87 mayat pendatang ditemui di gurun Niger

Salam ceria. 

Kematian itu pasti. Bila sampai ajal, kematian akan datang juga. Di jalanraya, di tempat kerja, di hospital, di rumah, di sungai dan tasik, laut juga di padang pasir yang tiada manusia. Orang tua, dewasa, remaja, kanak-kanak, lelaki, perempuan tidak mengira usia. Sampai masa dan ketika, akan dipanggil jua. Pemburu dunia, pemburu akhirat, penyembah Allah, penyembah nafsu, pejuang agama, pejuang perut dan poket semata, semua akan ke sana. Berseorangan, berdua, beramai-ramai, mati serentak, mati seorang demi seorang, mati dibunuh, kemalangan, sakit tua, sakit berjangkit, sakit kronik atau tak sakit pun mati juga.

Lalu mengapa aku tak mahu menjadi orang yang cerdik dengan sentiasa mengingati mati dan bersiap untuk ke sana? Moga aku mendapat rasa gentar denganNya.

DQ, Irbid

9.20am, Okt 31, 2013Image

87 mayat pendatang ditemui di gurun Niger

 

NIAMEY: Mayat 87 pendatang ditemui hari ini di gurun Niger selepas mati kehausan cuma beberapa kilometer dari sempadan Algeria iaitu destinasi mereka, kata sumber.Mayat tujuh lelaki, 32 wanita dan 48 kanak-kanak selain lima wanita dan kanak-kanak perempuann yang ditemui lebih awal.Kesemua mangsa dikatakan mati pada awal Oktober selepas gagal sampai ke Algeria selepas memulakan perjalanan pada akhir September. – AFP

Advertisements

One thought on “87 mayat pendatang ditemui di gurun Niger

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s