Keajaiban Azan: Watch “CNN: Azan miracle, flowers blooming when hearing azan, Islam miracle” on YouTube

Salam ceria,
Malam tadi Zaid Abu Soleh tauke mat’am Khan Zaid tunaikan janji dengan memberi 26 ‘wajbah’ syawarma arabi kepada ikhwan di Duwwar Qubbah, Irbid. Lama tak pekena syawarma beramai-ramai begini.

terima kIMG_00004199asih Tuhan. Petang semalam menonton TvIkhwan pelancaran PKBM di Jitra, streaming yang jelas… Alhamdulillah. Pagi ni, sambil buat kerja usrah, basuh pinggan di dapur, Wafi dah nyanyi lagu ‘Datuk’ yang dalam teater semalam…’ terasa dunia ini, ana yang empunya!…’ wah, ada hati nak poligami si Wafi.

Poligami yang tepat ikut sunnah adalah syiar Islam. Tapi poligami yang dalam filem P.Ramlie, itu lakonan. Moga ada pengajaran. Menyebut tentang poligami ni, teringat kisah kawan Dr Hisham At Tamimi, bila ditanya kepadanya, yang mana lebih engkau takut Allah atau isterimu? Dia terdiam seketika, lalu menjawab perlahan, “Aku lebih takut isteriku kerana Allah bersifat Ar Rahman dan Ar Rahim tetapi isteriku bila marah tiada rahmat lagi darinya.” Dahsyatnya isteri-isteri di akhir zaman, sangat derhaka dan alangkah lemahnya kepimpinan suami, tak mampu mendidik isteri menghormatinya. Hingga keluarlah kata-kata:
“Aku bukan takut bini tetapi bini aku yang tak takutkan aku.”
Atau
“Kami tak takut isteri tetapi isteri-isteri kami amat menakutkan.”

Poligami di dalam GISB adalah satu perjuangan. Sayangkan madu seperti adik beradik dan sayangkan anak-anak madu umpama anak sendiri itu menjadi cita-cita. Di doakan setiap kali selepas solat. Dipraktikkan dalam kehidupan. Tidak berlaku kepada para Ikhwan, isteri-isteri merajuk, lari dari rumah, minta cerai, menyalahkan madu dan suami, mengungkit kesalahan lama, berebut suami, cintakan suami lebih dari Allah dan Rasul dll. Kalau berlaku juga, terbukti dia tiada ilmu atau tak mampu mujahadah. Hilang ciri-ciri sebagai staf GISB. Dia, ketika itu bukan orang Ikhwan. Orang Ikhwan sepatutnya sangat kuat cita-cita dan kemahuan. Seolah-olah jika diminta alihkan gunung, mereka sanggup alihkan. Soal perasaan sendiri sanggup dikorbankan demi Islam.

Puan Ibu Hatijah Aam dan Datuk Zuraidah Mohd Said

Puan Ibu Hatijah Aam, YDP YKPPM dan Datuk Zuraidah Muhd Said, CEO Menara KL

Di saat YKPPM dah berada setinggi Menara KL sepatutnya cita-cita kita lebih tinggi lagi, bukan minta dibelai seperti dulu. Tak cukupkah 10 tahun, 20 tahun di’tatang bagai menatang minyak yang penuh’? Di saat tokoh korporat dan syarikat swasta pun ingin bersama-sama membantu perjuangan PKBM, bertolong bantu dan berkasih sayang, mengapa kita ingin memecah belahkan perpaduan dengan karenah kita? Kita lebih penting atau perjuangan Islam lebih utama. Perasaan kita kena dijaga atau perasaan seluruh masyarakat Islam Malaysia yang ingin melihat GISB menjadi contoh terbaik buat umat Islam setelah benar-benar bertaubat kembali kepada fatwa dan berperanan di arus perdana? Kalau begitu, sesiapa yang masih berkarenah di era begini dengan apa alasan sekalipun dia sebenarnya sedang menjadi alat untuk meruntuhkan perjuangan itu sendiri. Menjadi alat nafsu dan syaitan. Maka takutlah Allah, gentarkan hati denganNya. Ingatlah, mati boleh datang bila-bila masa, tanpa amaran dan tanda-tanda.

Pagi ni juga dapat pautan mengenai keajaiban yang berlaku bila azan dikumandangkan. Pembaca boleh tonton sendiri di link di bawah. Hakikatnya semua yang berada di keliling kita, bahkan dalam diri kita penuh dengan tanda-tanda kebesaran Allah tetapi kita tidak memikirkannya. Boleh berpoligami dengan harmoni pun satu keajaiban di hari masyarakat Islam di seluruh dunia bercerai berai hanya kerana isu yang sangat kecil.

Ampunkan kami Tuhan.

DQ, Irbid.
8.24am, Nov 2, 2013

Posted from WordPress for Android

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s