UCAPAN DI MAJLIS GISB KEMBALI KEPADA FATWA

IMG-20131017-WA000Oleh Pengerusi Eksekutif GISB Holding
Puan Ibu Hatijah Aam

Assalamualaikum wrth,

Ya Allah,
Setelah puas hamba Mu ini berdoa di kaki Kaabah selama hampir 3 tahun berada disana atas izin Mu, maka terjadilah oleh kuasa Mu diriku ditangkap di Negara Arab Saudi!

Memang berat rasanya untuk menerima takdir Mu itu, namun kalau ianya adalah jalan untuk dapat menyelesaikan masalah GISB dengan Kerajaan Malaysia khususnya JAKIM dan JAIS, hamba redha ya Allah! Menjadi orang tahanan di Jeddah selama 45 hari!

Oh Tuhan, tanggal 13 Mei 2013 diriku telah berada di Airport Malaysia tercinta kerana dihalau keluar olih Kerajaan Saudi atas kesalahan Overstay dan membuat bidaah.

Diriku melihat ramainya orang menyambutku di KLIA di waktu ketibaan! Gembiranya hatiku Tuhan bila Tuan Sharom memperkenalkan diri dengan sopan bahawa mereka semua ialah penguatkuasa JAIS. Ya Allah akan di Kau selesaikan kah masalah GISB dengan JAIS ini? Itulah tanda tanya yang timbul dalam diriku seelok tiba di Tanahair Malaysia yang dirindui! Di KLIA pada 13 Mei 2013.

Tuhan, JAIS tahan diriku dan kawan-kawanku bukanlah dengan semborono! Berhikmahnya JAIS pada kami didalam melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap Islam dan Umat Islam di Malaysia, membuatkan hatiku berbisik-bisik terus pada Mu Tuhan. Selesaikanlah Ya Allah masalah kami sesama Islam dengan baik!

Us Akmal yang menyoal siasat diriku pada hari pertama di JAIS, lunak dan halus orangnya! Hatiku jadi malu padanya kerana selama ini GISB tidak boleh berkawan baik dengan orang-orang baik yang ikut memperjuangkan Islam di Malaysia! Tidak mungkin Ya Allah, agama Mu yang ku perjuangkan ini, mengajarkan persengketaan antara sesama manusia!

Tuan Sharom tiba-tiba muncul lagi sekali didepanku di bilik soal siasat itu dan berkata: “orang kata kami hasad dengki dengan Arqam padahal kami betul-betul nak menyelesaikan masalah aqidah kamu semua!”

Tuhan, JAIS ini betul-betul menampar fikiran dan perasaanku tentang apa yang aku fikirkan dan yang kurasakan pada mereka selama ini! Dia membuatkan diriku sangat terkejut dan penuh persoalan: betulkah JAIS sejujur itu pada GISB? Apa benar mereka memperjuangkan keselamatan dunia akhirat buat kami? Tapi kenapa selama ini diriku tidak di beritahu!

Cara pendekatan mereka selama ini kenapa tidak secara kasih sayang atau jangan-jangan kami tersalah cara juga Ya Allah Ya Tuhanku! Maka berkecamuklah didalam diriku tentang JAIS yang sedang ku hadapi ini. Siapakah yang bersalah sebenarnya!

Akhirnya dengan takdir Mu ya Allah seorang JAIS yang bernama Tuan Shahzihan selaku Ketua Penolong Pengarah JAIS sudi untuk berdepan dengan diriku! Hal ini terjadi di bulan ke 3 diriku berada di Malaysia. Hadir ke JAIS untuk kali ke 3.

Ku katakan padanya: “demi perpaduan saya sedia untuk bekerjasama dengan JAIS!”. Begitu ku ulangi kata-kata arwah suamiku Asaari Muhammad kepada KDN tahun 1994 didalam ISA!

Oh Tuhan, Tuan Shahzihan dengan tangkas meningkah hujahku “itu tidak cukup! Sebab perkaranya bukan semata-mata perpaduan. Menurut fatwa masalah Puan ialah Aqidah! Kita siapa untuk menentang majlis Fatwa! Sedangkan Allah dan Rasul yang memerintahkan kita taat kepada pemerintah yang menaungi kita di negara kita berada!”

Cukuplah itu Tuhan untuk Dikau merubah segala struktur kepercayaan ku kepada JAKIM dan JAIS selama ini! Bagaikan mahu gugur seluruh daging-daging di badanku ini bilamana aku berbisik dihatiku: oh rupanya aku yang bersalah! Sungguh amat terkejut, rasa bersalah dan malunya aku. Tuhan! Kerana sengketa selama ini diantara GISB dan Jabatan agama rasmi negara, Allah tamatkan dengan keadaan diriku dan GISBlah yang kena mengaku bersalah!

Yakni GISB kena menerima Fatwa! Sebab ia rupanya bukan mainan politik oleh orang-orang politik yang kusangkakan selama ini! Ia ialah keputusan oleh segolongan ulama-ulama yang betul-betul wujud! Mereka telah memutuskan fatwa untuk menyelamatkan aqidah Umat. Walhal selama ini aku sangka mereka tidak wujud! Sebab kursus-kursus pemulihan kepada kami dibuat bukan oleh ahli Majlis Fatwa! Padahal diriku patut sedar siapalah kami untuk bertemu Majlis Fatwa!

Akhirnya Tuhan, Dikau yang memutuskan untukku bahawa sekalipun keputusan Majlis Fatwa itu salah! Namun sebagai rakyat kami wajib taat! Apalagilah bilamana mereka itu benar!
Tuan Shahzihan memujuk hati kami yang merasa cukup berat untuk mengaku salah waktu itu dengan berkata: sanggup mengaku bersalah itu adalah bukti bahawa kamu benar!

Maka pada hari ini hari pertama Tasyrik di Raya Haji 1434H bersamaan 16hb Okt 2013, saya Hatijah bt Aam mengistiharkan di depan Sahibus Saadah Tuan Pengarah JAIS bahawa kami GISB menerima Fatwa dengan sepenuh hati. Kami akan patuhi Fatwa dan kembali kepada kerajaan Malaysia khususnya JAKIM, JAIS dan Majlis Fatwa!

Terima kasih juga kepada pihak media yang turut berhempas pulas demi menyelamatkan aqidah kami! Tidak lupa pada KDN dan para SB yang sentiasa mengawal kami untuk menjadi rakyat Malaysia yang baik!

Jika ada dikalangan GISB yang engkar dengan perkara ini, kami istiharkan disini bahawa mereka bukan lagi pekerja Syarikat GISB Holding ini! Samada di Malaysia atau pun di luar negara!

Tuhan, demi membuktikan bahawa pengistiharan ini adalah benar! Izinkanlah ya Allah untuk kami sesudah ini akan menjadi team kepada JAIS untuk membantu menyelesaikan tanggungjawab-tanggungjawab yang sedang Allah pikulkan pada mereka. Seperti masalah Syiah di Malaysia, masalah gejala sosial dikalangan remaja dan lain-lain! Bahawa selaku rakyat, kami sekarang ialah golongan yang bersedia menunggu perintah dari para pemimpin negara ini! Kami dengar dan patuh atas apa juga arahan selagi ianya adalah untuk Mu ya Allah!

Akhirnya wahai Tuhan! Dikeranakan sikap kami ini dicurigai oleh segolongan yang sudah fobia dengan taubat kami yang lepas, izinkan lah hamba Mu ini bersumpah pada Mu ya Allah! Bahawa pengistiharan ini adalah benar!

Wallahi, Tallahi, demi Mu ya Allah yang sedang menyaksikan sampai kedalam hati kami, sesungguhnya kami GISB semuanya pada hari ini telah menerima Fatwa! Yakni akan meninggalkan ajaran AM (Aurad Muhammadiah) dan akan taat pada kehendak pemimpin-pemimpin negara yang taat kepada Allah!

Tidak lupa juga disini saya memohon ampun maaf kepada semua pihak diatas keterlanjuran kami selama ini dikeranakan salah faham dan salah rasa yang berlaku! Moga-moga ya Allah atas kebaikan memaafkan mereka semua kepada kami balasilah mereka dengan iman dan murah rezeki dunia dan akhirat. Manakala saya dan GISB Holding juga bersedia untuk memaafkan semua pihak! Jika ada yang tersalah dan tersilap, termasuk kepada yang telah membuat fitnah dan tohmah.

Ya Allah, terima kasih dan Cinta Agung untuk Mu yang telah kabulkan doaku di Mekah. Doa yang berbunyi:

Wahai Tuhan tolong selesaikanlah masalah kami dengan kerajaan Malaysia khususnya JAKIM dengan JAIS dengan kasih sayang! Jadikanlah kami Umat Islam dapat bersatupadu dan bekerjasama demi Mu ya Allah. Atas nama Nabi Junjungan Muhammad SAW!

Amin, Ya Allah.

Sekian.

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Advertisements

One thought on “UCAPAN DI MAJLIS GISB KEMBALI KEPADA FATWA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s