Mangsa banjir kilat cerita detik cemas kejadian‎

Salam ceria. Berbagai perasaan bermain di dada bila membaca berita bencana alam yang berlaku khasnya di tanahair sendiri. Takut, cemas, sedih, simpati… bagaimanakah kalau aku yang berada di tempat mereka. Dalam situasi yang mencemaskan. Terasa juga, Allah boleh berbuat apa sahaja, kepada sesiapa saja. Maha Kuasanya Tuhan. Timbul sedikit rasa takut mengenangkan nasib diri yang boleh sahaja diapa-apakan oleh Allah yang Maha Jabbar dan Qahhar.

Ampunkan kami Tuhan!!
Rabu , 23 Oktober 2013,‎‎‎‎
1391861_690791810944458_1885977761_nimages-32013-10-24-06-56-23--1720730375images-1
2013-10-24-06-50-03-2133373639
CAMERON HIGHLANDS: “Kami terkurung di dalam rumah kerana pintu tak dapat dibuka, ketika itu air terus melimpah masuk sehingga paras dada,” kata Shaifa Jamil seorang daripada 54 penduduk yang dipindahkan apabila rumah mereka di Lembah Bertam musnah dalam kejadian banjir kilat awal hari ini.

Shaifa, 19, yang ditemui di pusat pemindahan banjir di Dewan Orang Ramai Ringlet di sini, berkata ketika kejadian beliau dan ibunya berada di dalam rumah manakala ayah dan abangnya berada di luar rumah.
Menceritakan kembali detik cemas yang dialami itu, beliau berkata siren kecemasan dibunyikan dua kali sebelum beliau ternampak kayu balak dibawa arus.

“Tak sampai dua minit air terus melimpah masuk ke dalam rumah dan saya tidak sempat nak selamatkan harta benda,” kata pelajar Tingkatan Enam Sekolah Menengah Sultan Ahmad Shah, Tanah Rata itu.

Shaifa berkata ayahnya terpaksa memecahkan tingkap untuk mengeluarkan beliau dan ibunya yang terperangkap di dalam rumah mereka itu.

“Arus deras menyebabkan barang-barang terpelanting dan menyukarkan kami untuk menyelamatkan diri,” katanya yang mengalami sedikit kecederaan akibat terpijak objek tajam.

Beliau berkata sebelum ini banjir pernah berlaku di Lembah Bertam namun kejadian kali ini adalah paling buruk.
“Walaupun tidak dapat menyelamatkan harta benda, yang penting saya bersama ibu, ayah dan abang selamat,” kata Shaifa.

Sementara itu Mohd Esswandy Zubir, 21, berkata hampir semua rumah di kawasan itu musnah akibat limpahan air dari empangan Sultan Abu Bakar.

“Telefon bimbit dan barang keperluan lain termasuk sijil tidak dapat diselamatkan tetapi dokumen pengenalan diri dapat diselamatkan kerana dari awal lagi ibu saya telah menyimpannya,” kata lepasan diploma Politeknik Muadzam Shah, Rompin Pahang itu.

Mohd Esswandy yang merupakan anak bongsu dari empat beradik itu bersyukur kerana selamat daripada tragedi buruk itu.

Beliau berkata kebanyakan penduduk di kawasan berkenaan adalah warga tempatan dan kawasan kediaman berhampiran rumahnya mempunyai enam keluarga Melayu.

Kejadian arus deras dan banjir kilat itu memusnahkan kira-kira 80 rumah dan beberapa kenderaan penduduk di kawasan penempatan Lembah Bertam itu.

Kejadian kira-kira 1 pagi itu turut menyebabkan dua rakyat asing dan seorang warga tempatan maut, seorang lelaki tempatan cedera manakala seorang lagi rakyat asing masih hilang.

Seramai 54 penduduk dari 12 keluarga kini ditempatkan di Dewan Orang Ramai Ringlet dan operasi mencari dan menyelamat wanita Indonesia yang dilapor hilang itu akan diteruskan esok. – BERNAMA

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Advertisements

One thought on “Mangsa banjir kilat cerita detik cemas kejadian‎

  1. Pingback: Fakta Menarik Tentang Petir Dan Kilat | GilerKentang

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s