Pantai Remis Banjir

‎Salam ceria,
Rasanya belum sampai 2 minggu anjang tinggalkan Pantai Remis. Rasa lazat menghirup kuah sup belut Cikgu ‎Suhaimi dan memakan isinya yang bertekstur halus masih teringat-ingat. Semalaman di hotel depan masjid dengan kawan-kawan kerana tugasan yang perlu dibereskan. Hari ni dapat berita, Pantai Remis banjir. Rasanya, bukan di pekan Pantai Remis sebab rasanya itu kawasan tinggi.

Bila baca berita, antara kawasan yang terbabit ada Kg Parit Amarican, fuuhhh dahsyat orang Pantai, Amerika bawah mereka rupanya tapi cuma parit je la. Moga semua mangsa banjir dapat pulang ke kediaman masing-masing dengan selamat. Amin.

600 Penduduk Pantai Remis Dipindahkan Akibat Banjir
21 Oct 2013, 12:53pm by SITI NORFAIRUZ S. MOHAMED

Lebih 600 penduduk di sekitar Pantai Remis, Perak dipindahkan selepas rumah yang didiami mereka dinaiki air setinggi 1.5 meter.

Lima kawasan yang terjejas ialah Kampung Pantai Tin, Taman Pantai Wang, Kampung Parit Amarican, Kampung Tebuk Yang dan Batu 13 Segari.

Sehingga jam 7 pagi tadi, 662 orang telah dipindahkan ke dua pusat pemindahan.

130 buah keluarga ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Sungai Batu manakala 17 buah keluarga ditempatkan di Dewan Orang Ramai Tebuk Yan.

Menurut mangsa, hujan lebat yang turun selama enam jam sejak pagi Sabtu lalu menyebabkan air mula naik.

Menurutnya lagi, kejadian ini merupakan banjir yang terburuk sejak tahun 2005

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s