Islam hari ni Zim?”, anjang bertanya pada Hazim ketika bertemu Syabab Syam usai solat Subuh di DQ. Sambil menyorok-nyorok belakang Shukri, dia melambat-lambatkan jawapan.
“Ok la, sekarang bulan apa?”
“Rabiul Awwal…”
“Bior beno Zim, tak nampak orang sambut maulidur Rasul pun…”
“Faiz pula cuba..”
Sambil senyum bercampur sengih, “Wallahu a’lam.”
“Wafi!”
“Tak tau…”
“Hishamlah…”
“Tak tau.”
“Macam mana ni, semua tak tahu.”
“Khubaib la, sebab lambat masuk. Tidur dalam bilik ke? Sekarang bulan apa Khubaib?”
Dengan penuh confident, “November!”
“La, orang tanya bulan Islam la Bib!”
Spontan penuh yakin Khubaib menjawab, “Safar.”
“Hai, bila pulak Muharramnya?”
“Dehya’ la pula cuba!”
“Tak tau..”
“Baik, dalam Islam ada berapa bulan?”
“12.”
“Sebutkan satu satu.”
“Muharram, Safar, Rabiul Awwal, Rabiul Akhir, Jamadil Awal, Jamadil Akhir, Rejab, Syaaban, Ramadhan, Syawal, Zulkaedah, Zulhijjah.”
“Betul. Baik, sekarang bulan berapa Mus?”
“Tak tau,” sambil senyum.
“Bulan berapa Nizam?”
“Zulhijjah.”
“Haa, lemah sangat duduk Irbid, duduk Jordan, bulan Islam tak hafal. Sekarang bulan Zulhijjah. Kan baru je raya Haji. Syawal, Eidul Fitri. Zulhijjah, Eidul Adha. Zulkaedah itu terletak di antara 2 bulan raya. Orang Melayu panggil bulan berapit. Diapit oleh 2 bulan raya, selalunya orang ambil peluang buat majlis kahwin di bulan Zulkaedah. Jangan le, kahwin nak, bulan Islam pun tak hafal…”
“Ok, hari ni berapa haribulan?”
“30hb Zulhijjah.”
“Betul, jadi esok adalah 1 Muharram 1435H. Sebelum terlupa, insyaAllah petang ni kita nak baca doa akhir tahun dan lepas Maghrib kita baca doa awal tahun.

Doa Akhir Tahun

Doa akhir tahun
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah (Lepas Asar hari Isnin)
Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.

Ertinya:
بِسْــــــــــــــــــم الله الرحْمَنِ الرَحِيم
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa Awal Tahun

doa awal tahun1

doa awal tahun1

dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1435 (Lepas Maghrib hari Isnin malam Selasa). Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.

Ertinya:
بِسْــــــــــــــــــم الله الرحْمَنِ الرَحِيم
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka. Terima kasih pada Suaramuhajirin, orang di Malaysia dah Maghrib, kami di sini belum lagi. from my BlackBerry 10 smartphone.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s