***Coretan dari Irbid***

IMG_00003913IMG_00003915Salam ceria. Belum sempat-sempat lagi mencoret cerita-cerita dari Irbid dan Jerash walaupun dah beberapa hari di sini. Semalam hujan lebat di Irbid, kalau di Malaysia, biasa je hujan lebat. Orang tak cerita sangat sebab selalu je hujan lebat turun, sampai banjir pun selalu berlaku di musim tengkujuh. Berbeza dengan Jordan yang termasuk dalam 7 buah negara di dunia yang paling kritikal bekalan airnya. Ini adalah kerana Jordan hanya bergantung sepenuhnya dengan hujan dan salji di musim sejuk untuk simpanan airnya.

Air sungai Jordan yang berpunca dari kaki bukit Jabal Syeikh di sempadan Syria-Lubnan melalui Israel untuk sampai ke Jordan. Kerajaan Zionis Israel mengambil kesempatan menyedut air tawar dari sungai ini dengan paip-paip yang sangat besar untuk mengairi padang pasirnya. Hasilnya padang pasir di Israel bertukar menjadi ladang yang menghijau sedangkan aliran air ke Jordan menjadi terlalu cetek dan sangat sedikit. Tak mungkin boleh menampung keperluan pertanian dan lain-lain. Oleh itu, hujan sangat penting di sini. Cuma bila hujan, petanda kita sudah di pintu musim sejuk yang…. sejuuukkk. Malam tadi Abu Romi datang rumah dengan isterinya dan anak-anak. Dia kata, kalau tak hujan, buah zaitun akan banyak gugur. Kalau tak hujan, buah zaitun akan kurang minyak. Begitulah pentingnya hujan. Terima kasih Tuhan.

Pagi ni anjang alas perut dengan roti yang penuh ditabur habbatus sauda’ cicah dengan air mahkota dewa. Sedap gak bila dah tak ada yang lain. Kalau nak baca kelebihan habbatus sauda, cuba buka link di bawah. Ok. Jumpa lagi.

DQ, Irbid.
8.25am, Okt 19, 2013 .

Hebatnya Habbatus Sauda – Raja Segala Herba | Kafe Aaliyyah
http://alyamaryam.wordpress.com/2011/01/03/hebatnya-habbatus-sauda-–-raja-segala-herba/

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s