***Bertemu Zuriat Saiyidina Abu Ubaidah Al Jarrah***

IMG_00004167

Salam ceria,

“Ini adalah pemimpin-pemimpin yang dimuliakan dari Malaysia, wahai Khalid,” kata Abu Fauzi memperkenalkan anjang, En Zul dan En Mazlan kepada seorang pelanggannya.

Ketika lelaki berkulit cerah yang tinggi lampai itu bersalaman dengan kami, Abu Fauzi, peniaga ayam di premisnya berdekatan pasar Irbid itu berkata, “Inilah Khalid Al Jarrah, keturunan Saiyidina Abu Ubaidah Al Jarrah RA. “Ooh, beruntungnya kami kerana dapat bertemu dengan salah seorang keturunan sahabat Nabi yang mulia,” getus hati anjang.

“Kami baru sahaja menziarahi maqam Saiyidina Abu Ubaidah RA minggu lepas, “kata anjang lalu mengambil peluang bergambar dengannya.

Abu Fauzi menambah, “Mereka ini adalah pencinta Allah dan RasulNya, dan pencinta sahabat-sahabat Rasulullah wahai Khalid!”

Malu mendengar kata-kata Abu Fauzi tetapi siapakah yang tak mencintai generasi Rasulullah dan generasi sahabat yang baginda lahirkan? Mereka sangat mulia. Berkat perjuangan dan pengorbanan merekalah, kita dapat menikmati iman dan Islam. 2 nikmat yang paling berharga di dunia ini.

Terima kasih Tuhan yang mengizinkan kami menziarahi maqam-maqam kekasihNya dan bertemu dengan zuriat mereka. Mudah-mudahan kami mendapat berkat dari mereka dan mendapat kekuatan untuk meneruskan perjuangan yang suci ini.

Ampun maaf.

DQ, Irbid
5.36pm, Okt 31, 2013

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s