***Budaya Copy Paste***

Image

Salam ceria,

Apa kabo? Lama tak dengaq berita hangpa. Tau ke Mujahid masuk wad 4 hari sebab sakit kuning? Kesian Jaeid, tapi ia bukti kasih sayang seorang bapa dan bukti rasa hatinya Allah dengar dan perkenankan. Ketika Abu Khalid sakit kuning, Jaeid tak sanggup melihatnya, lalu dia berkata di hatinya, “Ya Allah, biarlah aku saja yang menanggung sakitnya!”, maka Allah yang Maha Mendengar, memperkenankan bisikan hambaNya. Abu Khalid sehat, Jaeid pula sakit. Kalau dia je sakit boleh tahan, Aini pun sakit, bb pun sakit lalu terputuslah hubungan beberapa hari. Tapi sekarang dia dah beransur pulih, dah keluar wad pun. Makan di Keningau, sakit di KK.

IMG_20131031_075946

Cuma anjang nak cadangkan, dah kebetulan rasa hati Jaeid kuat, tolonglah rintihkan kita orang untuk dapatkan mat’am yang sesuai. Rintihan Jaeid Tuhan pandang. Pastu jangan lupa, rintihkan juga tiket untuk balik ke Irbid. Ahli sini dah semakin kurang bila Puan Sham balik Malaysia. Sebelum tu ziarahlah ASH di Tg Malim. Janganlah sampai, Abu Omar Al Hamwi, meredah peluru dan gas beracun Pak Long boleh sampai Tg Malim, Jaied dan Aini tak sampai. Malu kat orang Syria je.

Ok, hari ni tak nak tulis panjang-panjang, cuma nak tanya pendapat korang tentang budaya ‘copas’ atau ‘copy and paste’ di semua media sosial termasuklah di bbm. Apa pendapat korang? Ada yang tanpa baca, terus copy paste dan sebarkan sedangkan maklumatnya belum dipastikan kebenarannya. Baru ni ada yang sebarkan artikel menarik tentang hajarul aswad tetapi akhirnya diselewengkan dengan mengatakan ia batu meteor, bukan batu dari syurga. Sangat halus. Tadi anjang dapat bc tentang 1 Muharram adalah tarikh bertukar buku catatan amal. Yang menyebarnya, samada dia jahil atau kaki copy paste… main sebarrrr je.

So, apa pendapat korang?

DQ, Irbid.

9.54am, Okt 31, 2013

Advertisements

3 thoughts on “***Budaya Copy Paste***

  1. Assalam. Jika ‘copas’ tanpa di baca lebih dahulu secara berpengetahuan berkaitan dengan maklumat atau artikel tersebut, ia boleh mengundang segunung kekeliruan mahu pun masalah. Elok baca dengan berpengetahuan lebih dahulu .
    Ampun maaf.

  2. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
    Pandangan sy copy & paste memang bgs klw berniat benar2 utk memberi info bermanfaat kearah kesedaran. Elok dibuat dlm bentuk perbincangan. Tp amatlah malang klw dilakukan sebelum membace n meneliti isi kandungan terlebih dahulu. Sbb klw xphm ok lg tp klw slh fhm, mcm2 blh jd.

  3. Tuan Harun…
    Memang merepek budaya copy paste ni,
    Selalunya saya tak baca terus delete jer ..
    Tak kuasa nak baca,
    Mungkin ada yang betul dan ada yang tidak,
    Tapi masaalahnya ada yang siap suruh sebarkan, kalau tak sebar nanti terima bencana lah, terima musibah lah dan macam2 lagi …

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s