***Hj Johari D’Arash***

Image

Salam ceria,

ASH semakin dikenali ramai. Setiap hujung minggu, akan ada pelanggan-pelanggan baru yang datang dengan keluarga masing-masing. Menikmati satay sambil menambah eratkan hubungan kekeluargaan yang semakin longgar di akhir-akhir ini.
 
Selain satay, mereka boleh  makan nasi ayam Hainan yang enak. Ayamnya lembut, sambalnya manis dan menyelerakan. Atau untuk yang mahukan hidangan yang lebih simple ada mi kari ketam + kerang dan laksa Penang. Kalau tak mau semua itu, masih boleh order masakan panas. InsyaAllah Chef Jun tak akan menghampakan pengunjung.
 
Antara yang berkunjung ke ASH beberapa hari lepas ialah Hj Johari D’Arash. Tuan Hj datang dengan isteri dan 4 orang anaknya. Anjang berjumpa dengannya kali pertama di Mekah, awal tahun ini. Dia adalah pemilik Travel Agen D’arash. Bila berbual dengannya, barulah kita tahu Hj Johari adalah seorang pengusaha yang gigih dan tidak pernah kenal erti putus asa.
 
Pernah mempunyai klinik perubatan homeopati. Mengeluarkan produk bedak untuk kesihatan. Mengusahakan cendawan dalam skala yang agak besar dan sekarang sepenuh masa mengusahakan travel agen. 
 
Selalunya team Ikhwan la yang menjadi mutawwif kepada rombongan umrah Tuan Hj Johari di Mekah dan Madinah. Kita usaha menyambut mereka di airport Jeddah atau Madinah (kadang-kadang menyambut di tepi jalan je di luar pintu Airport sebab tak berjaya masuk ke Airport…), memberi taklimat sepanjang jalan ke Mekah. Membantu jemaah masuk ke bilik-bilik hotel. Membawa dan memimpin mereka menunaikan umrah serta mengiringi dan memberi penerangan kepada mereka sepanjang menziarahi tempat-tempat bersejarah di sekitar Haramain. Itulah tugas mutawwif.
 
Petang itu, anjang dan En Megat follow Hj Johari ke tanah bekas tapak beliau usahakan cendawan. Di mana? Kira-kira 15km dari ASH iaitu di Sg Dara, Behrang Hulu. Dah lama ditinggalkan. Ada sebuah rumah yang agak besar. Bangsal pembenihan cendawan yang penuh dengan rak-rak kayu. Sebuah bangunan separa siap yang dibuat untuk dijadikan surau.
 
Walaupun tanahnya tidak luas tetapi telah punyai prasarana cuma sangat perlu dibaik pulih. Di situ pula ada sungai. Ada kolam kecil untuk ternakan ikan dan tanahnya subur untuk pertanian. Sedang anjang melihat bunga-bunga kantan yang banyak mengembang tak dipetik, Hj Johari memberitahu di sebelah tanahnya itulah rumah Hj Hashim. Hj Hashim itu adalah bapa saudaranya kerana berkahwin dengan mak saudaranya. Ooh, macam tu ke?!
 
Hj Hashim pula bukan orang lain. Dia jiran kita di Butik Siti Khadijah, menyewa floor atas untuk pejabat dan dewan kuliah Syarikat Travel Andalusia. Kira wakil Syarikat di Tg Malim. Malah baru-baru ni, ketika dia adakan program dengan bakal jemaah umrahnya,  ASH diamanahkan menyediakan katering untuk 70 orang peserta programnya.
 
Alhamdulillah, bertambah rapatlah hubungan diantara rangkaian perniagaan Ikhwan dengan masyarakat tempatan. Hj Hashim anak jati Tg Malim. Orang Kg Berop. Hj Johari pula sekarang menetap di Behrang. Mudah-mudahan melalui medium bisnes dan lain-lain aktiviti kemasyarakatan ukhuwah dan kasih sayang semakin kukuh di kalangan seluruh umat Islam. Ibadah Korban anjuran Ikhwan disertai oleh Hj Johari satu bahagian manakala Hj Hashim meminta wakil Ikhwan datang ke rumahnya untuk mengambil daging korban di pagi raya.
 
Moga Allah rapatkan hubungan sesama umat Islam kerana ukhuwah dan kasih sayang merupakan salah satu asas kekuatan umat Islam. Tanpanya, umat Islam yang punyai berbagai-bagai kelebihan tidak dapat digembelingkan untuk mewibawakan syiar agama ini.
 
Hai, bilalah nak chek in ke Amman ni? Tak larat dah transit 6 jam di pagi raya. Tanpa ketupat dan rendang, tiada nasi impit dan kuah kacang. Lemang dan serunding… mana nak cari? Yang ada hanyalah pelancong-pelancong barat yang juga transit. Pekerja-pekerja India, Bangla, Pakistan dan Filipin. Deretan kerusi hijau biru yang penuh orang di pagi hari tadi sudah semakin lengang. Tinggallah anjang dan beberapa orang. Raya Korban, pastinya ada yang terkorban….
Ampun maaf. Salam hormat.
 
Doha, Qatar.
10.00am, Okt 15, 2013
 
 
 
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s