***Kebajikan Hakiki***

Salam ceria.
Melihat keadaan anak-anak pelarian Syria yang bergelandangan di University Street, Irbid menimbulkan rasa simpati di hati anjang. Mereka adalah mangsa perang. Secara berkumpulan 2-3 orang menjual tisu di lampu isyarat. Menyelongkar tong-tong sampah, mencari sesuatu yang berharga untuk kitar semula. Yang remaja berjalan beramai-ramai di kaki lima, menghisap rokok dan meminta sedekah. Kanak-kanak mereka.kecil lelaki perempuan dengan pakaian comot bermain pasir di lorong-lorong perumahan Hijazi yang dah dikuasai oleh mereka. Dengan bantuan masyarakat antarabangsa, mereka mendapat kopun membeli bahan asas makanan. Ada yang mendapat bantuan perumahan. Walaupun makan, minum dan tempat tinggal telah agak terbela tetapi masalah sosial semakin membimbangkan di sini.

Tidak dapat dipastikan, adakah ianya berpunca dari mereka atau ditimbulkan oleh rakyat tempatan yang mendapat tekanan dari kebanjiran mereka. Seorang peniaga mini market, En Muhammad, rakyat Jordan kelahiran Ramallah, Palestin sambil mengeluh mengatakan jualan premisnya jatuh semenjak kedatangan pelarian Syria kerana berkurangnya pelajar yang tinggal berdekatan premisnya. Pelarian Syria membeli dengan kopun di pasaraya besar tidak di mini market. Pelanggan lamanya di kalangan pelajar pula sudah ramai yang pindah ke tempat lain, kerana sewa rumah meningkat mendadak di kawasan Hijazi.

Beberapa hari lepas, 2 orang pelajar Malaysia yang sedang ingin memasuki rumah sewa mereka tiba-tiba dihunus dengan pisau di leher dan perut lalu di samun wang dan telefon bimbit. Semalam, seorang pelajar perempuan ingin menutup tingkap di anjung rumahnya tiba-tiba ada tangan yang dihulur dari luar lalu memegang tangannya. Dia terus spontan menjerit lalu suspek melarikan diri. Gagal dalam usahanya mencuri, dia lakukan aksi yang sama di rumah pelajar lelaki dan berhasil melarikan kamera dan lensa. Keadaan masih terkawal tetapi agak membimbangkan dan perlukan kewaspadaan.

Adakah semua jenayah ini dilakukan oleh pendatang Syria atau oleh rakyat tempatan yang tertekan? Wallahu A’lam. Ada yang mengatakan ia di cetuskan oleh agen-agen dari Rejim Asad untuk menimbulkan ketidakstabilan di Jordan, tetapi tiada bukti kukuh atas dakwaan itu.

Hakikat yang sebenar, manusia tidak boleh di selesaikan kebajikan mereka hanya soal-soal makan, minum, tempat tinggal, nikah kahwin sahaja tetapi soal pemikiran, perasaan, iman, islam, ibadah, kasih sayang, hiburan mereka tidak dititik beratkan.

Di GISB Holdings, soal kebajikan secara agak menyeluruh ditangani dengan diaktifkan lebih giat lagi aktiviti Yayasan Kebajikan dan Perkhidmatan Perubatan Malaysia (YKPPM) yang selama ini bergerak agak perlahan. Saudara/i pembaca boleh mendapatkan maklumat mengenai dasar-dasar, visi dan misi, dan aktiviti terkini mengenai YKPPM di web rasmi berikut:
http://ykppm.org/

Ampun maaf dari anjang.

DQ, Irbid.
9.48am, Okt 27, 2013

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s