***Nurul Farhana Dalam Kenangan***

Salam Ceria,Semasa anjang bertugas di Syria 2005, Ummul Miqdam bertugas di Amman. Jadi Ummu Asif ambil alih menjaga anak-anak. Base terakhir sebelum ke Syria, kami di Shah Alam. Jadi, anak-anak selain Ummu Asif tengok, kawan-kawan Shah Alam pun membantu. Khasnya Kak Rosni, isteri Pak Ayub. Orang yang banyak membantu juga adalah Puan Halimahtun. Dengan Us Fadzil pun anjang biasa kerana selalu ke bengkelnya untuk baiki kereta.Ditakdirkan Tuhan, semasa berkhidmat di Syria untuk kali kedua pada tahun 2011, tak lama lepas tu Puan Halimahtun pun bertugas di Syria. Ketika itu dia dengan Puan ‘Uyun. Tapi mereka sempat sebentar saja di Damsyiq sebelum semua para ikhwan berpindah ke Irbid, Jordan. Dapatlah juga menziarahi beberapa maqam para Rasul, sahabat dan ahli bait serta wali-wali Allah. Mengambil keberkatan yang tak nampak di mata lahir, tetapi memberi kesan di hati dan roh. Untuk lebih tenang dengan segala ujian di dunia ini. Untuk pandai bersyukur ketika menerima nikmat. Pandai bersabar ketika diuji.Begitulah Allah pergilirkan antara ujian dan nikmat agar hamba-hambanya tidak lupakanNya. Kerana semuanya datang dari sumber yang satu. Dari Allah. Ujian dari Allah. Nikmat pun dari Allah.

Rasanya baru je kita kehilangan Pak Ya, Anas dan Athuf, tiba-tiba keluarga Ikhwan diuji lagi dengan berita sedih dengan kematian Nurul Farhana binti Fadzil. Kalau kita bersedih, sudah tentu kedua ibu bapanya lebih bersedih kerana mereka melalui rentetan peristiwa sebelum pemergian Farhana buat selama-lamanya.Kalaulah sepanjang Ramadhan tahun ni Pn Matun banyak masanya di Butik Siti Khatijah, Tg Malim, tetapi tak begitu sepanjang lepas raya kerana anak perempuannya jatuh pengsan sewaktu di asrama. Bila dilakukan pemeriksaan di hospital, confirm anak itu mengidap lukemia. Di umur 12 tahun, Nurul Farhana terpaksa tinggal lama di hospital, malah setelah dibenarkan pulang, setiap beberapa hari dia akan dibawa ke hospital untuk mendapat rawatan kemoterapi. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Begitulah jadual hidup Puan Halimahtun dan En Fadzil pun berubah. Kena berulang alik ke hospital. Perkembangan kesihatan anaknya agak positif.Tetapi takdir tetap mengatasi tadbir. Manusia berusaha, Tuhan yang menentukan. Setelah demam beberapa hari, Farhana dibawa ke hospital. Dia yang telah sangat lemah itu pengsan di hospital. Seterusnya anjang minta Puan Matun terus kongsi info agar kawan-kawan dapat bersama mendoakan. Hanya pada Tuhan kita adukan segala doa dan permohonan.

Info darinya anjang kongsikan dengan kwana-kawan pada jam 6.22 pagi Selasa."Salam. Mohon doa dari semua kwn2. Anak perempuan Pn Halimahtun & Us Fadhil Saad (Bengkel Ikhwan Shah Alam) berusia 12 thn sdg koma di HKL. Anak yang mengidap Lukemia ini dah 1 minggu lebih jalani terapi kimo. Sblm koma dia demam, bawa ke HKL terus tak sedarkan diri. Tadi jantungnya terhenti selama 1 jam. Dr usaha pam jantungnya.Ikutkan sepatutnya Dr pam stgh jam saje..tapi mrk usaha juga.. Skrg jantungnya brfungsi balik..skrg dlm bilik ICU. Mohon doa sangat2 dari kwn2 semua. Terima kasih."Pada jam 7.31 pagi pula, anjang kongsikan info terkini dari Puan Matun:"Salam. Terima kasih atas doa semua. Cuma perkembangan terkini, jantung anak itu berhenti semula. Ya Allah ampunkan kami, sehatkan Nurul Farhana Fadzil…"Dan jam 7.52 pagi, bbm puan Halimahtun membawa mesej sedih, bersama doa ratusan warga Ikhwan yang menyayangi Farhana, Allah lebih menyayanginya. Farhana pergi buat selamanya."N.Farhana slmt kembali pd PenciptaNya.."

Moga beliau mendapat kasih sayang Allah di alam sana dan mendoakan kami semua agar benar-benar bersedia. Bersedia untuk kembali ke kampung hakiki lagi abadi. Bersedia untuk bertemu Allah. Bersedia untuk dipertanggung jawabkan seluruh ‘qaulan’ dan ‘fe’lan’. Apakah akan selamat bahagia buat selamanya, atau derita dan sengsara tanpa penghujungnya.Ampunkan kami Tuhan!

RTS, Tg Malim
12.09am, Sep 19, 2013

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s