***Yek@Jamanori Dalam Kenangan***

Arwah us DamanhuUst yek dlm kenaChenderiang-20131015-00058Salam ceria.
Untuk apa menangis kesedihan? Menangis berada di Doha seorang diri, transit 6 jam, air cond kuat sangat, perut cepat lapar di pagi Raya pulak tu. Tanpa kawan-kawan dan keluarga seperti biasa? Dah asam garam perjuangan. Tetapi anjang tak mampu tahan tangisan bila dapat berita Yek telah meninggal dunia. Rasanya masih baru ziarah rumahnya di SMTD . Kini Yek pergi buat selamanya.

Dah beberapa jam anjang cuba masuk ke internet free dengan wi fi air port tak berjaya, tiba-tiba seelok dah nak chek in boleh pula. Baca-baca berita dari Abu Fakhr, Yek telah meninggal dunia. Seolah-olah boleh berBB dengan wi fi ni semata-mata nak beritahu anjang, anjang baru kehilangan seorang kawan baik, Yek. Pergi menemui ilahi dalam usia mudanya.

Mati memang tak mengenal usia. Tak mengenal miskin dan kaya. Tak mengenal sakit dan sehat. Tak tau di rumah atau di tempat kerja. Hari raya atau hari biasa. Ia boleh datang bila-bila dan di mana saja. Semua tahu hakikat ini tetapi sejauh mana persiapan kita? Hari semalam hari Yek, hari kita, entahkan bila…?!

Ust Fakhri kata; ” Yek Sesak nafas. Kwn2 urut belakang kemudian muntah2. Mcm ok tp masih sakit dada minta di urut lg. Pastu kejang 1 bdn. Sempat ajar syahadah smbil urut2 kaki dan tgn dia dan dia terus hembus nafas terakhir. Doktor dah di panggil tp x smpi lg. Doc smpi dia cuba pump dada byk kali gak. Pastu baru dia sahkan dah x ada lg. Masa tu tgl ana, ust hazan dan en wan.”

En Megat pun ceritakan pada anjang, “Selepas saja sembelih lembu, dia muntah2. Dia minta azam picit2. Kemudian dia masuk rumah mandi. Lepas itu duduk2 atas kerusi panjang. Dia rasa sakit2 badan. Ust Hazan dan ust fakri picit2 dia. Kemudian dia kelihatan macam kejang. Waktu kita dah pi panggil org hospital. Bila diperiksa, dia dah meninggal. Namun tak kelihatan tarik nafas semasa meninggal.”

Ya di pagi raya korban Yek pergi. Ketika bersama kawan-kawan. Aktif membantu kerja-kerja perjuangan seperti yang selalu dia lakukan. Baru saja selesai menolong Ust Hazan menyembelih lembu. Semua orang akan ingat kematian Yek. Dia seperti sudah mengetahui akan pergi. Dia mandi membersihkan diri. Menurut kawan-kawan, perginya nampak mudah. Tenang tanpa tarikan nafas kuat terakhir seperti kebanyakan orang.
Moga Yek berbahagia di sana diampunkan Allah segala dosanya. Dialu-alukan sebagai hambaNya bersama para siddiqin dan solihin.
Marilah kita hadiahkan bacaan suratul Fatihah kepada roh Ust Yek, lahul Fatihah…

Ya Allah, jangan matikan kami ketika kami bermaksiat dengan Mu. Matikan kami ketika kami sedang membuat ketaatan, berbakti kepada agama dan membantu perjuangan. Moga ia menjadi saksi kami di Akhirat.

Homestay, Irbid
2.26am, Okt 16, 2013

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s