***Saiyidina Muaz bin Jabal RA***

Maqam Syd Muaz bin Jabal RASalam ceria,
Sebelum membaca kisah ringkas Saiyidina Muaz bin Jabal, mari kita teliti pendapat seorang ulama tentang menziarahi maqam wali-wali Allah yang kadang-kadang ditentang oleh mereka yang tidak bersetuju tentang keharusannya, khususnya wahabi.

“Pandangan Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz Tentang Ziarah Maqam Auliya’”

Ada yang bertanya: “Ya Habib, Kenapa ziarah maqam Auliya’? Sedangkan mereka tiada memberi kuasa apa-apa dan tempat meminta hanya pada Allah!”

Al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz menjawab:

“Benar wahai saudaraku, aku juga sama pegangan denganmu bahawa mereka tiada mempunyai kekuasaan apa-apa. Tetapi sedikit perbezaanku dengan dirimu, kerana aku lebih senang menziarahi mereka (para auliya’) kerana bagiku mereka tetap hidup dalam membangkitkan jiwa yang mati ini kepada cinta Tuhan.”

Beliau melanjutkan: “Tapi aku juga heran, kenapa engkau tidak melarang aku menziarahi ahli dunia, mereka juga tiada kuasa apa-apa. Malah mematikan hati. Yang hidupnya mereka bagiku seperti mayat yang berjalan. Kediaman mereka adalah pusara yang tiada membangkitkan jiwa untuk cinta pada Tuhan.”

Kematian dan kehidupan di sisi Allah adalah jiwa. Banyak mereka yang dilihat hidup tapi sebenarnya mati, banyak mereka yang dilihat mati tapi sebenarnya hidup, banyak yang menziarahi pusara terdiri dari orang yang mati sedangkan dalam pusara itulah orang yang hidup.

Aku lebih senang menziarahi maqam kekasih Allah dan para syuhada walaupun hanya pusara, tetapi ia mengingatkan aku akan kematian kerena ia mengingatkan aku bahwa hidup adalah perjuangan. Kerana aku dapat melihat jiwa mereka ada kuasa cinta yang hebat sehingga mereka dicintai oleh Tuhan lantaran kebenarannya cinta.

Wahai saudaraku ziarahilah maqam auliya’, karena pada maqam mereka ada cinta, lantaran cinta Allah pada mereka seluruh tempat persemadian mereka dicintai Allah.

Cinta tidak mengalami kematian, ia tetap hidup dan terus hidup dan akan melimpah kepada para pencintanya. Aku berziarah kerana sebuah cinta mengambil semangat mereka agar aku dapat mengikuti mereka dalam mujahadahku, mengangkat tangan di sisi maqam mereka bukan meminta kuasa dari mereka, akan tetapi memohon kepada Allah agar aku juga dicintai Allah sebagaimana mereka dicintai Allah.

Begitulah pendapat Habib Umar yang sangat memahami pentingnya hubungan cinta kita dengan Allah melalui mencintai kekasihNya.

Antara maqam sahabat yang terdapat di lembah Jordan ialah maqam Saiyidina Muaz bin Jabal RA. Rasulullah SAW sangat mencintai seluruh sahabat baginda, malah seluruh umat baginda hatta seluruh Bani Adam. Kalau boleh, baginda mahu Allah beri hidayah kepada seluruh umat manusia. Walaupun begitu mendalamnya cinta baginda kepada semua umat manusia, namun Saiyidina Muaz sangatlah beruntung kerana baginda SAW berterus terang menyebut:
“Wahai Muaz, sesungguhnya aku mencintaimu.”
Beruntunglah Sayidina Muaz, orang yang mencintainya adalah kekasih Allah, nescaya Allah akan mencintainya.

Terima kasih Tuhan kerana membenarkan aku menziarahi maqamnya buat kesekian kalinya. Nama sebenar beliau adalah Abu Abdul Rahman Muaz bin Jabal bin Uwais Al Anshori Al Khazraji. Ibunya bernama Hind binti Sahal daripada Bani Rafa`ah/ Rifa`ah (رفاعة). Beliau telah memeluk Islam ketika berumar18 tahun dan beliau adalah yang di antara orang yang terawal memeluk Islam. Selain itu beliau juga turut serta dalam perjanjian `aqobah bersama 70 yang lain daripada kaum Ansor. Beliau juga turut serta dalam peperangan al Kubra di jazirah Arab iaitu perang Badar dan sedangkan pada ketika itu beliau baru berusia 20 tahun. Selain itu juga beliau juga telah berjihad bersama-sama Rasulullah S.A.W dalam peperangan Uhud, Khandak dll. Dan antara yang paling besar sumbangan beliau adalah terlibat juga dalam pembukaan Syam pada zaman Al Faruq Saiyidina Umar Al Khattab di bawah pimpinan Saiyidina Abu Ubaidah Al Jarrah.

Beliau adalah seorang pemuda yang pemaaf, mulia pekertinya dan apabila berkata seperti keluar cahaya dan permata daripada kedua bibirnya. Beliau merupakan seorang yang hafiz Al-Quran dan di kalangan yang bersama-sama mengumpulkan Al-Quran dan tempat rujuk Al Quran.

قل الرسول صلى الله عليه وسلم: “خذوا القرآن من أربعة ,أبن مسعود وأبي ومعاذ بن جبل وسالم مولى ابي حذيفة”

“Ambillah Al-Quran daripada empat orang iaitu ibn Mas`ud, Ubai, Muaz bin Jabal dan Salam maula Abi Huzaifah.”

Beliau juga merupakan Khadi (Hakim) yang pertama yang diutuskan oleh Rasulullah SAW ke Yaman untuk mengajar syariat Islam dan menyebarkan Agama ALLAH SWT di Yaman pada tahun 10 hijrah selepas Hujjatul Wada’. Ia merupakan hari yang terakhir beliau bersama dengan Rasulullah SAW.

قل عنه الرسول صلى الله عليه وسلم: أعلم أمتي الحلال والحرام معاذ بن جبل

“Orang yang paling tahu halal dan haram di kalangan umatku adalah Muaz bin Jabal.”

Saiyidina Muaz menghidap penyakit taun `Amwas yang diambil sempena nama tempat yang terletak di Palestin di mana bermulanya penyakit tersebut. Dan beliau Syahid bersama anaknya Abdul Rahman dan juga isterinya.

Moga Allah rezkikan kita semua dapat menziarahi maqam peribadi mulia yang dicintai oleh baginda Rasulullah SAW.

Ya Allah, di hari Jumaat terakhir tahun 1434 hijrah ini,
Dengan berkat Saiyidina Muaz bin Jabal RA, yang kami baca sejarahnya hari ini.
ampunkan dosa-dosa kami semua,

Berkatilah penjenamaan semula YKPPM,
Restuilah penubuhan PKBM,
Bantu dan jayakan perjuangan GISB Holdings Sdn Bhd,
Pimpinlah PE GISB Holdings Sdn Bhd juga sebagai YDP YKPPM, Puan Hatijah Aam tepat di jalan yang Kau redhai… Amin ya Allah.

DQ, Irbid
11.14am, Nov 1, 2013

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s