***Musafir lagi…***

Image

Salam ceria,

Kali terakhir anjang naik pesawat ialah ketika menziarahi kawan-kawan di Sabah dengan Tn Shu Mardijaya. Naik AirAsia. Sebelum tu dengan Tn Nasar ke Langkawi. Naik MAS, tertinggal flight sebab jalanraya jam di musim perayaan. Tidur semalam di bilik Pak Brahim, Giching. Tapi biliknya dah di’servis’, tak de dah dapur dan katil bujang usang. Bilik air pun dan mengelit-ngelit dicuci. Berkat tuannya sibuk bertukang buat kandang arnab di utara.
 
Kali ni tak nak lewat, terbang jam 3.30am 15hb, pukul 6.30pm 14hb dah keluar rumah. Hahaha awal giler. Naik pula antara kenderaan paling selesa di ZSy, Serena Us Fakhri Hazan – (moga Allah bebaskannya dari semua unsur tembakau…Amin). Cikgu Azman ada Innova. Power gak. Yang lain? En Megat ada Unser tapi dia selesa pandu Viva je. En Hamdan setia dengan Volvo. Tolak Volvo, tak lama tu, amik volvo balik. Volvo, walaupun tua tetap power. Anjang? Tunggu Tn Md Som beri Merc, cuma takut orang sangka kereta bergerak tanpa pemandu. Hehehe. 
 
Ke Airport diiringi Abg Zaubir dan En Hamdan. Singgah ke BCH dulu ambil bekalan ubat En Mazlan dan kiriman Hisham. Anjang memang ‘malas’ nak bawa barang kiriman, sebab 30kg tu dah peruntukkan kepada barang-barang kafe dengan lada kering, sup punjut, rempah ratus dll. Tapi barang En Lan, anjang sanggup bawa sebab ubat-ubat. Kalau  berlaku apa-apa, kesian En Lan. Hisham pulak, anak yatim, siannn diaaa. Pastu ke farmasi ambil keperluan untuk penyakit anjang pula. Dah azan, kami niat jama’ taakhir je. Sibuk berurusan, lupa nak buka posa. Dah jauh di lebuhraya Guthrie baru teringat. Nasib baik bawa bekal kek Lapis Sarawak hadiah dari Dayang di KK tempoh hari.
 
En Hamdan ajak kami pekena Mandy Kambing di FCH, Shah Alam. Order Nasi Mandy lauk kambing dan ayam goreng FCH. Sedap. Datanglah! Walaupun tiada Azam dan Khairil menyambut di pintu. Moga Allah datangkan pelanggan seramai-ramainya di restoran ayam goreng yang sangat  cantik dan bersih ni. Ada nasi Mandy ayam dan kambing. Dihidang bersama sambal hijau blanded dan salatoh/acar. Minuman boleh order panas dan jus buah. Sapa tak berselera makanan timur tengah, boleh cuba lamb chop. Nampak dalam gambar macam sedap je. Atau beberapa makanan berasaskan spegetti. Selera Itali agaknya.
 
Safar atau travel ni sebenarnya perintah Allah. Ada yang wajib. Korang buat dapat pahala, tak buat kalau dah cukup syarat, berdosa. Ye ke kalau tak travel berdosa? Ye le sangaaat. Seperti safar untuk menunaikan haji. Kitakan di Bulan Haji. Malah sedang raya haji. Anjang je tak beraya. Jadi sapa yang cukup syarat, wajib dia travel untuk menunaikan haji. Antara travel yang wajib ialah, safar untuk menuntut ilmu. Samada ilmu itu fardhu ain atau fardhu kifayah. Buat dapat pahala, tak buat berdosa.
 
Ada pula travel yang sunat. Buat dapat pahala, tak buat tak le berdosa seperti bermusafir untuk menziarahi seseorang. Samada yang diziarahi itu sehat atau sakit atau menziarahi keluarga yang kematian anggotanya untuk memberi penghormatan terakhir. Tapi bagi penduduk sekitar, mereka wajib datang untuk menunaikan fardhu kifayah iaitu menguruskan jenazah.
 
Haa, kan ada jelas ia adalah perintah Allah, malah secara umum Allah sendiri sebut dengan ‘sighah amr’ membawa maksud perintah di dalam Quran:
قل سيروا في الأرض فانظر كيف كان عاقبة المكذبين
Ertinya:
Katakanlah wahai Muhammad (kepada orang-orang yang beriman) “Berjalanlah kamu di atas muka bumi dan lihatlah bagaimana akibat orang yang mendustakan Allah.”
 
Jadi, sambutlah seruan Allah. Bermusafirlah. Lakukan travel khususnya ke tempat-tempat yang boleh memberi pengajaran kepada kita. Lokasi yang menyuburkan jiwa kita. Membuatkan kita semakin dekat dengan Allah. Semakin mencintaiNya. Mengenang-ngenangkan rasulNya yang mulia. Juga para sahabat dan salafussoleh yang sangat berjasa pada kita. Tanpa perjuangan mereka, kemungkinan kita belum di dalam petunjuk.
Ampun maaf.
 
Doha, Qatar.
8.50am, Okt 15, 2013
 
 
 
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s