***Jordan -Berniaga vs Kerja Kerajaan***

images (1)Salam ceria,
Petang operasi mencari premis dengan Abu Romi, seorang peniaga. Duduk di Malaysia 12 tahun‎, mempunyai sebuah kedai di Malaysia. Berkahwin dengan orang Medan, Indonesia.‎
Orang pertama yang kami jumpa ialah Zaid Abu Soleh, seorang peniaga muda. Berumur 28 tahun. Memiliki beberapa buah premis perniagaan. Ada yang diusahakan sendiri, ada yang disewakan. Menghadapi masalah bila 2 orang penyewa premisnya tidak membayar sewa. Seorang darinya tertunggak sewaan sejak bulan 6 tahun lepas! Di Jordan, jika penyewa tidak membayar sewa, pemilik tidak boleh menyewakan premis kepada penyewa baru kecuali setelah benar-benar selesai pertikaian dengan penyewa lama, sedangkan ia memakan masa yang lama. Itu kalau sesama rakyat Jordan. Zaid orang Maan, penyewanya orang Irbid.

Tetapi jika penyewanya orang Malaysia atau warga asing, kita la yang jadi mangsa. Pemilik boleh buat apa sahaja. Mereka ada orang dalam di Kementerian Buruh, di Majlis Bandaran (Baladiyah), di Kalangan penguatkuasa Kementerian Kesihatan dll maka mereka boleh ‘run’ perniagaan tanpa mengikut prosuder. Tapi bila-bila masa kita boleh dikenakan tindakan undang-undang. Tak kena bukan kerana tak melanggar peraturan tetapi kerana ada yang cover.

Alun cerita pada anjang, ada seorang penyewa tu sangat mendesak wang sewaan premisnya walaupun dah menjadi kebiasaan sebelum ini bayaran dibuat berperingkat-peringkat. Demi menakut-nakutkan dia sanggup mengancam untuk mengeluarkan penyewa jika tidak menurut kehendaknya. Tanpa mahu berbincang, dia datang ke premis yang disewa bersama kawan-kawannya dan melepaskan kemarahannya kepada penyewa di depan kawan-kawannya semata-mata untuk memalukan penyewa. Tetapi ditakdirkan Tuhan, dia ditipu oleh seorang supplier yang mengambil duit darinya sebanyak JD30K, lalu cabut melarikan diri tanpa dapat dikesan. Duit hilang, barang tak dapat.‎

Begitulah sepak terajang bisnes di Jordan. Tak ramai orang Jordan yang mahir berniaga. Perniagaan kebanyakkannya dikuasai oleh orang-orang Palestin. Malah ekonomi Jordan secara keseluruhannya dikuasai oleh orang Kristian. Majoriti penduduk asli Jordan‎ bekerja kerajaan atau bertani. Tetapi dengan gaji yang rendah dan kos hidup yang tinggi menjadikan kehidupan sebagai penjawat awam pula menjadi bahan gurauan.

Semalam Abu Romi ceritakan satu kisah lucu penuh sindiran. Ada seorang staf di pejabat kerajaan, meminta cuti dari bosnya selama seminggu.‎ Bosnya mengajak dia keluar pejabat, lalu menunjukkan padanya seekor keldai lalu berkata:
“Kalau kau boleh jadikan keldai itu tertawa, aku benarkan kau cuti seminggu.”
Staf ini terus pergi mendekati keldai itu lalu membisikkan sesuatu di telinga keldai tersebut menyebabkan keldai itu tertawa.
Bosnya keheranan lalu mencabarnya,
“Kalau kau boleh membuatkan dia menangis, aku tambahkan cutimu seminggu lagi.”
Seperti tadi, pekerja itu membisikkan sesuatu ke telinga keldai yang membuatkan keldai itu menangis.
Bertambah pelik dengan kebolehan stafnya, bosnya berkata,
“Kalau kau mampu buatkan dia cabut lari, aku akan tambah cutimu selama 1 minggu lagi.”
Dengan penuh yakin, staf itu berbisik lagi ke telinga keldai tersebut lalu keldai itu tak menunggu lama terus cabut lari.

Akhirnya bosnya mengaku kalah lalu bertanya pada stafnya,apa yang dia bisikkan ke telinga keldai itu. Lalu staf itu menerangkan,
“Pertama sekali aku beritahu padanya, aku kerja kerjaan, terus keldai itu mentertawakan aku.
Lepas itu aku katakan, gajiku cuma JD300, terus keldai itu menangis simpati.”
“Sebab apa keldai itu cabut lari.” Bosnya tak sabar bertanya.
Jawab stafnya, “Aku bertanya padanya, mahukah kamu satu jawatan kosong di pejabat kerajaan?”, belum sempat habis soalanku keldai itu dah cabut lari…

Keldai pun tak nak kerja kerajaan, begitulah cerita Abu Romi sedangkan dia masih bekerja kerajaan. Pencen nanti dia nak kembali berniaga di Malaysia. Di Malaysia mungkin penjawat awam gajinya tinggi atau memuaskan, sebab itu tak ramai yang meletakkan jawatan.

Ampun maaf.

Madaba, Jordan.
6.31pm, Okt 20, 2013

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s