***Ya Allah! Berikan Pak Ya Redha, Sabar dan Sembuhkannya***

Batu%20Buruk-20131021-00914Salam ceria.Ramai sangat orang nama Pak Ya dalam GISB. Bila sebarkan berita keadaan kesihatan Pak Ya, jenuh pula nak menjawab soalan, Pak Ya yang mana satu? Pak Ya Selayang ke, Pak Ya Bengkel ke, Pak Ya Tioman ke? Pak Ya Sarawak ke? Ada yang kata En Yahya di Eropah. Itu bukan Pak Ya, itu Yahya bin Zakaria. Ayah dia yang Pak Ya. Pak Ya juga. Atau Cikgu Ya@Pak Ya Sabah?Rupanya Pak Ya Temerloh atau Pak Ya Kuantan. Di Kuantan dulu ada aruah Cikgu Ya. Ya, untuk kemesraan, biasanya kawan-kawan kita memanggil orang yang bernama Zakaria atau Yahya dengan Pak Ya. Simple. Senang. Ya, memang senang kalau dia sesatunya Pak Ya, tapi kalau dah 10 orang, susah juga kita mengingatinya.

Begitulah bila Tabib Sham bbm anjang tentang kesihatan Pak Ya, walaupun disertai nama sebenarnya, anjang sendiri ingatkan Pak Ya Tioman. Sebab tiada gambar. Pun begitu, semua kawan-kawan, anjang rasa terus spontan mendoakan. Seperti 1 jasad, seorang sakit, semua ahli jemaah terasa sakit. Tersangat simpati, lalu mendoakan Pak Ya dan seluruh ahli jemaah selamat dunia akhirat. Walaupun tak kenal secara peribadi siapa itu Pak Ya. Katanya (Wallahu A’lam) kalau ada 40 orang atau lebih mendoakan sesuatu hajat yang sama serentak, insyaAllah akan mudah kabul. Lebih-lebih lagi, masing-masing mendoakan tanpa kepentingan peribadi. Semata-mata atas kasih sayang sesama muslim.

Oleh itu jangan bakhil bila orang minta kita berdoa, terus doakan dan jangan pula malu atau sombong untuk meminta orang mendoakan kita. Kerana hakikatnya kita sendiri tak tahu siapa diantara kita yang mustajab doanya.

Antara kebaikan bangsa Arab adalah suka dan mudah mendoakan seseorang. Kalau dah lama tak jumpa, bila bertemu je, beberapa minit pertama banyak bertanya khabar dan saling mendoakan. Begitu juga ketika hendak berpisah. Yang tak larat tu bila call telefon, kefal hal?insyaAllah khair. Kefal umur? Tamam insyaAllah. Thominna. Ma’as salamah, tusbihuhana ‘alal khair, ilal liqaa dll. Mau beberapa minit habis kat situ je. Yang jenis sayang kredit, kira nak cepat jee.

Berbalik pada kisah Pak Ya tadi, setelah mendapat respon positif dari kawan-kawan, mari kita kongsikan berita gembira mengenai Pak Ya.

Alhamdulillah, Ust Pak Ya sudah pun sedar,bacaan darahnya 250 semasa tumbang dan koma sebentar dan pembuluh darahnya pecah tapi sangat mengejutkan. Kata Dr pakar sepatutnya sekarang dia koma terus sebab pendarahan tetapi oleh kerana semangt dia kuat, dia sedar. Kes begini jarang-jarang berlaku. Sekarang sebelah badannya langsung tak boleh di gerakkan hanya boleh mengenggam sahaja. Sekarang bacaan darahnya 165 atas 150 bawah.
IMG-20131021-00283
Bbm yang lain pula mengatakan; Pak Ya kalau ikut doktor, pendarahan dalam otaknya banyak. Sepatutnya dia juga koma. Tapi doktor pelik, dia masih boleh bercakap
Dia tak koma, cuma stroke sebelah kiri. Tak boleh berjalan.
IMG-20131022-00323
Maha Suci Tuhan atas segala keajaiban. Pun bukan kebetulan bila katil Pak Ya sendiri bersebelahan dengan katil Dato Syed Umar Al Idrus, yang juga berlaku keajaiban padanya. Beliau yang diberitakan koma selama lebih 1 bulan telah sedar semula. Kalau ikut ilmu kedoktoran, kesan pendarahan dalam otaknya itu sepatutnya akan membuatkannya koma seumur hidup.

Tetapi Allah telah lakukan keajaiban. Allah menunjukkan kuasaNya yang Maha Besar. Seperti Tuhan telah tunjukkan kuasanya, Amerika Syarikat yang kononnya gagah perkasa tiba-tiba lumpuh pentadbirannya. Orang yang patut koma tidak koma. Orang yang patut terus menerus koma, sudah sedar semula. InsyaAllah, moga-moga yang lumpuh akan sembuh untuk Islam. Yang nampak gagah, akan Tuhan lumpuhkan demi menaikkan agamaNya.

Kafe sementara, Irbid.
3.44pm, Okt 22, 2013

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Advertisements

One thought on “***Ya Allah! Berikan Pak Ya Redha, Sabar dan Sembuhkannya***

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s