Brunei laksana syariah‎

Salam ceria. Membaca berita Brunei akan menguatkuasakan hukuman syariah mengingatkan anjang perjalanan panjang anjang dari Pakistan ke Mesir, merentasi Iran dan Turki pada tahun 1992. Travel berdua dengan En Zulkefli Mohd Mokhtar menaiki keretapi dari Islamabad ke Quetta di Paksitan. Dari Quetta naik bas pula ke Taftan, sempadan Pakistan-Iran. Tak dapat dibayangkan betapa terujinya naik bas terhentak-hentak melalui lereng bukit selama 15 jam. Fuuh, ta’ban jiddan. Seat bas pula, macam bas kampung, atau bas sekolah, separas bawah bahu. Tak dapat nak bersandar kepala. Ada seorang pelancong Jepun tu anjang tengok bila turun, dah membongkok menahan sakit pinggang macam orang tua sedangkan dia masih muda. Tetapi tetap ‘snap’ gambar. Anjang je tak ambil gambar sebab manalah ada kamera. Duit pun bawa USD200 je.

Dari Taftan menaiki bas ke Tehran. Singgah di rumah seorang pegawai kedutaan Malaysia di Iran, kemudian meneruskan perjalanan ke sempadan Turki dengan menaiki bas ekpres yang selesa. ‎Di dalam perjalanan, anjang lihat semua penumpangnya bersopan. Lelaki berbaju kemeja, berseluar ‘slack’, mengira biji-biji tasbih. Berwirid agaknya. Perempuan berpakaian serba hitam. Bercadur. Menutup aurat. Kerana Iran melaksanakan syariah Islam. Melaksanakan hudud dan qisas yang bermula dengan tumbangnya kerajaan beraja Shah Iran oleh Khomeini dengan rovolusinya yang terkenal.

‎Selain Iran yang berfahaman Syiah, Saudi Arabia yang berpegang kepada akidah wahabi juga melaksanakan hudud dan qisas. Bermula dari pemerintah, pemerintah yang lakukan dengan kuasa yang mereka dapat. Sesuai dengan firman Allah yang bermaksud ‎

” Dan tidaklah harus bagi orang yang beriman, lelaki dan perempuan apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara, (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka.”
( Surah Al-Ahzab : 36)

‎Lahirnya bagus, cantik. Teorinya begitulah. Tetapi realitinya, anjang lihat sendiri dengan mata kepala.

Kembali kepada kisah travel anjang, bila melepasi je sempadan negara Turki, semua penumpang-penumpang berbangsa Farsi ini tidak berlengah terus menuju ke kedai ‘Duty Free’ yang banyak di sempadan. Mereka bukan saja membeli rokok, malah membeli berbotol-botol minuman keras. Maka berkendurilah arak di dalam bas hingga satu bas berbau masam.

Bila anjang mempertikaikan dengan tak cukup bahasanya sebab mereka bertutur di dalam bahasa Farsi. Mereka katakan, semua ini haram di Iran sahaja. Di sini tidak. Syariah Islam di sana, di sini tak.‎ Inilah risiko jika hukum syariah bukan dilaksanakan hasil dari didikan dan tarbiyah. Bukan hasil dari dakwah bil hasanah, tetapi semata-mata dari kehendak pemerintah. Bukan dari hati yang telah takut dan cintakan Tuhan, tetapi dipaksakan kepada rakyat.

Apa kurangnya dengan Saudi, rakyatnya terkenal mempunyai rekod buruk di negara orang, walaupun seolah-olah melaksanakan syariah Allah di negara sendiri. Tetapi bagi yang pernah tinggal di Saudi, sudah tentu sangat faham realiti penghayatan Islam di kalangan rakyatnya.

Oleh itu bila Duli Sultan Brunei mengumumkan ingin melaksanakan syariah Islam, hampir semua pembaca yang memberi komen mengucapkan tahniah kepada baginda. Ramai yang mendoakan dan mengharapkan ianya segera berlaku juga di Malaysia. Malah ada yang menyalahkan pemimpin kerajaan dan pembangkang yang asyik mempolitikkan isu hudud dan qisas tetapi tidak bersungguh-sungguh berusaha menjunjung hukum Allah.

Ya, ramai yang hendak melihat negara pertama yang bukan Syiah dan Wahabi cuba melaksanakan hukum hudud dan qisas. Moga Brunei dapat membuktikannya.

Cuma tetaplah menjadi kebimbangan kita jika dakwah dan pendidikan‎ di peringkat umum rakyat tidak benar-benar berlaku. Takut pelaksanaan hukum syariah akan berlaku seperti di negara Iran dan Saudi. Tak buat maksiat bukan kerana takutkan Tuhan, tetapi kerana takut dihukum semata-mata. Di zaman Rasulullah SAW, hukum hakam syariah itu berlaku setelah masyarakat di didik dengan takut dan cintakan Allah. Dengan iman yang sangat kuat. Dengan cinta syurga dan takutkan neraka. Maka di mana-mana pun mereka tetap menjunjung hukum Tuhan. Moga-moga selamat dunia akhirat. Selamat di dunia tak dipotong tangan atau dirotan. Selamat di akhirat, tak diseksa di neraka.

DQ, Irbid.
5.40pm, Okt 23, 2013

xpix_gal0.pagespeed.ic.9mDP21myKe
Sultan Hassanal Bolkiah, Sultan Brunei

Hukuman rejam, potong tangan dikuatkuasa dalam tempoh enam bulan

Bandar Seri Begawan: Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, semalam mengumumkan pelaksanaan undang-undang syariah secara berperingkat di negara itu termasuk hukuman rejam hingga mati bagi kesalahan zina.
Sultan Hassanal, 67, di dalam ucapannya bertitah, Kanun Keseksaan Syariah yang dirangka sejak beberapa tahun sudah diwartakan semalam dan ‘akan dikuatkuasakan dalam tempoh enam bulan’ secara berperingkat.
Insya-Allah, dengan pelaksanaan undang-undang ini, tanggungjawab kepada Allah berjaya dilaksanakan” Sultan Hassanal Bolkiah, Sultan Brunei

Satu salinan dokumen kanun berkenaan menyatakan hukuman termasuk rejam sampai mati ke atas mereka yang berzina, potong tangan bagi kesalahan mencuri, sebat untuk kesalahan menggugurkan janin hingga kepada perbuatan minum minuman keras.

“Insya-Allah, dengan pelaksanaan undang-undang ini, tanggungjawab kepada Allah berjaya dilaksanakan,” titah baginda.

Sultan Hassanal Bolkiah, mula memperkenalkan undang-undang jenayah Syariah di negara dengan 400,000 penduduk itu pada 1996.

Bagaimanapun setakat ini, belum dapat dipastikan sejauh mana ketegasan pelaksanaan undang-undang jenayah baru itu yang hanya dikuatkuasakan ke atas penduduk Muslim.
Penjualan dan perbuatan meminum minuman keras secara terbuka sudah lama diharamkan di negara itu, manakala peraturan ketat dikuatkuasakan kepada penganut agama lain.

Brunei menggabungkan sistem mahkamah sivil berdasarkan undang-undang British dan mahkamah Syariah yang setakat ini terhad kepada isu keluarga dan pertelingkahan perkahwinan.

Dua tahun lalu, seorang pegawai tinggi di pejabat peguam negara berkata, di bawah kanun keseksaan yang baru itu, hakim akan dibenarkan menggunakan budi bicara mereka sebaik mungkin, manakala bukti yang benar-benar kukuh diperlukan sebelum sesuatu hukuman boleh dilaksanakan. – AGENSI‎

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s