Ucapan Perasmian Majlis Makan Malam Amal PNKBP oleh En Shaari Taha, Timbalan Pengarah Hospital Permaisuri Bainun, Perak

Hulu%20Kinta-20131018-00646Assalamu Alaikum Wrt Wbt
Bismillahirahmanirrahim
Alhamdulillahirobbil ‘alamin. Wasolatu wasalamu ‘ala Saiyidina Muhammadin, wa ‘ala aalihi wa sohbihi ajma’ien. Amma ba’

Yang berusaha, saudara pengerusi Majlis. Yang dihormati Timbalan YDP Pertubuhan Nur Kasih Bestari, Perak (PNKBP), Ust Zarnukman Hj Sahrin. Yang dikasihi seluruh dermawan, ahli -ahli PNKBP, anak-anak dari PNKBP, hadirin, hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Bersyukur kita kepada Allah swt, di saat jutaan umat Islam berhimpun di Mekah menunaikan rukun Islam yang ke 5, menghayati wukuf, melontar jamrah, tawaf dan saie,
Di saat berbilion umat Islam seluruh dunia meraikan Aidul Adha dengan berkorban haiwan ternakan,
kita dihimpunkan oleh Allah swt di sini untuk bersama-sama berkorban membantu golongan yang memerlukan sambil menambah ukhuwah dan kasih sayang dengan juadah dan hiburan Islam.
Tahniah kepada PNKBP kerana buat julung-julung kalinya mengadakan program yang sangat baik ini dengan tema, ‘Aidul Adha Bulan Pengorbanan’. Ia sangat bertepatan dengan kehendak Allah swt agar kita mencontohi kehidupan para nabi dan Rasul terutamanya Nabi kita Muhammad saw dan Nabi Allah Ibrahim yang sentiasa kita sebut dalam sembahyang.
Tahniah juga buat para dermawan kerana bersungguh-sungguh menyahut seruan Allah untuk menghayati kehidupan para kekasih Allah yang sentiasa berkorban untuk membuktikan cinta mereka kepada Allah swt.

Tuan-tuan, puan-puan yang dirahmati Allah sekalian,
Allah meminta kepada kita hamba-hambanya, tahap perhubungan denganNya sebagai khaliq atau pencipta bukan perhubungan yang sekadarnya. Allah menuntut kita berhubung denganNya atas dasar cinta. Satu tahap yang khusus buat Allah sahaja. Itulah cinta yang pertama dan utama. Cinta sejati lagi abadi.

Firman Allah di dalam Al Quran, Surah At Taubah ayat 24 yang bermaksud:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri- isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah- rumah tempat tinggal yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehinggga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya) kerana Allah tidak akan memberi pertunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).

Itulah harga sebuah cinta iaitu pengorbanan yang telah dibuktikan oleh Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Nabi Ismail. Sanggup berkorban, sanggup taat, sanggup sabar, sanggup bersusah payah demi cinta. Tidak akan sekali-kali berkata ‘tidak’ kepada yang dicintainya. Hasilnya terbangunlah kota Mekah, kota Ibadah yang menjadi tumpuan umat Islam seluruh dunia. Tempat manusia beribadah cuba mendekatkan diri kepada Allah swt.

Maka pada malam yang penuh berkat ini, kita hamba-hamba Allah yang hina ini, ingin meniru sebahagian kecil cara hidup para kekasih Allah iaitu sanggup berkorban demi mendapat cinta Allah. Moga kita bertambah yakin kepada Allah kerana sesiapa yang mendapat cinta Allah, sesungguhnya dia akan mendapatkan segala-galanya.

Kita ingin melihat PNKBP ini semakin berkembang, maju dan terus menaungi dan memayungi golongan yang memerlukan dengan sokongan kita semua kerana tidak ramai orang yang sanggup istiqamah melakukan kerja-kerja kebajikan seperti ini. Moga-moga dengan itu keberkatan akan berlaku di seluruh negeri Perak kerana ada golongan bersungguh-sungguh mengusahakan cinta Tuhan dan mengikuti NabiNya dengan sanggup berkorban. Para sukarelawan berkorban masa dan tenaga. Para dermawan berkorban wang dan harta benda. Maka terjalinlah kasih sayang yang sebenarnya berasaskan cintakan Allah dan rindukan Nabi. Memang pihak berkuasa bertanggung jawab membantu rakyatnya tetapi jika para anggota masyarakat sendiri prihatin dan pandai menyelesaikan segala masalah mereka ia akan lebih memudahkan pentadbiran sesebuah negeri itu. Malah Allah swt akan memberkatinya.

Oleh itu saya menyeru diri saya dan tuan-tuan, puan-puan sekalian untuk terus melakukan tugas yang mulia ini, tidak terhenti di bulan ini sahaja malah sepanjang tahun agar sifat pemurah itu menjadi budaya kita, agar bertolong bantu itu menjadi cara hidup kita, agar berkorban harta benda, wang dan tenaga itu menjadi pakaian kita sebagai bukti cinta kita kepada Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Dengan lafaz
Bismillahirahmanirrahim
Saya merasmikan Majlis Makan Malam Amal, PNKBP dengan tema, ‘Eidul Adha Bulan Pengorbanan’.

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s