***Di sisi Maqam Abu Ubaidah Al Jarrah RA***

IMG_00003946Abu Ubaidah ‘Amer bin Abdullah bin Al Jarrah bin Hilal Al Quraisyi, salah seorang sahabat besar Rasulullah SAW juga antara orang yang awal masuk Islam di kalangan sebaik-baik kaum muhajirin yang suci.

Dilahirkan 40 tahun sebelum Hijrah dan merupakan salah seorang dari 10 sahabat yang dijamin syurga. Berhijrah 2 kali iaitu ke Habsyah dan Madinah Munawwarah. Menyaksikan Bai’atul Ridhuan. Rasulullah SAW mempersaudarakannya dengan ketua kaum Ansar, Saad bin Muaz RA. Rasulullah SAW menggelarkannya,
“هذا أمين هذه الأمة”
Inilah Amin (orang yang dipercayai) bagi umat ini (Islam).

Beliau terkenal dengan sifat merendah diri, zuhud, bertaqwa, berakhlak mulia, lemah lembut, sopan, berlapang dada, alim dengan hukum syara’, sangat berkhidmat dalam menasihati umat Islam. Syd Abu Bakar melantiknya menjadi penjaga perbendaharaan negara.

Beliau sangat mahir dalam seni peperangan. Menyertai peperangan secara berterusan sejak peperangan Badar dan semua peperangan bersama Rasulullah SAW dan ketumbukan kecil tentera yang baginda utus. Kehilangan 2 batang gigi kerana mengigit untuk mengeluarkan senjata yang melekat di pipi Nabi SAW sewaktu perang Uhud.

Syd Abu Bakar melantiknya menjadi salah seorang panglima tentera untuk membuka negeri Syam. Syd Umar Al Khattab pula melantiknya menjadi Ketua Turus angkatan tentera Islam untuk membuka Negeri Syam lalu beliau memimpin tentaranya dengan penuh bijaksana menempuh peperangan Yarmuk dan berjaya membuka negeri Syam keseluruhannya.

Syd Abu Ubaidah RA meninggal dunia setelah memenuhi hidupnya dengan segala kebaikan akibat wabak taun Amwas pada tahun 18 Hijrah.

Moga kita mendapat keberkatan membaca sedikit kisah peribadinya yang mulia, menziarahi maqamnya yang suci di Aghwar, Jordan. Jasadnya disemadikan di sini sedangkan rohnya menikmati kebahagiaan abadi di sisi Tuhan.

Kami berpeluang berdoa di sisi maqamnya yang terletak di sebuah masjid yang juga dinamakan dengan namanya. Masjid yang besar dan indah, melepasi gerbangnya kita akan bertemu satu dataran dengan deretan pohon limau yang menghijau. Dengan tiang-tiangnya serta dinding dibuat dari batu yang kukuh dan indah, berjalan menyusuri laluan menuju maqamnya yang terletak di sebuah bilik berdinding cermin kaca.

Oh Saiyidina Abu Ubaidah, kami datang untuk kesekian kalinya di sisi maqammu yang mulia. Mengharapkan rahmat Tuhan dan pengampunanNya berkat Tuan yang sangat agung. Yang sanggup mati untuk Islam. Sanggup bersusah payah demi Allah. Sanggup berjauhan dengan tanahair dan keluarga demi cintakan Rasulullah. Anugerahkan kami, ya Allah! Hati seteguh Aminul Ummah. Akhlak semulianya. Ketangkasan dan keberanian seperti beliau. Zuhud terhadap dunia hingga membawa kematian seperti Syd Abu Ubaidah Al Jarrah. Amiiin.

Homestay Ikhwan, Jerash.
7.57am, Okt 21, 2013

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s